SENARAI RUANG KULIAH PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA, SEMESTER III SESI 2025/2026
Dimaklumkan bahawa sesi perkuliahan Semester III, Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM bagi pusat Johor Bahru telah bermula. Berikut disertakan senarai ruang kuliah mingguan untuk rujukan pelajar.
klik disini –>JADUAL KULIAH <– klik disini
Sebarang aduan/ cadangan/ maklumbalas berkenaan ruang perkuliahan boleh disalurkan ke sopp@utmspace.edu.my
Kemaskini jadual :10/9/2026
JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM SARJANA MUDA SEMESTER III, SESI 2025/2026
Adalah dimaklumkan bahawa Peperiksaan Akhir Semester III, Sesi 2025/2026 Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM akan dijalankan mulai 22 September 2026 hingga 25 September 2026.
Untuk makluman Jadual Peperiksaan akan dikemaskini dari semasa ke semasa di Bahagian Peperiksaan untuk rujukan mahasiswa dengan klik link di bawah :-
JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER III SESI 2025/2026
Pusat : Johor Bahru
Tempat : Makmal BYOD, ARAS 3, Blok T05, UTMJB
Jenis Peperiksaan : Fizikal
Pusat : Kuala Lumpur
Tempat : Sila Rujuk Portal Pelajar
Jenis Peperiksaan : Fizikal
Berikut disertakan Panduan Peperiksaan secara Fizikal :-
Nota :-
Sekiranya terdapat pertindihan jadual atau sebarang pertanyaan, calon peperiksaan hendaklah SEGERA maklumkan ke UTMSPACE di talian 07-5318017 (Pusat Johor Bahru) dan 03-26154691 (Pusat Kuala Lumpur) atau melalui email ke spd@utmspace.edu.my
Sekian, harap maklum.
SENARAI RUANG KULIAH PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA, SEMESTER III SESI 2025/2026
Dimaklumkan bahawa sesi perkuliahan Semester III, Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM bagi pusat Johor Bahru telah bermula. Berikut disertakan senarai ruang kuliah mingguan untuk rujukan pelajar.
klik disini –>JADUAL KULIAH <– klik disini
Sebarang aduan/ cadangan/ maklumbalas berkenaan ruang perkuliahan boleh disalurkan ke sopp@utmspace.edu.my
Kemaskini jadual :4/9/2026
PENGHANTARAN LAPORAN PENGECUALIAN LATIHAN INDUSTRI (SEAA 3045/SKAB 3045/SKAA3045)- FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM
Makluman kepada semua pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Awam yang berada dalam Semester 7 (Kuala Lumpur)atau mana-mana pelajar senior bagi Semester I, Sesi 2026/2027, yang ingin memohon pengecualian Latihan Industri, tarikh akhir penghantaran laporan secara HARDCOPY selewat-lewatnya 21 September 2026 (Isnin). Perlu diingatkan tarikh pengeposan laporan tidak dikira sebagai bukti pelajar telah mematuhi tarikh akhir penghantaran laporan. Sila rancang dengan baik berkenaan masa dan tarikh untuk pengeposan. Untuk slide taklimat, garis panduan dan templat berkaitan pelajar boleh dapatkan melalui laman web SPACE FKA (https://civil.utm.my/spaceutm/).
Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ramli (PAPL FKA), Dr. Siti Nur Naqibah binti Kamarudin (Penyelaras Latihan Industri) dan Cik Nor Farhani binti Saidina.
Alamat penghantaran laporan:
Blok M46, Pejabat Program Luar,
Fakulti Kejuruteraan Awam,
Universiti Teknologi Awam,
81310, Skudai, Johor Bahru.
(u/p: Cik Nor Farhani Binti Saidina)
No Telefon: 07 – 5532449
PENGHANTARAN LAPORAN SEMINAR KEJURUTERAAN AWAM (SEAA 4021/ SKAB 4021 / SKAA 4021)- FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM
Untuk makluman kepada pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam yang mendaftar dan menghadiri Seminar Kejuruteraan Awam (SEMKA) pada Semester III, Sesi 2025/2026, tarikh akhir penghantaran laporan secara hardcopy sebelum atau selewat-lewatnya pada 24 September 2026 (Khamis). Perlu diingatkan laporan Seminar Kejuruteraan Awam (SEMKA) perlu dibuat secara berkumpulan (seperti dalam senarai nama kumpulan). Pelajar boleh mendapatkan lampiran slaid setiap penceramah di sistem E-learning untuk rujukan. Bagi garis panduan penulisan laporan dan templat laporan pelajar boleh dapatkan di web https://civil.utm.my/spaceutm/
Perlu diingatkan tarikh pengeposan laporan tidak dikira sebagai bukti pelajar telah mematuhi tarikh akhir penghantaran laporan. Sila rancang dengan baik berkenaan masa dan tarikh untuk pengeposan. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ramli (PAPL FKA), Ts. Baharin bin Mesir (Penyelaras SEMKA) dan Cik Nor Farhani binti Saidina.
Alamat penghantaran laporan:
Blok M46, Pejabat Program Luar,
Fakulti Kejuruteraan Awam,
Universiti Teknologi Awam,
81310, Skudai, Johor Bahru.
(u/p: Cik Nor Farhani Binti Saidina)
SENARAI RUANG KULIAH PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA, SEMESTER III SESI 2025/2026
Dimaklumkan bahawa sesi perkuliahan Semester III, Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM bagi pusat Johor Bahru telah bermula. Berikut disertakan senarai ruang kuliah mingguan untuk rujukan pelajar.
klik disini –>JADUAL KULIAH <– klik disini
Sebarang aduan/ cadangan/ maklumbalas berkenaan ruang perkuliahan boleh disalurkan ke sopp@utmspace.edu.my
Kemaskini jadual :27/8/2026
PEMILIHAN BIDANG PRA – PROJEK SARJANA MUDA (PRA-PSM) SEMESTER I, SESI 2026/2027- FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM
Makluman kepada semua pelajar yang mendaftar kursus SEAA 4022/ SKAB 4022/ SKAA 4022 (Kaedah Penyelidikan dan Pra Projek) pada Semester I, Sesi 2026/2027 DIWAJIBKAN mengisi Google Form bagi Pemilihan Bidang Pra Projek Sarjana Muda pada link yang disediakan (https://forms.gle/BH6X GKMtRAM4A) selewat-lewatnya pada 6 September 2026 (Ahad) sebelum pukul 5.00 petang.
Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ramli (PAPL FKA), Dr. Nadirah binti Darus (Penyelaras PSM) dan Cik Nor Farhani binti Saidina.
KEPUTUSAN PERMOHONAN PEPERIKSAAN KHAS PROGRAM SARJANA MUDA SEMESTER II SESI 2025/2026
Adalah dimaklumkan kepada pelajar-pelajar Program Sarjana Muda, Pengajian Separuh Masa yang memohon peperiksaan khas, berikut dilampirkan keputusan permohonan peperiksaan khas Semester II Sesi 2025/2026 yang telah dibentangkan dalam Mesyuarat JKTS pada 19 – 20 Ogos 2026.
TENTATIF SEMINAR KEJURUTERAAN AWAM 2026 (SEMKA 2026)
Makluman kepada pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam yang akan menghadiri Seminar Kejuruteraan Awam 2026 (SEMKA 2026) berikut adalah butiran berkenaan program tersebut:
Tarikh : 22 & 23 Ogos 2026 (Sabtu & Ahad)
Masa : 7.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Villea Port Dickson, Negeri Sembilan
Pemakaian : Formal dan kemas
Semua pelajar yang terlibat diminta untuk hadirkan diri sebelum pukul 7.30 pagi bagi urusan pendaftaran. Sekiranya pelajar hadir lewat pihak fakulti berhak untuk tidak membenarkan mahasiswa meneruskan seminar tersebut.Turut disertakan Tentatif Seminar Kejuruteraan Awam 2026 (SEMKA 2026) untuk rujukan pelajar.


JADUAL PEPERIKSAAN KHAS PROG. SARJANA MUDA SEMESTER II, SESI 2025/2026
Adalah dimaklumkan bahawa Peperiksaan Khas Semester II, Sesi 2025/2026 Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM akan berjalan mulai 24 Ogos – 30 Ogos 2026.
Berikut Jadual Peperiksaan Khas untuk rujukan mahasiswa dengan klik link di bawah:
JADUAL PEPERIKSAAN KHAS SEMESTER II, SESI 2025/2026
Pusat : Johor Bahru
Tempat : Bilik Mesyuarat Eksekutif 2 UTMSPACE, Aras 4, Blok T05, UTMJB
Jenis Peperiksaan : Fizikal
Pusat : Kuala Lumpur
Tempat : Sila rujuk Portal Pelajar
Jenis Peperiksaan : Fizikal
Nota :-
- Tempat peperiksaan khas hanya di Johor Bahru dan Kuala Lumpur sahaja.
- Sekiranya terdapat pertindihan jadual atau sebarang pertanyaan, calon peperiksaan hendaklah SEGERA maklumkan ke UTMSPACE di talian 07-5318017 (Pusat Johor Bahru) dan 03-26154691 (Pusat Kuala Lumpur) atau melalui email ke spd@utmspace.edu.my.
Sekian, harap maklum.