PENGAMBILAN SIJIL KEPUJIAN DEKAN, SEMESTER I, 2022/2023 – PUSAT KUALA LUMPUR

SEMINAR KEJURUTERAAN AWAM FKA (SEMKA FKA)- FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM
Disertakan brochure Seminar Kejuruteraan Awam 2023 (SEMKA 2023) untuk makluman dan rujukan pelajar. Untuk makluman, link pembayaran akan dibuka bermula 25 Jun 2023 sehingga 28 Julai 2023.
Mohon kerjasama kepada pelajar yang akan menghadiri Seminar Kejuruteraan Awam 2023 (SEMKA 2023) untuk mengisi nama di link yang disertakan selewat-lewatnya pada 28 Jun 2023 (Rabu) bagi tempahan seminar.
Perlu diingatkan bayaran akan dikenakan bagi pelajar yang telah mengemukakan nama walaupun tidak dapat menghadiri seminar tersebut.
PERHATIAN KEPADA MAHASISWA SEKOLAH PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA DAN PSIKOLOGI
Dimaklumkan kepada mahasiswa Program SHAR Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi, pembentangan Projek Sarjana Muda Akhir (SHAR4014) bagi semester II sesi 2022/2023 akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Kursus : Projek Sarjana Muda Akhir (SHAR4014)
Program : SHAR Tarikh : 4 Julai 2023 (Pusat Kuala Lumpur) / 5 Julai 2023 (Pusat Johor Bahru)
Masa : 9.00 am – 11.00 am
Tempat : Blok T08, Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.
Pakaian : Rasmi dan Kemas
Kegagalan saudara mematuhi slot pembentangan yang disediakan akan mengakibatkan tiada penilaian serta markah akan diberikan.
MUET SESI 2 2023- TEMPAT UJIAN LISAN (SPEAKING TEST)
Kepada semua calon yang menduduki peperiksaan MUET SESI 2 2023. Maklumat tempat Speaking Test adalah seperti berikut:
PUSAT PEPERIKSAAN JOHOR BAHRU :
Tarikh : 19hb - 21hb Jun 2023
Waktu : 7.30 pagi sehingga selesai
Tempat : UTMSPACE, NO. 34-50, JALAN KEBUDAYAAN 1, TAMAN UNIVERSITI, 81300 SKUDAI, JOHOR
Bilik Kuarantin : Bilik Rehat (Aras 1)
Bilik Peperiksaan : Bilik Kuliah 1, Bilik Kuliah 2, Bilik Seminar 3 & Bilik Rehat (Aras bawah)
PUSAT PEPERIKSAAN KUALA LUMPUR :
Tarikh : 19hb - 21hb Jun 2023
Waktu : 7.30 pagi sehingga selesai
Tempat : UTMSPACE, RESIDENSI UTM KL LEVEL 2, PODIUM NO. 8, JALAN MAKTAB 54100 KUALA LUMPUR
Bilik Kuarantin : Bilik Mesyuarat Eksekutif 1, Aras 2 (escalator depan Pizza Hut)
Bilik Peperiksaan : Bilik Seminar 3, UTMSPACE, Aras 2 (escalator depan Pizza Hut)
Sekian, terima kasih.
HEBAHAN PENGESAHAN PERSETUJUAN (STUDENT CONSENT) KAD PRIHATIN SISWA
Untuk makluman, semua pelajar sepenuh masa (Diploma, Sarjana Muda dan Pascasiswazah) dan pelajar separuh masa (UTMSPACE) diwajibkan untuk membuat pertukaran kad matrik sedia ada kepada Kad Prihatin Siswa (KPS). Pelajar perlu bersetuju memberikan kebenaran kepada pihak UTM untuk memproses dan mengendalikan penggunaan data peribadi pelajar sebagaimana dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709). Tarikh tutup pengisian borang persetujuan pelajar ditetapkan sehingga 15 Jun 2023 (Khamis).

HEBAHAN: KAJI SELIDIK BERKAITAN PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN BAGI PELAJAR PROGRAM SEPARUH MASA
Untuk makluman, Bahagian Pengurusan Penyelidikan dan Sumber Pembelajaran (BPSP) sedang berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kemudahan sumber pembelajaran kepada pelajar yang mengikuti pengajian secara separuh masa dan terutama sekali yang berada di luar kampus UTM Kuala Lumpur dan Johor Bahru.
Kaji selidik ini juga bertujuan untuk mendapatkan pandangan dari para pelajar berkaitan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan yang disediakan.
Sehubungan dengan itu, bagi mencapai tujuan tersebut mohon kerjasama pelajar untuk melengkapkan kaji selidik seperti link dibawah. Kaji selidik ini hendaklah diisi selewat-lewatnya sebelum atau pada 21 Jun 2023 (Rabu).
Pautan kaji selidik – https://docs.google.com/forms/d/
Kerjasama semua amat kami hargai. Terima Kasih.
PEMAKLUMAN SESI PEMBENTANGAN PROJEK SARJANA MUDA (PSM) SPACE Fakulti Kejuruteraan Awam SESI 2022/2023-2
PEMAKLUMAN SESI PEMBENTANGAN PROJEK SARJANA MUDA (PSM) SPACE FKA SESI 2022/2023-2
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Dimaklumkan sesi pembentangan PSM SPACE FKA akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut:
TARIKH: 5 JULAI 2023 (RABU)
MASA: 8.00 PAGI – 5.00 PETANG
TEMPAT: BLOK M50, FKA
Para pelajar boleh mendapatkan dokumen dan garis panduan PSM yang berkaitan dari platform e-learning.
Jadual sesi pembentangan yang terperinci akan dimaklumkan dalam masa terdekat.
Semua pelajar wajib menghantar Laporan Teknikal selewat-lewatnya pada 21 Jun 2023 menggunakan pautan Google Form yang disediakan di e-learning.
Sebarang kelewatan tidak akan diterima, kerjasama semua amatlah dihargai.
Dr. Nadirah binti Darus,
Penyelaras PSM (UTM SPACE)
Fakulti Kejuruteraan Awam
MAKMAL KEJURUTERAAN AWAM SPACE – fakulti kejuruteraan awam SEM 3, SESI 2022/2023
Perhatian kepada pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam yang mengambil makmal pada Semester 3, Sesi 2022/2023 adalah dimaklumkan bahawa Makmal Kejuruteraan Awam 1 dan Makmal Kejuruteraan 2 SPACE FKA tahun 2023 akan dilaksanakan pada tarikh-tarikh berikut:
Makmal Kejuruteraan Awam 1 (SEAA/SKAB 2012)
11 – 15 September 2023 (Isnin hingga Jumaat)
Makmal Kejuruteraan Awam 2 (SEAA/SKAB 3012)
Bagi pusat pengajian yang mempunyai kuliah pada hari Jumaat dan Sabtu:
3 – 7 September 2023 (Ahad hingga Khamis)
Bagi pusat pengajian yang mempunyai kuliah pada hari Sabtu dan Ahad:
4 – 8 September 2023 (Isnin hingga Jumaat)Pengajaran kelas makmal akan diadakan di Fakulti Kejuruteraan Awam, UTM Johor Bahru. Maklumat lanjut akan disampaikan melalui penghulu kelas masing-masing dalam masa terdekat. Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi pejabat SPACE FKA (No telefon: 07-5532449).
makluman: pengesahan persetujuan kad prihatin siswa



** Untuk sebarang pertanyaan, pelajar boleh berhubung terus dengan Unit Hal Ehwal Pelajar di talian yang tertera pada Poster diatas.
PENTING: TARIKH AKHIR PENGHANTARAN BORANG PENGANUGERAHAN SEMESTER II, 2022/2023 – 18 JUN 2023

