Perhatian  kepada pelajar-pelajar kanan Fakulti Kejuruteraan Awam yang belum mengambil dan akan mendaftar makmal pada Semester III, Sesi 2025/2026 mohon untuk e-mel maklumat diri (Nama Penuh, Nombor Matrik, Pusat Pembelajaran dan Nombor Telefon) kepada Penyelaras Makmal, Dr Mohamad Hasif bin Osman (mohamad.hasif@utm.my) dan ‘cc’ kepada Pengurus Akademik Program Luar FKA, Ts. Dr.Mohd Zamri bin Ramli (mohdzamri@utm.my) sebelum atau selewat-lewatnya pada 13 Mei 2026 (Rabu). 

Bagi pelajar-pelajar kanan yang dapat membentuk kumpulan, mohon untuk e-mel maklumat diri; (Nama Penuh, Nombor Matrik, Pusat Pembelajaran dan Nombor Telefon) kepada Penyelaras Makmal dan ‘cc’ kepada Pengurus Akademik Program Luar FKAPerlu diingatkan syarat bagi pembentukan kumpulan adalah seramai LIMA (5) orang pelajar sahaja dan sebarang pertukaran ahli kumpulan selepas penyerahan adalah TIDAK DIBENARKAN.

Bagi pelajar-pelajar semasa (Semester 3, 4, 5 dan 6 pada Semester II, sesi 2025/2026) yang akan mendaftar makmal pada Semester III, Sesi 2025/2026 mohon untuk berhubung dengan ketua kelas/wakil kelas masing-masing. Sebarang pertanyaan berkaitan makmal boleh berhubung terus dengan Ts. Dr. Mohd Zamri (Pengurus Akademik Program Luar, Fakulti Kejuruteraan Awam), Dr. Mohamad Hasif (Penyelaras Makmal) atau Cik Nor Farhani (Pembantu Tadbir Pusat Pengajian Separuh Masa, Fakulti Kejuruteraan Awam).