Makluman kepada semua pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Awam yang berada dalam semester 7 (Kuala Lumpur & Kuching) atau mana-mana pelajar senior bagi Semester II, Sesi 2025/2026, yang ingin memohon pengecualian Latihan Industri, tarikh akhir penghantaran laporan secara HARDCOPY selewat-lewatnya 23 Februari 2026 (Isnin). Perlu diingatkan tarikh pengeposan laporan tidak dikira sebagai bukti pelajar-pelajar telah mematuhi  tarikh akhir penghantaran laporan. Sila rancang dengan baik berkenaan masa dan tarikh untuk pengeposan. Untuk slaid taklimat, garis panduan dan templat berkaitan, pelajar-pelajar boleh dapatkan melalui Laman Web SPACE FKA: https://www.civil.my/utmspace/industrial-training

Alamat penghantaran laporan:
Blok M46, Pejabat Program Luar,
Fakulti Kejuruteraan Awam,
Universiti Teknologi Awam,
81310, Skudai, Johor Bahru.
(u/p: Cik Nor Farhani Binti Saidina)

No Telefon: 07 – 5532449