TAKLIMAT KURSUS SEMM/SKMM3915 LATIHAN INDUSTRI SEMESTER I SESI 2026/2027 -FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Makluman kepada pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal yang bercadang untuk memohon pengecualian kredit bagi kursus SEMM/SKMM3915 Latihan Industri pada Semester I Sesi 2025/2026 (setelah memenuhi pra syarat), satu taklimat berkaitan kursus Latihan Industri ini akan dijalankan oleh Penyelaras Latihan Industri (Dr. Norikhwan bin Hamzah) pada ketetapan berikut :

Tarikh : 13 Oktober 2026 (Selasa)

Masa : 09:00 Malam sehingga Selesai

Tempat : Google Meet (https://meet.google.com/cww-mvim-pgy)

Kehadiran pelajar-pelajar adalah diwajibkan.

Read More

SURAT PENGLIBATAN KURSUS KHEMAH UKUR (SEAA 1031/SKAB 1031/ SKAA 1031)- FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM

Adalah dimaklumkan kepada pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam yang mendaftar kursus Khemah Ukur (SEAA 1031/ SKAB 1031/ SKAA1031) bagi Semester III Sesi 2025/2026, berikut adalah butiran berkenaan program tersebut:

Tarikh     : Seperti dalam lampiranTempat  : Teluk Gorek, Johor Bahru

Turut dilampirkan surat penglibatan seminar untuk makluman dan rujukan pelajar-pelajar.

SURAT PENGLIBATAN KHEMAH UKUR SEMESTER III, SESI 2025/2026

Read More

PEMILIHAN BIDANG PRA – PROJEK SARJANA MUDA (PRA-PSM) SEMESTER I, SESI 2026/20276 – TEMPOH PENDAFTARAN BERDENDA- FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM

Makluman kepada semua pelajar yang mendaftar kursus (tempoh berdenda) SEAA 4022/ SKAB 4022/ SKAA 4022 (Kaedah Penyelidikan dan Pra Projek) pada Semester I, Sesi 2026/2027 DIWAJIBKAN mengisi Google Form bagi Pemilihan Bidang Pra Projek Sarjana Muda pada pautan yang disediakan (https://forms.gle/3GPJExVuHkuLeMoS6) selewat-lewatnya pada 27 September 2026 (Ahad) sebelum pukul 5.00 petang.  Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ramli (PAPL FKA), Dr. Nadirah binti Darus (Penyelaras PSM) dan Cik Nor Farhani binti Saidina.

Read More

MAKLUMAN RUANG PEPERIKSAAN AKHIR (IJAZAH SARJANA MUDA) SEMESTER 3, SESI 2025/2026-KUALA LUMPUR

Berikut adalah butiran bilik peperiksaan Semester 3, Sesi 2025/2026 Program Ijazah Sarjana Muda. Sila klik gambar di bawah (kemaskini : 19/9/2026 – 5.00 PM) : –

Mohon kerjasama pelajar untuk membuat semakan 2 hari sebelum waktu peperiksaan yang ditetapkan, untuk memastikan maklumat ruang peperiksaan(TERKINI) .

BUTIRAN BILIK PEPERIKSAAN PUSAT KUALA LUMPUR : –Dewan Peperiksaan, PSZ UTMKLDewan Seminar, Aras 2, Residensi UTMKLBK 7, KOLEJ SPACE, ARAS 2 RESIDENSI UTMKLBilik Seminar 12(BS12), Aras 4, PSZ UTMKL.Bilik Seminar 13(BS13), Aras 4, PSZ UTMKL.Bilik Kuliah (N306), Aras 3 Blok N, UMTKL

NOTA PENTING :1. Sekiranya terdapat pertindihan jadual atau sebarang pertanyaan, calon peperiksaan hendaklah melalui emailspa@utmspace.edu.my atau spd@utmspace.edu.my.2. Diingatkan mahasiswa perlu memastikan slip peperiksaan, kad pengenalan, kad mahasiswa dan peralatan peperiksaan dibawa bersama sebelum memasuki dewan peperiksaan.3. Pelajar perlu mematuhi Arahan Peperiksaan, Arahan Larangan Merokok , dan Arahan Parkir yang ditetapkan oleh Universiti.

Sekian Harap Maklum, Selamat Maju Jaya

Read More