Pengumuman

SENARAI RUANG KULIAH PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA SEMESTER II, SESI 2025/2026

Dimaklumkan bahawa sesi perkuliahan bagi Semester II, Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM bagi pusat Johor Bahru telah bermula. Berikut disertakan senarai ruang kuliah mingguan untuk rujukan pelajar

klik disini –>JADUAL KULIAH <– klik disini

Sebarang aduan/ cadangan/ maklumbalas berkenaan ruang perkuliahan boleh disalurkan ke sopp@utmspace.edu.my

Kemaskini jadual :8/5/2026

MAKLUMAN PENTING: PENYELESAIAN YURAN PENGAJIAN SEMESTER II (SESI 2025/2026)- SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA UTM

Perhatian kepada semua pelajar Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa (UTM), anda diingatkan untuk menyelesaikan yuran pengajian bagi mengelakkan denda kelewatan.

šŸ—“ļø TARIKH-TARIKH PENTING

  • Tarikh Akhir Pembayaran: Pada atau sebelum 10 Mei 2026 (Ahad).
  • Tempoh Denda (RM5/hari): Bermula 11 Mei 2026 hingga 07 Jun 2026.
  • Maksimum Denda: Dikenakan sehingga 28 hari bagi yang gagal membayar dalam tempoh ketiga.

šŸ’³ KAEDAH PEMBAYARAN

  1. Online Banking (CIMB):
    • Nama: UTMSPACE
    • No. Akaun: 8601518228
  2. Portal Rasmi (FPX/Kad Kredit): KLIK DI SINI
  3. KWSP: Melalui permohonan i-Akaun Ahli secara dalam talian.
  4. Lain-lain: Mesin ATM atau Kaunter CIMB Bank

šŸ“ TINDAKAN SUSULAN

  • Bukti Bayaran: Wajib dikemukakan bagi tujuan pengemaskinian rekod kewangan terkini (bkw@utmspace.edu.my)
  • Pertanyaan: Sila hubungi Bahagian Kewangan di talian:
    • Johor Bahru
      • šŸ“ž 07-5318036
      • šŸ“ž 07-5318037
    • Kuala Lumpur
      • šŸ“ž 03-27286566
      • šŸ“ž 03-27286531

Jangan tertangguh! Selesaikan bayaran anda sebelum 10 Mei ini untuk mengelakkan dikenakan DENDA.

QUICK SURVEY : SENARAI PELAJAR YANG INGIN MENDAFTAR KURSUS PENGECUALIAN KREDIT (TRANSFER CREDIT) UNTUK SEMESTER PENDEK (SEMESTER 3, SESI 2025/2026) – FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM

Survey ini dibuat khas bagi mendapatkan gambaran jumlah mahasiswa yang ingin mengambil kursus-kursus Pengecualian Kredit (Transfer Credit) pada Semester III, Sesi 2025/2026 ini. Syarat wajib daftar kursus maksimum adalah 6 jam kredit sahaja untuk semester III atau semester pendek. Hanya  mahasiswa  yang LAYAK MEMOHON sahaja perlu mengisi survey ini.

Berikut adalah senarai kohort mahasiswa yang TIDAK LAYAK untuk mengisi survey ini:
1. Pelajar-pelajar  Semester 1 & 2 – Perlu mengambil 2 kursus umum (4 kredit) & 1 kursus Bahasa (2 kredit)
2.  Pelajar-pelajar  Semester 3 & 4 – Perlu mengambil 1 kursus umum (2 kredit), 1 kursus Bahasa (2 kredit) & Makmal (2 kredit)
3.  Pelajar-pelajar  Semester 5 & 6 – Perlu mengambil 1 kursus umum (2 kredit), 1 kursus Bahasa (2 kredit) & Makmal (2 kredit)

Berikut adalah senarai kohortĀ mahasiswaĀ yang LAYAK untuk mengisi survey ini:
1.Ā  Pelajar-pelajarĀ  Semester 7 & 8 – Perlu mengambil 1 kursus umum (2 kredit), 1 kursus Bahasa (2 kredit) & 1 SEMKA (1 kredit) – Layak memohon kursus Khemah Ukur (1 kredit) sahaja
2.Ā  Pelajar-pelajarĀ  Semester 9 & 10 – Layak memohon maksimum 6 kredit kursus yang tidak dapat pengecualian.

NOTA: Bagi pelajar-pelajar Semester 9 dan10 serta pelajar-pelajarĀ kanan yang tidak mendapat pengecualian Latihan Industri (LI), boleh mendaftar untuk menjalani Latihan Industri pada semester pendek ini. Perlu diingatkan jika pelajar mendaftar Latihan Industri, pelajar tidak boleh mendaftar kursus lain.

Tarikah akhir pengisian survey ini sebelum atau selewat-lewatnya pada 10 Mei 2026 (Ahad). Sila tekan link ini untuk memulakan survey:
https://forms.gle/u2FgnA85ENTLpDFs6

MAKMAL KEJURUTERAAN AWAM I (SEAA 2012/ SKAB 2012) & MAKMAL KEJURUTERAAN AWAM II (SEAA 3012/ SKAB 3012)- FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM

PerhatianĀ  kepada pelajar-pelajar kananĀ Fakulti Kejuruteraan Awam yang belum mengambilĀ dan akan mendaftarĀ makmal pada Semester III, Sesi 2025/2026 mohon untuk e-mel maklumat diri (Nama Penuh, Nombor Matrik, Pusat Pembelajaran dan Nombor Telefon)Ā kepada Penyelaras Makmal, Dr Mohamad Hasif bin Osman (mohamad.hasif@utm.my) dan ‘cc’ kepada Pengurus Akademik Program Luar FKA, Ts. Dr.Mohd Zamri bin Ramli (mohdzamri@utm.my) sebelum atau selewat-lewatnya pada 13 Mei 2026 (Rabu).Ā 

BagiĀ pelajar-pelajar kananĀ yang dapat membentuk kumpulan, mohon untuk e-mel maklumat diri;Ā (Nama Penuh, Nombor Matrik, Pusat Pembelajaran dan Nombor Telefon) kepada Penyelaras Makmal dan ‘cc’ kepada Pengurus Akademik Program Luar FKA.Ā Perlu diingatkan syarat bagi pembentukan kumpulan adalah seramai LIMA (5) orang pelajar sahaja danĀ sebarang pertukaran ahli kumpulan selepas penyerahan adalah TIDAK DIBENARKAN.

BagiĀ pelajar-pelajar semasaĀ (Semester 3, 4, 5 dan 6 pada Semester II, sesi 2025/2026) yang akan mendaftar makmal pada Semester III, Sesi 2025/2026 mohon untuk berhubung dengan ketua kelas/wakil kelas masing-masing. Sebarang pertanyaan berkaitan makmal boleh berhubung terus dengan Ts. Dr. Mohd Zamri (Pengurus Akademik Program Luar, Fakulti Kejuruteraan Awam), Dr. Mohamad Hasif (Penyelaras Makmal) atau Cik Nor Farhani (Pembantu Tadbir Pusat Pengajian Separuh Masa, Fakulti Kejuruteraan Awam).

Makluman Pengambilan Kad MySiswa untuk Pelajar Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM

Dimaklumkan kepada semua pelajar Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM, bahawa kad MySiswa bagi Pusat Pembelajaran Johor Bahru (JB) dan Kuala Lumpur (KL) Ambilan Februari 2025/2026 boleh dituntut di kaunter mulai 4 Mei 2026 mengikut butiran berikut:

šŸ“Œ Lokasi tuntutan: 

Pusat Pembelajaran Johor Bahru
Kaunter Utama UTMSPACE
Aras 1, Blok T05
Universiti Teknologi Malaysia
81310 Skudai
Johor

Pusat Pembelajaran Kuala Lumpur
Pusat Pengajian Separuh Masa,
SPACE UTM Kuala Lumpur
Blok H3 UTM,
Jalan Sultan Yahya Petra,
54100 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Nota : Permasalahan berkaitan Kad MySiswa bagi Pusat Pembelajaran Kuala Lumpur boleh dimaklumkan ke alamat e-mel: diana@utmspace.edu.my

šŸ•£ Waktu tuntutan: 
Isnin / Rabu / Jumaat

Masa : 8:30 pagi – 4:30 petang (Rehat : 1:00 petang – 2:00 petang)

Pelajar dinasihati kad pengenalan bagi memudahkan proses pengambilan.

Sekian, harap maklum.

SENARAI RUANG KULIAH PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA SEMESTER II, SESI 2025/2026

Dimaklumkan bahawa sesi perkuliahan bagi Semester II, Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM bagi pusat Johor Bahru telah bermula. Berikut disertakan senarai ruang kuliah mingguan untuk rujukan pelajar

klik disini –>JADUAL KULIAH <– klik disini

Sebarang aduan/ cadangan/ maklumbalas berkenaan ruang perkuliahan boleh disalurkan ke sopp@utmspace.edu.my

Kemaskini jadual :24/4/2026

PEMAKLUMAN SURAT PENGESAHAN SENAT BAGI PERMOHONAN PENGANUGERAHAN SEMESTER I, SESI 2025/2026

PEMAKLUMAN

Tahniah !Ā Adalah dimaklumkan bahawa Senat UniversitiĀ  pada mesyuarat yang bertarikh 30 Mac 2026 telah mengesahkanĀ  permohonan penganugerahanĀ  Semester I, Sesi 2025/2026 bagi Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM. Justeru, bagi pelajar yang telah bersatus GRADUAN (Semak di SMP) surat Senat/Tamat Kursus akan di emelkan terus kepada pelajar. Surat Senat akan mula di email secara berperingkatĀ  bermula 22 April 2026 bagi graduan yang tiadaĀ TUNGGAKAN.Ā  Bagi graduan tiada tunggakan yang tidak menerima emel selepas tarikhĀ  30 April 2026Ā  boleh memaklumkan kepada SPACE secara emel terus keĀ spa@utmspace.edu.myĀ berserta maklumat diri pelajar.

Adalah dimaklumkan juga Sijil dan Transkrip graduan hanya akan diserahkan semasa Majlis Konvokesyen (MK70)Ā  (TARIKH AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN).Ā  Maklumat mengenai Konvokesyen boleh layari laman sesawang berikut https://convocation.utm.my/ dari semasa ke semasa.

Bagi permohonan sambung belajar atau urusan permohonan kerja dan kenaikan pangkat graduan boleh menggunakan surat Senat/tamat kursus tersebut berserta senarai keputusan setiap semester pengajian.

Sekian Terima Kasih.

SENARAI RUANG KULIAH PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA SEMESTER II, SESI 2025/2026

Dimaklumkan bahawa sesi perkuliahan bagi Semester II, Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM bagi pusat Johor Bahru telah bermula. Berikut disertakan senarai ruang kuliah mingguan untuk rujukan pelajar

klik disini –>JADUAL KULIAH <– klik disini

Sebarang aduan/ cadangan/ maklumbalas berkenaan ruang perkuliahan boleh disalurkan ke sopp@utmspace.edu.my

Kemaskini jadual :17/4/2026

SENARAI RUANG KULIAH PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA SEMESTER II, SESI 2025/2026

Dimaklumkan bahawa sesi perkuliahan bagi Semester II, Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM bagi pusat Johor Bahru telah bermula. Berikut disertakan senarai ruang kuliah mingguan untuk rujukan pelajar

klik disini –>JADUAL KULIAH <– klik disini

Sebarang aduan/ cadangan/ maklumbalas berkenaan ruang perkuliahan boleh disalurkan ke sopp@utmspace.edu.my

Kemaskini jadual :10/4/2026

PENGHANTARAN LAPORAN PENGECUALIAN LATIHAN INDUSTRI (SEMM/SKMM3915) SEMESTER II SESI 2025/2026 – FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Makluman kepada pelajar-pelajarĀ FakultiĀ Kejuruteraan Mekanikal yangĀ inginĀ memohonĀ pengecualianĀ LatihanĀ IndustriĀ SEMM/SKMM3915Ā SemesterĀ IIĀ Sesi 2025/2025 (setelah memenuhi syarat-syarat), mohon pelajar untuk menghantarĀ kesemua dokumen seperti berikut:

i) Laporan Formal Latihan Industri (LFLI)
ii) Borang Senarai Semak LI-CEV08 (lengkap diisi)
iii) Borang SP-FKM-BLI-01V2 (lengkap diisi)
iv) Borang Permohonan Pengecualian Kredit PPSM- SPA-PKK-006

Penghantaran Laporan pengecualian Latihan Industri sebelum atau pada 10 Mei 2026 (Ahad) ke Pejabat Akademik Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UTM Skudai atau secara pos ke alamat berikut.

Alamat pos :

Aras 4, Pejabat Akademik, Blok E07
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, 
Universiti Teknologi Malaysia,
81310, Skudai, Johor.
U/P : PUAN HIDAYAH MASHOD (SPACE)

Garis Panduan Laporan Pengecualian Latihan Industri dan borang-borang berkaitan boleh dirujuk di https://drive.google.com/drive/folders/1mMLupxs6q4IFgvhcRVNCqD_0K_NuQDc2?usp=share_link. Sebarang permasalahan atau pertanyaan boleh berhubung dengan Puan Hidayah Mashod di talian n_hidayah@utmspace.edu.my