PEMAKLUMAN
Tahniah ! Adalah dimaklumkan bahawa Senat Universiti pada mesyuaratnya bertarikh 25 September 2024 telah mengesahkan permohonan penganugerahan Semester II, Sesi 2023/2024 bagi Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM. Justeru itu bagi pelajar yang telah bersatus GRADUAN (Semak di SMP) surat Senat/Tamat Kursus akan di emelkan terus kepada pelajar. Surat Senat akan mula di email secara berperingkat selewatnya bermula 14 Oktober 2024 bagi graduan yang tiada TUNGGAKAN. Bagi graduan tiada tunggakan yang tidak menerima emel selepas tarikh 20 Oktober 2024 boleh maklumkan kepada SPACE secara emel terus ke spa@utmspace.edu.my berserta maklumat diri pelajar
Adalah dimaklumkan juga Sijil dan Transkrip graduan hanya akan diserahkan semasa Majlis Konvokesyen (MK68) pada 16 – 21 November 2024. Maklumat mengenai Konvokesyen boleh layari laman sesawang berikut https://convocation.utm.my/
Bagi permohonan sambung belajar atau urusan permohonan kerja dan kenaikan pangkat graduan boleh menggunakan surat Senat/tamat kursus tersebut berserta senarai keputusan setiap semester pengajian.
Sekian Terima Kasih.