PENGHANTARAN LAPORAN SEMINAR KEJURUTERAAN AWAM (SEAA 4021/ SKAB 4021 / SKAA 4021)- FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM

Untuk makluman kepada pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam yang mendaftar dan menghadiri Seminar Kejuruteraan Awam (SEMKA) pada Semester III, Sesi 2025/2026, tarikh akhir penghantaran laporan secara hardcopy sebelum atau selewat-lewatnya pada 24 September 2026 (Khamis). Perlu diingatkan laporan Seminar Kejuruteraan Awam (SEMKA) perlu dibuat secara berkumpulan (seperti dalam senarai nama kumpulan). Pelajar boleh mendapatkan lampiran slaid setiap penceramah di sistem E-learning untuk rujukan. Bagi garis panduan penulisan laporan dan templat laporan pelajar boleh dapatkan di web https://civil.utm.my/spaceutm/

Perlu diingatkan tarikh pengeposan laporan tidak dikira sebagai bukti pelajar telah mematuhi  tarikh akhir penghantaran laporan. Sila rancang dengan baik berkenaan masa dan tarikh untuk pengeposan. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ramli (PAPL FKA), Ts. Baharin bin Mesir (Penyelaras SEMKA) dan Cik Nor Farhani binti Saidina.Alamat penghantaran laporan:Blok M46, Pejabat Program Luar,Fakulti Kejuruteraan Awam,Universiti Teknologi Awam,81310, Skudai, Johor Bahru.(u/p: Cik Nor Farhani Binti Saidina)

SENARAI NAMA KUMPULAN SEMKA

Read More

SENARAI RUANG KULIAH PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA, SEMESTER III SESI 2025/2026

Dimaklumkan bahawa sesi perkuliahan Semester III, Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM bagi pusat Johor Bahru telah bermula. Berikut disertakan senarai ruang kuliah mingguan untuk rujukan pelajar.

klik disini –>JADUAL KULIAH <– klik disini

Sebarang aduan/ cadangan/ maklumbalas berkenaan ruang perkuliahan boleh disalurkan ke sopp@utmspace.edu.my

Kemaskini jadual :27/8/2026

Read More

PEMILIHAN BIDANG PRA – PROJEK SARJANA MUDA (PRA-PSM) SEMESTER I, SESI 2026/2027- FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM

Makluman kepada semua pelajar yang mendaftar kursus SEAA 4022/ SKAB 4022/ SKAA 4022 (Kaedah Penyelidikan dan Pra Projek) pada Semester I, Sesi 2026/2027 DIWAJIBKAN mengisi Google Form bagi Pemilihan Bidang Pra Projek Sarjana Muda pada link yang disediakan (https://forms.gle/BH6X GKMtRAM4A) selewat-lewatnya pada 6 September 2026 (Ahad) sebelum pukul 5.00 petang.  

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ramli (PAPL FKA), Dr. Nadirah binti Darus (Penyelaras PSM) dan Cik Nor Farhani binti Saidina.

Read More

KEPUTUSAN PERMOHONAN PEPERIKSAAN KHAS PROGRAM SARJANA MUDA SEMESTER II SESI 2025/2026

Adalah dimaklumkan kepada pelajar-pelajar Program Sarjana Muda, Pengajian Separuh Masa yang memohon peperiksaan khas, berikut dilampirkan keputusan permohonan peperiksaan khas Semester II Sesi 2025/2026 yang telah dibentangkan dalam Mesyuarat JKTS pada 19 – 20 Ogos 2026.

SENARAI KEPUTUSAN PEPERIKSAAN KHAS SEMESTER II 2025/2026

Read More

TENTATIF SEMINAR KEJURUTERAAN AWAM 2026 (SEMKA 2026)

Makluman kepada pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam  yang akan menghadiri Seminar Kejuruteraan Awam 2026 (SEMKA 2026) berikut adalah butiran berkenaan program tersebut:

Tarikh           : 22 & 23 Ogos 2026 (Sabtu & Ahad)Masa             : 7.30 pagi hingga 5.00 petangTempat         : Villea Port Dickson, Negeri Sembilan

Pemakaian   : Formal dan kemas

Semua pelajar yang terlibat diminta untuk hadirkan diri sebelum pukul 7.30 pagi bagi urusan pendaftaran. Sekiranya pelajar hadir lewat pihak fakulti berhak untuk tidak membenarkan mahasiswa meneruskan seminar tersebut.Turut disertakan Tentatif Seminar Kejuruteraan Awam 2026 (SEMKA 2026) untuk rujukan pelajar.

Read More