Pengumuman

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM SARJANA MUDA SEMESTER I, SESI 2023/2024

Skim Pelajar Cari Pelajar bagi Program Sarjana Muda (Pengajian Sepenuh dan Separuh Masa) Ambilan Februari 2024

Berita baik untuk semua pelajar SPACE UTM !..

Kini anda berpeluang untuk memperoleh manfaat berupa saguhati melalui

SKIM PELAJAR MEMPERKENALKAN PELAJAR

Program yang sedang dibuka untuk permohonan adalah seperti berikut :

Maklumat lebih lanjut seperti struktur program dan syarat kemasukan boleh dirujuk melalui pautan http://space.utm.my/

Permohonan boleh dikemukakan secara atas talian melalui pautan http://space.utm.my/admission/

Semua pelajar SPACE UTM adalah digalakkan untuk turut serta dan seterusnya mendapatkan manfaat melalui skim tersebut.

Untuk maklumat dan pertanyaan, anda boleh menghubungi kami di  :

Bahagian Pemasaran dan Perhubungan Pelanggan
Telefon : 07-531 8072 (Pejabat),
017-7215787 (En. Hamzah) 
Email : recruitment@utmspace.edu.my

BORANG PENDAFTARAN ‘SKIM PELAJAR MEMPERKENALKAN PELAJAR’




MAKLUMAN DAN TARIKH-TARIKH PENTING PSM SEM 1, SESI , 2023/2024 UTMSPACE, PUSAT JOHOR BAHRU, KUALA LUMPUR, ALOR SETAR DAN KOTA KINABALU- FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam yang mengambil – PSM (SKAB4034)  pada Semester 1, Sesi 2023/2024. Berikut adalah makluman tarikh – tarikh penting PSM untuk diambil perhatian dan tindakan selanjutnya.

a.    Minggu 14 – 15: 8 – 12 Jan 2024

–       Pelajar menghantar draf laporan PSM kepada Penyelia masing-masing untuk tujuan semakan dan pengesahan sebelum sesi pembentangan

b.    Minggu 15: 13 Jan 2024

–       Pelajar menghantar Laporan Teknikal (format MS Word dan PDF) dan Borang Kebenaran Membentang melalui pautan Google Form yang disediakan dalam e-learning (pautan akan dikemaskini dalam e-learning sebelum Minggu 15)

–       Pelajar boleh merujuk templet Laporan Teknikal telah dimuatnaik dalam e-learning

–       Laporan Teknikal yang tidak memenuhi format akan dipulangkan semula untuk pembetulan sehingga mencapai format yang betul

c.     Minggu 17: 28 Jan 2024 (Ahad), 8.30 pagi sehingga selesai

–       Pembentangan PSM secara secara fizikal di Blok M50, Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), UTM Johor Bahru

–       Jadual terperinci sesi pembentangan dijangka akan dikeluarkan pada Minggu 14/15

d.    Minggu 19: 11 Feb 2024 (Ahad), 5.00 petang

–       Penghantaran dua (2) salinan Laporan PSM format PDF (minimum 60 mukasurat, maksimum 100 mukasurat) termasuk semua dokumen yang wajib dihantar bersama laporan PSM melalui pautan Google Form yang akan disediakan dalam e-learning

–       Templet Laporan PSM serta dokumen yang perlu dihantar telah dimuatnaik dalam e-learning

–       Laporan PSM yang tidak memenuhi format yang ditetapkan dalam UTM Thesis Manual 2023 akan dipulangkan semula kepada Pelajar untuk pembetulan sehingga mencapai format yang betul

–       Laporan PSM yang tidak mencapai format tidak akan diterima dan pelajar dianggap tidak menghantar laporan tersebut sekaligus GAGAL subjek SKAA/SKAB 4034

Sebarang kekeliruan boleh dirujuk terus kepada penyelaras PSM (Dr. Nadirah Bt Darus – 0139708427). Segala kerjasama amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

MAKLUMAN DAN TARIKH-TARIKH PENTING PRA PSM SEM 1, SESI 2023/2024 UTMSPACE ,PUSAT JOHOR BAHRU, KUALA LUMPUR DAN KUCHING- FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam yang mengambil PRA – PSM (SKAB4022)  pada Semester 1, Sesi 2023/2024. Berikut adalah makluman tarikh – tarikh penting Pra – PSM untuk diambil perhatian dan tindakan selanjutnya.

a.    Minggu 11: 16 Dis 2023

–  Pelajar mendapatkan kebenaran dari Penyelia untuk menghantar Short Proposal (10 muka surat maksimum) dan Borang Penilaian Pra PSM kepada Penilai yang telah dilantik

b.    Minggu 12: 23 Dis 2023

–  Pelajar menghantar Short Proposal (10 muka surat maksimum) dan Borang Penilaian Pra PSM kepada Penilai yang telah dilantik

c.    Minggu 13 – 14: 30 Dis 2023 – 6 Jan 2024

–  Pelajar bertemu Penilai (secara fizikal atau atas talian) untuk Sesi Penilaian pada tarikh yang telah dipersetujui

– Jika Pelajar atau Penilai tidak berkelapangan pada hari bekerja, sesi penilaian boleh dijalankan pada hari tidak bekerja

– Sesi penilaian ini adalah WAJIB, kegagalan pelajar untuk dinilai boleh menyebabkan GAGAL bagi subjek Pra PSM 

d.    Minggu 15: 13 Jan 2024

– Pelajar menghantar Laporan Pra PSM (Research Proposalsebanyak 30 muka surat maksimum menggunakan format Thesis UTM 2023 kepada Penyelia untuk semakan dan penilaian

Sebarang kekeliruan boleh dirujuk terus kepada penyelaras PSM (Dr. Nadirah Bt Darus – 0139708427). Segala kerjasama amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

MAKLUMAN OPERASI KAUNTER PERKHIDMATAN PELAJAR (HUJUNG MINGGU)

Mohon pelajar mengambil maklum perkara ini.(kemaskini 8/12/2023)

Peringatan Mesra :

TEMPOH PERMOHONAN PENGANUGERAHAN adalah (Minggu ke-8 sehingga minggu ke-11 kuliah) bersamaan 20 November 2023 Hingga 15 Disember 2023

TEMPOH PERMOHONAN PENGANUGERAHAN LEWAT DAN BERDENDA adalah (Minggu ke-12 sehingga minggu ke-14 kuliah) bersamaan 16 Disember 2023 Hingga 07 Jan 2024   *Berdenda RM50 / Permohonan

SENARAI RUANG KULIAH PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA SEMESTER I, SESI 2023/2024

Dimaklumkan bahawa sesi perkuliahan bagi Semester I, Sesi 2023/2024 Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM bagi pusat Johor Bahru telah bermula. Berikut disertakan senarai ruang kuliah minggu ke-10 bagi kursus-kursus berstatus Kuliah Sahaja (K)/ setara untuk rujukan pelajar.

klik disini –> JADUAL KULIAH<– klik disini

Sebarang aduan/ cadangan/ maklumbalas berkenaan ruang perkuliahan boleh disalurkan ke sopp@utmspace.edu.my

Kemaskini jadual : 7/12/2023

THE REOPENING UTM LIBRARY KUALA LUMPUR

الـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ & Good Day
Dear All,
Exciting news! The countdown is almost complete!
We’re thrilled to announce the reopening of UTM Library Kuala Lumpur on 4th December 2023, Monday!
Come join us and rediscover the joy of reading, learning, and connecting with a community that shares your passion. As we usher in a new chapter, don’t forget to bring a cozy sweater, as the temperature might be cooler.
We can’t wait to welcome you back in comfort and style!
For more information, visit [Library Website] or
contact us at Ms. Aznita Hazlina Binti Mansor, Division of Research Management and Learning Resources ( aznita@utmspace.edu.my ).
Together, let’s embark on a new chapter at UTM Library Kuala Lumpur
Thank You.

SENARAI RUANG KULIAH PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA SEMESTER I, SESI 2023/2024

Dimaklumkan bahawa sesi perkuliahan bagi Semester I, Sesi 2023/2024 Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM bagi pusat Johor Bahru telah bermula. Berikut disertakan senarai ruang kuliah minggu ke-9 bagi kursus-kursus berstatus Kuliah Sahaja (K)/ setara untuk rujukan pelajar.

klik disini –> JADUAL KULIAH<– klik disini

Sebarang aduan/ cadangan/ maklumbalas berkenaan ruang perkuliahan boleh disalurkan ke sopp@utmspace.edu.my

Kemaskini jadual : 30/11/2023