Pengumuman

SENARAI GRADUAN DAN SURAT PENGESAHAN SENAT BAGI PERMOHONAN PENGANUGERAHAN SEMESTER I, SESI 2021/2022 – SARJANA MUDA

Adalah dimaklumkan bahawa, semua permohonan penganugerahan bagi  Semester I,  Sesi 2021/2022 telah dibentangkan dan diperakukan di dalam Mesyuarat Senat yang diadakan pada 30 Mac 2022 yang lalu.

Untuk makluman, Surat Pengesahan Senat akan  telah mula diedarkan secara berperingkat kepada graduan melalui POS bermula  1 April 2022 bagi graduan yang TIDAK mempunyai tunggakan yuran pengajian.

Permohonan sijil dan transkrip awal masih belum dibuka oleh pihak universiti. SPACE akan memaklumkan kepada graduan jika permohonan sudah dibuka kelak.

SENARAI GRADUAN

Sekian, Terima Kasih.

Penghantaran Laporan Latihan Industri – Sekolah Kejuruteraan Mekanikal

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kepada pelajar yang ingin memohon pengecualian kredit latihan industri, mohon untuk menghantar Laporan pada Semester II 2021/2022 ke Pejabat Program Luar (SPACE) sebelum 8 Mei 2022 (AHAD), sila rujuk perkara penting Semester II Sesi 2021/2022. Pelajar yang lewat menghantar Laporan Latihan Industri tidak akan diproses dan rayuan tidak akan dilayan.

Pelajar juga boleh membuat penghantaran Laporan Latihan Industri secara pos ke alamat berikut. Mohon emel tracking number selepas pengeposan dibuat.

Blok E07, Bangunan Pentadbiran,

Sekolah Kejuruteraan Mekanikal, 

Universiti Teknologi Malaysia,

81200 Skudai, Johor.

U/P : Naib Pengerusi Pendidikan Berterusan & Transnasional 

         (Dr. Engku Mohammad Nazim bin Engku Abu Bakar)

Sebarang permasalahan atau pertanyaan boleh berhubung dengan Pejabat Program Luar SKM di talian 07-5534659/07-5577782 atau n_hidayah@utmspace.edu.my

b/p Penyelaras Latihan Industri

Sekian dan terima kasih.

PEMBERIAN REBAT 10% (JB DAN KL) DAN PENAMBAHAN 3% (PUSAT LUAR) BAGI YURAN PENGAJIAN PELAJAR BAGI Semester I, Sesi 2021/2022 (SARJANA MUDA)

Dimaklumkan bahawa pihak Pengurusan SPACE telah bersetuju memberi rebat sebanyak SEPULUH PERATUS (10%) kepada pelajar pusat pembelajaran Johor Bahru dan Kuala Lumpur serta TAMBAHAN TIGA PERATUS (3%) kepada pelajar pusat pembelajaran luar (selain Johor Bahru dan Kuala Lumpur) ke atas kursus-kursus yang didaftarkan pada Semester I, Sesi 2021/2022 (Sarjana Muda).

Pemberian rebat ini diberikan kepada kursus-kursus yang BUKAN BERSTATUS TARIK DIRI KURSUS. Rebat ini telah diselaraskan di akaun kewangan. Pelajar boleh membuat semakan di SMP.

*Contoh 1* : En. Ahmad mendaftar 4 kursus berstatus kuliah sahaja (K) di pusat pembelajaran Kuala Lumpur dengan jumlah kredit yang didaftarkan adalah sebanyak 10 kredit.

  • SEAA2513 = Jumlah yuran pengajian RM540 = Jumlah rebat RM54.00
  • SEAA2712 = Jumlah yuran pengajian RM360 = Jumlah rebat RM36.00
  • SEAA2922 = Jumlah yuran pengajian RM360 = Jumlah rebat RM36.00
  • SSCE1693 = Jumlah yuran pengajian RM540 = Jumlah rebat RM54.00

Jumlah rebat yang diperolehi oleh En. Ahmad adalah sebanyak RM180.

*Contoh 2* : En. Saufi  mendaftar 4 kursus berstatus kuliah sahaja (K) di pusat pembelajaran Kota Kinabalu dengan jumlah kredit yang didaftarkan adalah sebanyak 10 kredit.

  • SEAA2513 = Jumlah yuran pengajian RM780 = Jumlah rebat RM101.40
  • SEAA2712 = Jumlah yuran pengajian RM520 = Jumlah rebat RM67.60
  • SEAA2922 = Jumlah yuran pengajian RM520 = Jumlah rebat RM67.60
  • SSCE1693 = Jumlah yuran pengajian RM780 = Jumlah rebat RM101.40

Jumlah rebat yang diperolehi oleh En. Saufi adalah sebanyak RM238.   

Sekian, Terima Kasih.

Tuntutan Cenderamata Pelajar intake Semester 1, Sesi 2020/2021

Untuk makluman kepada Kemasukan Pelajar Semester 1, Sesi 2020/2021 dan ke atas, pelajar boleh membuat tuntutan Cenderahati Pelajar Baharu seperti ketetapan berikut:

1. Pusat Pembelajaran Kuala Lumpur :

    Tempat         : Kaunter Pelajar, Blok H3, UTM KL, Pusat Pengajian Separuh Masa

    Hari & Masa : Isnin – Jumaat (8.30 pagi – 4.30 petang)

2. Pusat Pembelajaran Johor Bahru :

    Tempat          : Lobi UTMSPACE, Blok T05, UTM Johor Bahru

     Hari & Masa : Ahad ( 8.30 pagi – 3.00 petang)

                            Isnin – Khamis ( 8.30 pagi – 4.30 petang)

P/S : Untuk makluman, hanya pelajar yang lengkap vaksinasi sahaja yang akan dibenarkan memasuki kampus.

Sekiranya ada pertanyaan, boleh berhubung dengan Bahagian Rekrutmen dan Pengambilan Pelajar di talian 07-531 8052

Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan amat dihargai serta disusuli dengan ucapan terima kasih.

SIJIL KEPUJIAN DEKAN SEMESTER I DAN II, SESI 2020/2021

Adalah dimaklumkan kepada mahasiswa yang mendapat PNG/ GPA 3.50 dan ke atas bagi kemasukan 2015/2016 dan ke bawah dan PNG/ GPA 3.67 bagi mahasiswa kemasukan 2016/2017 dan ke atas, Sijil Kepujian Dekan bagi pelajar yang layak akan di poskan secara berperingkat mulai 8 November 2021 (pelajar selain Johor Bahru dan Kuala Lumpur).

Kepada pelajar pusat pembelajaran Johor Bahru, Sijil Kepujian Dekan boleh mula diambil di Kaunter UTMSPACE mulai 8 November 2021

Sekian, Terima Kasih.

Penghantaran Laporan Latihan Industri – Sekolah Kejuruteraan Mekanikal

Selamat Sejahtera,

Kepada pelajar yang ingin memohon Pengecualian Kredit Latihan Industri, mohon untuk menghantar Laporan pada Semester I 2021/2022 ke Pejabat Program Luar sebelum hari Ahad 5 Disember 2021. (Sila rujuk perkara penting Semester 1 Sesi 2021/2022). Pelajar yang lewat menghantar Laporan Latihan Industri tidak akan diproses dan rayuan tidak akan dilayan.

Pelajar boleh membuat penghantaran Laporan Latihan Industri secara pos ke alamat : 

Blok E07, Bangunan Pentadbiran,

Sekolah Kejuruteraan Mekanikal, 

Universiti Teknologi Malaysia,

81200 Skudai, Johor.

U/P : Naib Pengerusi Pendidikan Berterusan & Transnasional 

         Sekolah Kejuruteraan Mekanikal

Sebarang pertanyaan, saudara boleh menghubungi Pejabat Program Luar SKM di talian 07-5534659.

b/p Penyelaras Latihan Industri

Sekian dan terima kasih.

PERHATIAN KEPADA MAHASISWA SHAR / SHR – SEKOLAH PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA DAN PSIKOLOGI

Perhatian kepada semua mahasiswa Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi (SHARPS) yang mengambil kursus Latihan Ilmiah (SHP3353), Projek Sarjana Muda Cadangan (SHAR 3042) pada Semester I Sesi 2021/2022, berikut adalah senarai nama penyelia PSM (cadangan) dan Latihan Ilmiah.

Tiada sebarang pertukaran penyelia akan dilayan dan kegagalan mematuhi senarai penyeliaan ini boleh mengakibatkan penahanan daripada membentangkan laporan serta menjejaskan markah keseluruhan. Pelajar boleh menghubungi penyelia masing masing melalui alamat email yang diberikan.

SENARAI PENYELIAAN PSM SEMESTER I 2021-2022

Sekian, Terima Kasih.

PEMBERIAN REBAT 10% (JB DAN KL) DAN PENAMBAHAN 3% (PUSAT LUAR) BAGI YURAN PENGAJIAN PELAJAR BAGI SEMESTER III, SESI 2020/2021 (SARJANA MUDA)

Dimaklumkan bahawa pihak Pengurusan SPACE telah bersetuju memberi rebat sebanyak SEPULUH PERATUS (10%) kepada pelajar pusat pembelajaran Johor Bahru dan Kuala Lumpur serta TAMBAHAN TIGA PERATUS (3%) kepada pelajar pusat pembelajaran luar (selain Johor Bahru dan Kuala Lumpur) ke atas kursus-kursus yang didaftarkan pada Semester III, Sesi 2020/2021 (Sarjana Muda).

Pemberian rebat ini diberikan kepada kursus-kursus yang BUKAN BERSTATUS TARIK DIRI KURSUS. Rebat ini telah diselaraskan di akaun kewangan. Pelajar boleh membuat semakan di SMP.

*Contoh 1* : En. Ahmad mendaftar 3 kursus berstatus kuliah sahaja (K) dan Kuliah Bahasa (KB) di pusat pembelajaran Kuala Lumpur pada semester pendek dengan jumlah kredit yang didaftarkan adalah sebanyak 6 kredit.

UHMS1182 = Jumlah yuran pengajian RM360 = Jumlah rebat RM36.00
UHLB1112 = Jumlah yuran pengajian RM400 = Jumlah rebat RM40.00
UHIS1022 = Jumlah yuran pengajian RM360 = Jumlah rebat RM36.00 

 Jumlah rebat yang diperolehi oleh En. Ahmad adalah sebanyak RM112.

*Contoh 2* : En. Saufi mendaftar 3 kursus berstatus kuliah sahaja (K) dan Kuliah Bahasa (KB) di pusat pembelajaran Kota Bharu pada semester pendek dengan jumlah kredit yang didaftarkan adalah sebanyak 6 kredit.

UHMS1182 = Jumlah yuran pengajian RM460 = Jumlah rebat RM59.80
UHLB1112 = Jumlah yuran pengajian RM500 = Jumlah rebat RM65.00
UHIS1022 = Jumlah yuran pengajian RM460 = Jumlah rebat RM59.80

Jumlah rebat yang diperolehi oleh En. Saufi adalah sebanyak RM184.60.  

Sekian, Terima Kasih.