Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Makluman kepada pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) yang ingin/bercadang untuk memohon pengecualian kredit kursus Latihan Industri (SEE 4925 / SKEE/SEEE 4926 / SEELH/SKEL 4926) pada Semester I Sesi 2024/2025 diingatkan untuk menghantar permohonan yang lengkap pada tempoh yang telah ditetapkan (30 September 2024 – 24 November 2024).
Rujuk Perkara Penting link: https://studentppsm.utmspace.edu.my/wp-content/uploads/2024/07/Perkara-Penting-Semester-I-20242025.pdf
Syarat-syarat kelayakan mestilah mengikut prosedur berikut:
1. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang kejuruteraan elektrik sekurang-kurangnya TIGA (3) tahun bermula daripada pelajar memperoleh kelulusan diploma.
2. Telah mencapai sekurang-kurangnya 90 kredit (Kredit Dapat + Kredit Kecuali) semasa membuat permohonan.
3. Sila kemukakan permohonan dengan menghantar:
a. Borang Pengecualian Kredit Kursus (PPSM-SPA-PKK-004).
b. Borang Employment History form (FKE-LP8)
c. Surat Pengesahan bekerja daripada Majikan (tarikh keluar surat adalah yang terkini)
d. Mengemukakan laporan kerja kejuruteraan yang dilakukan dalam tempoh 3 tahun yang lalu hingga kini. Laporan tersebut terdiri daripada:
i) Latar belakang Syarikat dan Struktur Organisasi.
ii) Penerangan/laporan kerja kejuruteraan utama yang dilakukan dalam 3 tahun lepas.
iii) Kesimpulan dan Cadangan.
iv) Rujukan.
v) Ditandatangani dan diluluskan oleh pegawai atasan yang merupakan seorang jurutera.
4. Sila hantar permohonan yang lengkap ke email: zuraimy@utm.my / zuraimy@fke.utm.my , cc: nazathulshima@utmspace.edu.my
Garis panduan dan maklumat berkaitan pengecualian kredit Latihan Industri boleh didapati di https://space.fke.utm.my/practical-training
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Puan Nazathulshima di talian: 07-5557003.