Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera

Tuan/ Puan,

Sukacita dimaklumkan Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan, Universiti Teknologi Malaysia (SPACE UTM) akan mengadakan Sesi Taklimat Program Sarjana Muda UTM (Separuh Masa). Maklumat lanjut berkaitan program tersebut, adalah seperti berikut:

Penyampai : Dr. Siti Zaleha binti Omain (Pengurus Akademik Program Luar, Fakulti Pengurusan, UTM)
Tarikh : 21 Januari 2026 (Rabu)
Masa : 9.00 Malam

Secara Dalam Talian (webex) : https://utm.webex.com/utm/j.php?MTID=m34be4bed3fa69fe08dc997adcc6e7754

Mohon kepada yang berminat menghadiri sesi ini untuk melengkapkan google form yang yang telah disediakan di pautan berikut:
https://forms.gle/WsW3k8E8wrKfja359

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Hamzah di e-mel: muhammad.hamzah@utmspace.edu.my atau di talian 017-721 5787.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Program Akademik UTM, sila layari laman web https://space.utm.my/

Mohon bantuan hebahan program ini kepada semua prospek yang berminat.

Segala kerjasama dan perhatian, kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.