Adalah dimaklumkan bahawa, semua permohonan penganugerahan bagi Semester II, Sesi 2022/2023 telah dibentangkan dan diperakukan di dalam Mesyuarat Senat yang diadakan pada 26 Spetember 2023 yang lalu.

Untuk makluman, Surat Pengesahan Senat akan mula diedarkan secara berperingkat kepada graduan melalui POS bermula 11 Oktober 2023 bagi graduan yang TIDAK mempunyai tunggakan yuran pengajian.

Majlis Konvokesyen ke 67 akan diadakan pada 18 sehingga 23 November 2023. Graduan diminta untuk membuat pengesahan kehadiran ke Majlis Konvokesyen ke 67 UTM bermula 10 Oktober 2023 hingga 30 Oktober 2023 di laman sistem  i-Convo, https://iconvo.utm.my