Untuk makluman kepada pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam yang mendaftar dan menghadiri Seminar Kejuruteraan Awam (SEMKA) pada Semester III, Sesi 2025/2026, tarikh akhir penghantaran laporan secara hardcopy sebelum atau selewat-lewatnya pada 24 September 2026 (Khamis). Perlu diingatkan laporan Seminar Kejuruteraan Awam (SEMKA) perlu dibuat secara berkumpulan (seperti dalam senarai nama kumpulan). Pelajar boleh mendapatkan lampiran slaid setiap penceramah di sistem E-learning untuk rujukan. Bagi garis panduan penulisan laporan dan templat laporan pelajar boleh dapatkan di web https://civil.utm.my/spaceutm/
Perlu diingatkan tarikh pengeposan laporan tidak dikira sebagai bukti pelajar telah mematuhi tarikh akhir penghantaran laporan. Sila rancang dengan baik berkenaan masa dan tarikh untuk pengeposan. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ramli (PAPL FKA), Ts. Baharin bin Mesir (Penyelaras SEMKA) dan Cik Nor Farhani binti Saidina.
Alamat penghantaran laporan:
Blok M46, Pejabat Program Luar,
Fakulti Kejuruteraan Awam,
Universiti Teknologi Awam,
81310, Skudai, Johor Bahru.
(u/p: Cik Nor Farhani Binti Saidina)