JADUAL PEPERIKSAAN KHAS PROG. SARJANA MUDA SEMESTER II, SESI 2023/2024
Adalah dimaklumkan bahawa Peperiksaan Khas Semester II, Sesi 2023/2024 Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM akan berjalan mulai 20 Ogos 2024 hingga 1 September 2024.
Berikut Jadual Peperiksaan Khas untuk rujukan mahasiswa dengan klik link di bawah:
(MUKTAMAD) JADUAL PEPERIKSAAN KHAS SEMESTER II, SESI 2023/2024 SEMUA FAKULTI
Pusat : Johor Bahru
Tempat : Bilik Mesyuarat Eksekutif 2 UTMSPACE, Aras 4, Blok T05, UTMJB
Jenis Peperiksaan : Fizikal
Pusat : Kuala Lumpur
Tempat : Akan dimaklumkan kemudian
Jenis Peperiksaan : Fizikal
Nota :-
- Tempat peperiksaan khas hanya di Johor Bahru dan Kuala Lumpur sahaja.
- Sekiranya terdapat pertindihan jadual atau sebarang pertanyaan, calon peperiksaan hendaklah SEGERA maklumkan ke UTMSPACE di talian 07-5318017 (Pusat Johor Bahru) dan 03-26154691 (Pusat Kuala Lumpur) atau melalui email ke spd@utmspace.edu.my.
Sekian, harap maklum.
PERMOHONAN PENGECUALIAN KREDIT SEMM/SKMM3915 LATIHAN INDUSTRI SEMESTER 1 SESI 2024/2025 – FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL
Makluman kepada pelajar yang ingin/bercadang untuk memohon pengecualian kredit kursus SEMM/SKMM3915 Latihan Industri pada Semester I Sesi 2024/2025 untuk mengisi maklumat di https://forms.gle/YmbTkqs9PMixWgbE8.
Syarat-syarat permohonan Pengecualian Latihan Industri :
1. Telah mengambil semua kursus pra-syarat dan mendapat minimum gred D–
i) SEMM/SKMM2123 – Mekanik Pepejal II
ii) SEMM/SKMM2223 – Mekanik Mesin & Getaran
iii) SEMM/SKMM2323 – Mekanik Bendalir II
iv) SEMM/SKMM/2423 – Termodinamik Gunaan
2. Mempunyai pengalaman pekerjaan yang berkaitan dengan bidang pengajian sekurang-kurangnya SATU (1) tahun
3. Telah mendapat sekurang-kurangnya sebanyak 80 kredit kira (Kredit dapat + Kredit Kecuali)
Garis panduan dan maklumat berkaitan pengecualian kredit Latihan Industri boleh didapati di:
https://drive.google.com/drive/u/0/folders/1mMLupxs6q4IFgvhcRVNCqD_0K_NuQDc2.
Satu taklimat berkaitan kursus Latihan Industri akan diadakan kelak.
Pelajar juga boleh sertai Whatsapp Group: https://chat.whatsapp.com/Lhdmd7vKfCaEomhwPedZW6 untuk sebarang makluman dan pertanyaan.
Nota : Pelajar tidak perlu mendaftar kursus Latihan Industri pada Semester 1 Sesi 2023/2024 di SMP.
KEPUTUSAN PERMOHONAN PEPERIKSAAN KHAS PROGRAM SARJANA MUDA SEMESTER II, SESI 2023/2024
Adalah dimaklumkan kepada pelajar program Sarjana Muda, berikut dilampirkan keputusan permohonan peperiksaan khas Semester II Sesi 2023/2024 yang telah dibentangkan pada 15 Ogos 2024
SURAT PENGLIBATAN SEMINAR KEJURUTERAAN AWAM 2024 (SEMKA 2024)
Adalah dimaklumkan kepada mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Awam yang mendaftar kursus Seminar Kejuruteraan Awam (SEAA 4021/ SKAB 4021/ SKAA 4021) bagi semester III sesi 2023/2024, berikut merupakan surat penglibatan seminar untuk makluman dan tindakan yang selanjutnya.
SURAT PENGLIBATAN SEMINAR KEJURUTERAAN AWAM 2024 (KLIK DISINI)
Perhatian kepada semua mahasiswa bermula 8 Ogos 2024 (khamis) mahasiswa yang telah mendaftar kursus Seminar Kejuruteraan Awam TIDAK DIBENARKAN untuk menarik diri kerana tempahan bersama pihak hotel dan tempahan untuk kelengkapan yang lain telah diuruskan.
SENARAI RUANG KULIAH PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA SEMESTER III, SESI 2023/2024
Dimaklumkan bahawa sesi perkuliahan bagi Semester III, Sesi 2023/2024 Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM bagi pusat Johor Bahru telah bermula. Berikut disertakan senarai ruang kuliah minggu ke-4 bagi kursus-kursus berstatus Kuliah Sahaja (K)/ setara untuk rujukan pelajar.
klik disini –> JADUAL KULIAH <– klik disini
Sebarang aduan/ cadangan/ maklumbalas berkenaan ruang perkuliahan boleh disalurkan ke sopp@utmspace.edu.my
Kemaskini jadual : 14/8/2024
SURAT PENGLIBATAN MAKMAL, SENARAI NAMA KUMPULAN & JADUAL MAKMAL KEJURUTERAAN AWAM 1 & MAKMAL KEJURUTERAAN AWAM 2
Adalah dimaklumkan kepada mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Awam yang mendaftar kursus Makmal Kejuruteraan Awam I (SEAA2012/ SKAB 2012/ SKAA 2012) & Makmal Kejuruteraan Awam II (SEAA 3012/ SKAB 3012/ SKAA 3012) bagi semester III sesi 2023/2024, berikut merupakan surat penglibatan makmal, senarai nama kumpulan dan jadual makmal untuk makluman dan tindakan pelajar.
MAKMAL KEJURUTERAAN AWAM 1 (SEAA2012/ SKAB 2012/ SKAA 2012)
1-SURAT PENGLIBATAN MAKMAL KEJURUTERAAN AWAM 1 (KLIK DISINI)
2- SENARAI NAMA & KUMPULAN MAKMAL KEJURUTERAAN AWAM 1(KLIK DISINI)
3- JADUAL MAKMAL KEJURUTERAAN AWAM 1 (KLIK DISINI)
MAKMAL KEJURUTERAAN AWAM 2 (SEAA 3012/ SKAB 3012/ SKAA 3012)
1- SURAT PENGLIBATAN MAKMAL KEJURUTERAAN AWAM II (KLIK DISINI)
2-SENARAI NAMA & KUMPULAN MAKMAL KEJURUTERAAN AWAM II (KLIK DISINI)
3-JADUAL MAKMAL KEJURUTERAAN AWAM II (KLIK DISINI)
Perhatian kepada semua mahasiswa pengajaran makmal akan diadakan di Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia Johor. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Ts. Dr. Mohd Zamri Bin Ramli (PAPL FKA) dan Cik Nor Farhani Binti Saidina. Sekian, Terima kasih.
SENARAI RUANG KULIAH PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA SEMESTER III, SESI 2023/2024
Dimaklumkan bahawa sesi perkuliahan bagi Semester III, Sesi 2023/2024 Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM bagi pusat Johor Bahru telah bermula. Berikut disertakan senarai ruang kuliah minggu ke-3 bagi kursus-kursus berstatus Kuliah Sahaja (K)/ setara untuk rujukan pelajar.
klik disini –> JADUAL KULIAH <– klik disini
Sebarang aduan/ cadangan/ maklumbalas berkenaan ruang perkuliahan boleh disalurkan ke sopp@utmspace.edu.my
Kemaskini jadual : 7/7/2024
BORANG PENCALONAN PENYELIA PSM CADANGAN SEKOLAH PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA DAN PSIKOLOGI (SHARPS)
Perhatian kepada semua pelajar Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi yang akan mendaftar Projek Sarjana Muda Cadangan (SHAR3042 atau SHAY3092) pusat Johor Bahru dan Kuala Lumpur pada semester akan datang (Semester I, Sesi 2024/2025), sila pastikan pelajar-pelajar telah memenuhi syarat ini :
1. Telah memenuhi / mengambil sekurang-kurangnya 90 jam kredit (termasuk pengecualian kredit yang telah diluluskan).
2. Telah LULUS kursus Pengenalan Kaedah Penyelidikan (SHAR3033) – TERPAKAI UNTUK PELAJAR SHAR/SHMR SAHAJA
Sekiranya telah memenuhi kedua-dua syarat tersebut, pelajar-pelajar dikehendaki untuk mengisi BORANG PENCALONAN PENYELIA. Pelajar-pelaajar dibenarkan untuk mengisi SEKALI SAHAJA borang pencalonan dan tarikh akhir untuk mengisinya adalah pada 1 September 2024. Kegagalan pelajar-pelajar untuk mengikuti prosedur ini akan mengakibatkan pendaftaran kursus tersebut (PSM Cadangan) tidak dipertimbangkan dan DITOLAK oleh Penyelaras.
SENARAI RUANG KULIAH PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA SEMESTER III, SESI 2023/2024
Dimaklumkan bahawa sesi perkuliahan bagi Semester III, Sesi 2023/2024 Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM bagi pusat Johor Bahru telah bermula. Berikut disertakan senarai ruang kuliah minggu ke-2 bagi kursus-kursus berstatus Kuliah Sahaja (K)/ setara untuk rujukan pelajar.
klik disini –> JADUAL KULIAH <– klik disini
Sebarang aduan/ cadangan/ maklumbalas berkenaan ruang perkuliahan boleh disalurkan ke sopp@utmspace.edu.my
Kemaskini jadual : 31/7/2024
PENGHANTARAN LAPORAN PENGECUALIAN LATIHAN INDUSTRI (SEAA 3045/SKAB 3045/SKAA3045)-FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM
Makluman kepada pelajar-pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Awam yang berada dalam semester 7, sesi 2024/2025 iaitu pusat pembelajaran Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching atau mana-mana pelajar senior yang hendak membuat Pengecualian Latihan Industri, pelajar diminta untuk menghantar salinan hardcopy Laporan Pengecualian Latihan Industri
(di alamat yang disertakan) sebelum atau selewat-lewatnya 30 Ogos 2024 (Jumaat). Perlu diingatkan tarikh pengeposan laporan tidak dikira sebagai bukti pelajar-pelajar telah mematuhi tarikh akhir penghantaran laporan. Sila rancang dengan baik berkenaan masa dan tarikh untuk pengeposan.
Turut disertakan slide dan recording Taklimat Pengecualian Latihan serta Panduan Laporan Pengecualian Latihan Industri untuk rujukan pelajar-pelajar.
Alamat Pejabat SPACE FKA:
Blok M46, Pejabat Akademik Program Luar,
Fakulti Kejuruteraan Awam,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310, Johor Bahru, Johor.
(u/p: Cik Nor Farhani Binti Saidina)
KRITERIA PENILAIAN LAPORAN PENGECUALIAN LATIHAN INDUSTRI
SLIDE TAKLIMAT PENGECUALIAN LAITHAN INDUSTRI
VIDEO TAKLIMAT PENGECUALIAN LATIHAN INDUSTRI
TEMPLATE LAPORAN PENGECUALIAN LATIHAN INDUSTRI