PEMAKLUMAN

Tahniah ! Adalah dimaklumkan bahawa Senat Universiti  pada mesyuarat yang bertarikh 30 Mac 2026 telah mengesahkan  permohonan penganugerahan  Semester I, Sesi 2025/2026 bagi Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM. Justeru, bagi pelajar yang telah bersatus GRADUAN (Semak di SMP) surat Senat/Tamat Kursus akan di emelkan terus kepada pelajar. Surat Senat akan mula di email secara berperingkat  bermula 22 April 2026 bagi graduan yang tiada TUNGGAKAN.  Bagi graduan tiada tunggakan yang tidak menerima emel selepas tarikh  30 April 2026  boleh memaklumkan kepada SPACE secara emel terus ke spa@utmspace.edu.my berserta maklumat diri pelajar.

Adalah dimaklumkan juga Sijil dan Transkrip graduan hanya akan diserahkan semasa Majlis Konvokesyen (MK70)  (TARIKH AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN).  Maklumat mengenai Konvokesyen boleh layari laman sesawang berikut https://convocation.utm.my/ dari semasa ke semasa.

Bagi permohonan sambung belajar atau urusan permohonan kerja dan kenaikan pangkat graduan boleh menggunakan surat Senat/tamat kursus tersebut berserta senarai keputusan setiap semester pengajian.

Sekian Terima Kasih.