BORANG PENCALONAN PENYELIA PSM CADANGAN DAN LATIHAN ILMIAH – SEKOLAH PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA DAN PSIKOLOGI (sharps)
Perhatian kepada semua pelajar Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi yang akan mendaftar Projek Sarjana Muda Cadangan (SHAR3042) pusat Johor Bahru dan Kuala Lumpur pada semester akan datang (Semester 1, Sesi 2023/2024), sila pastikan mahasiswa telah memenuhi syarat ini :
1. Telah memenuhi / mengambil sekurang-kurangnya 90 jam kredit (termasuk pengecualian kredit yang telah diluluskan).
2. Telah LULUS kursus Pengenalan Kaedah Penyelidikan (SHAR3033/ SHP2303).
Sekiranya telah memenuhi kedua-dua syarat tersebut, saudara dikehendaki untuk mengisi BORANG PENCALONAN PENYELIA. Saudara dibenarkan untuk mengisi SEKALI SAHAJA borang pencalonan dan tarikh akhir untuk mengisinya adalah pada 10 September 2023. Kegagalan mahasiswa untuk mengikuti prosedur ini akan mengakibatkan pendaftaran kursus tersebut (PSM Cadangan) tidak dipertimbangkan dan DITOLAK oleh Penyelaras.
SENARAI RUANG KULIAH PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA SEMESTER III, SESI 2022/2023
Dimaklumkan bahawa sesi perkulihan bagi Semester III, Sesi 2022/2023 Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM bagi pusat Johor Bahru telah bermula. Berikut disertakan senarai ruang kuliah minggu ke-4 bagi kursus-kursus berstatus Kuliah Sahaja (K)/ setara untuk rujukan pelajar.
klik disini –> JADUAL KULIAH<– klik disini
Sebarang aduan/ cadangan/ maklumbalas berkenaan ruang perkuliahan boleh disalurkan ke sopp@utmspace.edu.my
Kemaskini : 22/8/2023
KEPUTUSAN PERMOHONAN PEPERIKSAAN KHAS PROGRAM SARJANA MUDA SEMESTER II, SESI 2022/2023
Adalah dimaklumkan kepada pelajar program Sarjana Muda, berikut dilampirkan keputusan permohonan peperiksaan khas Semester II Sesi 2022/2023 yang telah dibentangkan pada 17 September 2023
SENARAI KEPUTUSAN PEPERIKSAAN KHAS SEMESTER II SESI 2022/2023
Sekian, Terima Kasih
JADUAL PEPERIKSAAN KHAS PROG. SARJANA MUDA SEMESTER II, SESI 2022/2023
Adalah dimaklumkan bahawa Peperiksaan Khas Semester II, Sesi 2022/2023 Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM akan berjalan mulai 20 Ogos 2023 hingga 1 September 2023.
Berikut Jadual Peperiksaan Khas untuk rujukan mahasiswa dengan klik link di bawah:
JADUAL PEPERIKSAAN KHAS SEMESTER II, SESI 2022/2023
Pusat : Johor Bahru
Tempat : Bilik Mesyuarat Eksekutif 2 UTMSPACE, Aras 4, Blok T05, UTMJB
Jenis Peperiksaan : Fizikal
Pusat : Kuala Lumpur
Tempat : Bilik Kuliah 6, Aras 2, Residensi UTMKL
Jenis Peperiksaan : Fizikal
Nota :-
- Tempat peperiksaan khas hanya di Johor Bahru dan Kuala Lumpur sahaja.
- Sekiranya terdapat pertindihan jadual atau sebarang pertanyaan, calon peperiksaan hendaklah SEGERA maklumkan ke UTMSPACE di talian 07-5318017 (Pusat Johor Bahru) dan 03-26154691 (Pusat Kuala Lumpur) atau melalui email ke spd@utmspace.edu.my.
Sekian, harap maklum.
SENARAI RUANG KULIAH PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA SEMESTER III, SESI 2022/2023
Dimaklumkan bahawa sesi perkulihan bagi Semester III, Sesi 2022/2023 Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM bagi pusat Johor Bahru telah bermula. Berikut disertakan senarai ruang kuliah minggu ke-3 bagi kursus-kursus berstatus Kuliah Sahaja (K)/ setara untuk rujukan pelajar.
klik disini –> JADUAL KULIAH<– klik disini
Sebarang aduan/ cadangan/ maklumbalas berkenaan ruang perkuliahan boleh disalurkan ke sopp@utmspace.edu.my
Kemaskini : 17/8/2023
MAKMAL KEJURUTERAAN 1 (SEAA2012) & MAKMAL KEJURTERAAN 2 (SEAA3012) SEM III, SESI 2022/2023 – FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Adalah dimaklumkan kepada pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam yang mendaftar kursus Makmal Kejuruteraan Awam I (SEAA2012) & Makmal Kejuruteraan II (SEAA3012) bagi Semester III sesi 2022/2023, berikut merupakan Jadual Makmal Kejuruteraan I & Makmal Kejuruteraan II beserta nama pensyarah dan senarai kumpulan pelajar untuk rujukan selanjutnya. Makmal Kejuruteraan Awam akan dijalankan secara Fizikal di Kampus UTM Johor Bahru.
KUMPULAN MAKMAL 1 (SEPTEMBER 2023)
JADUAL MAKMAL SEAA 2012 (PENSYARAH) 2023
JADUAL MAKMAL 1 (PELAJAR) 2023
PERMAKLUMAN PEMBUKAAN AKAUN RHB BANK KEPADA PELAJAR SPACE UTM

SENARAI PENGAGIHAN PENSYARAH SEMESTER III, SESI 2022/2023

Adalah dimaklumkan bahawa sesi perkuliahan Semester III, Sesi 2022/2023 akan bermula pada 4 Ogos – 1 Oktober 2023. Pelajar dinasihatkan untuk merujuk kepada senarai pengagihan pensyarah Semester III, Sesi 2022/2023 berikut bagi mendapatkan info berkaitan kursus, seksyen, kaedah PdP dan juga senarai pensyarah terlibat.
Senarai pengagihan pensyarah Semester III, Sesi 2022/20232)- Kemaskini 16.8.2023
PEMAKLUMAN PELEPASAN KULIAH BAGI PROGRAM DIPLOMA DAN SARJANA MUDA, PENGAJIAN SEPARUH MASA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) BAGI PILIHAN RAYA UMUM DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) KE-15 DAN PILIHAN RAYA KECIL (PRK) PADA 11 OGOS 2023 HINGGA 13 OGOS 2023
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Disertakan lampiran surat rasmi yang seperti dinyatakan untuk perhatian semua pelajar-pelajar Pusat Pengajian Separuh Masa, SPACE. Diharapkan semua pelajar dapat mengambil maklum berkenaan makluman ini.

SURAT PENGLIBATAN SEMINAR KEJURUTERAAN AWAM (SEMKA) – FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM
Adalah dimaklumkan kepada mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Awam yang mendaftar kursus Seminar Kejuruteraan Awam (SEMKA) bagi semester III sesi 2022/2023, berikut merupakan surat penglibatan seminar untuk makluman dan tindakan pelajar.
Sekian, Harap Maklum.
