Makluman kepada semua pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Awam yang berada dalam Semester 7 (Kuala Lumpur)atau mana-mana pelajar senior bagi Semester I, Sesi 2026/2027, yang ingin memohon pengecualian Latihan Industri, tarikh akhir penghantaran laporan secara HARDCOPY selewat-lewatnya 21 September 2026 (Isnin). Perlu diingatkan tarikh pengeposan laporan tidak dikira sebagai bukti pelajar telah mematuhi tarikh akhir penghantaran laporan. Sila rancang dengan baik berkenaan masa dan tarikh untuk pengeposan. Untuk slide taklimat, garis panduan dan templat berkaitan pelajar boleh dapatkan melalui laman web SPACE FKA (https://civil.utm.my/spaceutm/).
Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ramli (PAPL FKA), Dr. Siti Nur Naqibah binti Kamarudin (Penyelaras Latihan Industri) dan Cik Nor Farhani binti Saidina.
Alamat penghantaran laporan:
Blok M46, Pejabat Program Luar,
Fakulti Kejuruteraan Awam,
Universiti Teknologi Awam,
81310, Skudai, Johor Bahru.
(u/p: Cik Nor Farhani Binti Saidina)
No Telefon: 07 – 5532449