SENARAI RUANG KULIAH PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA, SEMESTER III SESI 2025/2026

Dimaklumkan bahawa sesi perkuliahan Semester III, Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM bagi pusat Johor Bahru telah bermula. Berikut disertakan senarai ruang kuliah mingguan untuk rujukan pelajar.

klik disini –>JADUAL KULIAH <– klik disini

Sebarang aduan/ cadangan/ maklumbalas berkenaan ruang perkuliahan boleh disalurkan ke sopp@utmspace.edu.my

Kemaskini jadual :10/9/2026

Read More

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM SARJANA MUDA SEMESTER III, SESI 2025/2026

Adalah dimaklumkan bahawa Peperiksaan Akhir Semester III, Sesi 2025/2026 Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM akan dijalankan mulai 22 September 2026 hingga 25 September 2026.

Untuk makluman Jadual Peperiksaan akan dikemaskini dari semasa ke semasa di Bahagian Peperiksaan untuk rujukan mahasiswa dengan klik link di bawah :-

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER III SESI 2025/2026

Pusat : Johor BahruTempat : Makmal BYOD, ARAS 3, Blok T05, UTMJBJenis Peperiksaan : Fizikal

Pusat : Kuala LumpurTempat : Sila Rujuk Portal PelajarJenis Peperiksaan : Fizikal

Berikut disertakan Panduan Peperiksaan secara Fizikal :-

PANDUAN DAN KAEDAH PEPERIKSAAN AKHIR PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA UTM SEMESTER III SESI 2025/2026 (FIZIKAL)

Nota :-

Sekiranya terdapat pertindihan jadual atau sebarang pertanyaan, calon peperiksaan hendaklah SEGERA maklumkan ke UTMSPACE di talian 07-5318017 (Pusat Johor Bahru) dan 03-26154691 (Pusat Kuala Lumpur) atau melalui email ke spd@utmspace.edu.my

Sekian, harap maklum.

Read More

SENARAI RUANG KULIAH PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA, SEMESTER III SESI 2025/2026

Dimaklumkan bahawa sesi perkuliahan Semester III, Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM bagi pusat Johor Bahru telah bermula. Berikut disertakan senarai ruang kuliah mingguan untuk rujukan pelajar.

klik disini –>JADUAL KULIAH <– klik disini

Sebarang aduan/ cadangan/ maklumbalas berkenaan ruang perkuliahan boleh disalurkan ke sopp@utmspace.edu.my

Kemaskini jadual :4/9/2026

Read More

PENGHANTARAN LAPORAN PENGECUALIAN LATIHAN INDUSTRI (SEAA 3045/SKAB 3045/SKAA3045)- FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM

Makluman kepada semua pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Awam yang berada dalam Semester 7 (Kuala Lumpur)atau mana-mana pelajar senior bagi Semester I, Sesi 2026/2027, yang ingin memohon pengecualian Latihan Industri, tarikh akhir penghantaran laporan secara HARDCOPY selewat-lewatnya 21 September 2026 (Isnin). Perlu diingatkan tarikh pengeposan laporan tidak dikira sebagai bukti pelajar telah mematuhi  tarikh akhir penghantaran laporan. Sila rancang dengan baik berkenaan masa dan tarikh untuk pengeposan. Untuk slide taklimat, garis panduan dan templat berkaitan pelajar boleh dapatkan melalui laman web SPACE FKA (https://civil.utm.my/spaceutm/).

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ramli (PAPL FKA), Dr. Siti Nur Naqibah binti Kamarudin (Penyelaras Latihan Industri) dan Cik Nor Farhani binti Saidina.

Alamat penghantaran laporan:Blok M46, Pejabat Program Luar,Fakulti Kejuruteraan Awam,Universiti Teknologi Awam,81310, Skudai, Johor Bahru.(u/p: Cik Nor Farhani Binti Saidina)

No Telefon: 07 – 5532449

Read More

PENGHANTARAN LAPORAN SEMINAR KEJURUTERAAN AWAM (SEAA 4021/ SKAB 4021 / SKAA 4021)- FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM

Untuk makluman kepada pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam yang mendaftar dan menghadiri Seminar Kejuruteraan Awam (SEMKA) pada Semester III, Sesi 2025/2026, tarikh akhir penghantaran laporan secara hardcopy sebelum atau selewat-lewatnya pada 24 September 2026 (Khamis). Perlu diingatkan laporan Seminar Kejuruteraan Awam (SEMKA) perlu dibuat secara berkumpulan (seperti dalam senarai nama kumpulan). Pelajar boleh mendapatkan lampiran slaid setiap penceramah di sistem E-learning untuk rujukan. Bagi garis panduan penulisan laporan dan templat laporan pelajar boleh dapatkan di web https://civil.utm.my/spaceutm/

Perlu diingatkan tarikh pengeposan laporan tidak dikira sebagai bukti pelajar telah mematuhi  tarikh akhir penghantaran laporan. Sila rancang dengan baik berkenaan masa dan tarikh untuk pengeposan. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ramli (PAPL FKA), Ts. Baharin bin Mesir (Penyelaras SEMKA) dan Cik Nor Farhani binti Saidina.Alamat penghantaran laporan:Blok M46, Pejabat Program Luar,Fakulti Kejuruteraan Awam,Universiti Teknologi Awam,81310, Skudai, Johor Bahru.(u/p: Cik Nor Farhani Binti Saidina)

SENARAI NAMA KUMPULAN SEMKA

Read More