SENARAI PERMOHONAN PELAJAR TUKAR PUSAT SEMESTER 2 SESI 2024/2025
Adalah dimaklumkan bahawa Peperiksaan Semester II, Sesi 2024/2025 Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa akan bermula pada 6 Julai 2025 hingga 26 Julai 2025.
Berikut disertakan senarai pelajar tukar pusat untuk rujukan selanjutnya :-
SENARAI PERMOHONAN TUKAR PUSAT PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 SESI 2024/2025
UNTUK MAKLUMAN PERMOHONAN TUKAR PUSAT TELAH DITUTUP
Sebarang pertanyaan, calon peperiksaan hendaklah SEGERA memaklumkan ke UTMSPACE di talian 07-5318017 (Pusat Johor Bahru) dan 03-26154691 (Pusat Kuala Lumpur) atau melalui emel spd@utmspace.edu.my.
Sekian, harap maklum.
TAKLIMAT SEMINAR KEJURUTERAAN AWAM 2025 (SEMKA 2025)
Makluman kepada semua pelajar-pelajar yang mendaftar kursus SEAA 4021/ SKAB 4021 (Seminar Kejuruteraan Awam), satu sesi taklimat akan dilaksanakan secara atas talian (ONLINE) di platform Webex. Mohon kerjasama kepada semua pelajar yang terlibat untuk menghadirkan diri di sesi taklimat ini sebagai persediaan SEMKA (Seminar Kejuruteraan Awam) yang akan datang. Berikut adalah butiran taklimat:
Tarikh : 30 Jun 2025 (Isnin)
Masa : 9.00 malam hingga selesai
Link : https://utm.webex.com/utm/j.php?MTID=mbcbf51ce05152891cc184bd9fd793083
SENARAI RUANG KULIAH PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA SEMESTER II, SESI 2024/2025
Dimaklumkan bahawa sesi perkuliahan bagi Semester II, Sesi 2024/2025 Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM bagi pusat Johor Bahru telah bermula. Berikut disertakan senarai ruang kuliah minggu ke-16 bagi rujukan pelajar.
klik disini –> JADUAL KULIAH <– klik disini
Sebarang aduan/ cadangan/ maklumbalas berkenaan ruang perkuliahan boleh disalurkan ke sopp@utmspace.edu.my
Kemaskini jadual :26/6/2025
MAKLUMAT PUSAT PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER II, SESI 2024/2025 PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA UTM



SESI PEMBENTANGAN PROJEK SARJANA MUDA (PSM) BAGI SEMESTER II, SESI 2024/2025- FAKULTI PENGURUSAN
Untuk makluman kepada pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) pembentangan Projek Sarjana Muda (SEAA 4034/ SKAB 4034/ SKAA 4034) bagi Semester II, Ssesi 2024/2025 akan diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh : 26 Jun 2025 (Khamis)
Masa : Seperti dalam jadual pembentangan
Tempat : Blok M46, Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia
Pakaian: Rasmi dan Kemas
Turut dilampirkan surat pembentangan dan jadual pembentangan Projek Sarjana Muda yang telah disediakan bagi kelancaran sesi pembentangan.
*Nota : Semua pelajar yang terlibat diminta untuk hadirkan diri 15 minit awal sebelum waktu pembentangan dan perlu menyediakan 3 salinan Laporan Teknikal untuk diserahkan sebagai rujukan panel penilai semasa pembentangan berlangsung.
SIJIL KEPUJIAN DEKAN SEMESTER I 2024-2025 (PUSAT JOHOR BAHRU SAHAJA)
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Adalah dimaklumkan kepada pelajar yang mendapat PNG/ GPA 3.50 dan ke atas bagi kemasukan 2015/2016 dan ke bawah dan PNG/ GPA 3.67 bagi kemasukan 2016/2017 dan ke atas, Sijil Kepujian Dekan Semester I 2024-2025 bagi pelajar yang layak telah di poskan secara berperingkat mulai 26 Jun 2025 (pelajar selain pusat Johor Bahru dan Kuala Lumpur).
Kepada pelajar pusat pembelajaran Johor Bahru, Sijil Kepujian Dekan Semester I 2024-2025 boleh mula diambil di kaunter Pusat Pengajian Separuh Masa SPACE UTM, Tingkat 4, Blok T05 mulai 1 Julai 2025 (Selasa).
Kaunter dibuka pada hari Isnin hingga Khamis (9.00 pagi – 4.00 petang). Waktu Rehat (1.00 tengah hari hingga 2.00 petang). Kaunter ditutup pada hari Jumaat (Bekerja Dari Rumah) dan Sabtu dan Ahad (Cuti Hujung Minggu).
Sekian, Harap Maklum.
Projek Sarjana Muda Akhir (SHAR4014 / SHAY4044) semester II sesi 2024/2025- SEKOLAH PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA DAN PSIKOLOGI (SHARP- FSSK)
Dimaklumkan kepada pelajar-pelajar Program SHAR Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi, pembentangan Projek Sarjana Muda Akhir (SHAR4014 / SHAY4044) bagi Semester II sesi 2024/2025 akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Kursus : Projek Sarjana Muda Akhir (SHAR4014 / SHAY4044)
Program : SHAR / SHAY
Tarikh : 30 JUN 2025 (Pusat Kuala Lumpur dan Johor Bahru)
Masa : 9.00 am – SELESAI
Tempat : Blok T08, Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.
Pakaian : Rasmi dan Kemas
Kegagalan pelajar-pelajar mematuhi slot pembentangan yang disediakan akan mengakibatkan tiada penilaian serta markah akan diberikan.
SURAT PELEPASAN PSM SEM II 2425
JADUAL DAN SENARAI NAMA PEMBENTANGAN AKHIR PSM
SENARAI RUANG KULIAH PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA SEMESTER II, SESI 2024/2025
Dimaklumkan bahawa sesi perkuliahan bagi Semester II, Sesi 2024/2025 Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM bagi pusat Johor Bahru telah bermula. Berikut disertakan senarai ruang kuliah minggu ke-15 bagi rujukan pelajar.
klik disini –> JADUAL KULIAH <– klik disini
Sebarang aduan/ cadangan/ maklumbalas berkenaan ruang perkuliahan boleh disalurkan ke sopp@utmspace.edu.my
Kemaskini jadual :19/6/2025
MAKLUMAT PELAKSANAAN MAKMAL & SURAT PELEPASAN MAJIKAN – SEMESTER III, 2024/2025 (SEMM3931/SKMM3931 & SEMM3941/SKMM3941) FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL UTM
Dimaklumkan kepada pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal yang mendaftar kursus SEMM3931/SKMM3931 & SEMM3941/SKMM3941 – Makmal Kejuruteraan , disertakan maklumat pelaksanaan makmal dan surat pelepasan. Hanya pelajar yang mendaftar sahaja dibenarkan menjalani Kursus dan Peperiksaan Makmal.
SURAT PELEPASAN CUTI
COMPANY RELEASE LETTER
SURAT PEPERIKSAAN MAKMAL KEJURUTERAAN
PELAKSANAAN KURSUS MAKMAL SKMM3931-SEMM3931
PELAKSANAAN KURSUS MAKMAL SKMM3941-SEMM3941
PETA MAKMAL FKM
PERKELILING PELAJAR BIL. 6/2025 : PENGUATKUASAAN PERATURAN BERPAKAIAN PELAJAR DAN PENGUATKUASAAN PEMAKAIAN KAD MYSISWA SEMASA PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER II, SESI 2024/2025


Sekian, harap maklum.