Makluman kepada pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam yang akan menghadiri Seminar Kejuruteraan Awam 2026 (SEMKA 2026) berikut adalah butiran berkenaan program tersebut:
Tarikh : 22 & 23 Ogos 2026 (Sabtu & Ahad)
Masa : 7.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Villea Port Dickson, Negeri Sembilan
Pemakaian : Formal dan kemas
Semua pelajar yang terlibat diminta untuk hadirkan diri sebelum pukul 7.30 pagi bagi urusan pendaftaran. Sekiranya pelajar hadir lewat pihak fakulti berhak untuk tidak membenarkan mahasiswa meneruskan seminar tersebut.Turut disertakan Tentatif Seminar Kejuruteraan Awam 2026 (SEMKA 2026) untuk rujukan pelajar.

