Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

INFO PENTING UNTUK GRADUAN MK69

Bahang MK69 semakin terasa!

Seperti diwar-warkan sebelum ini, Majlis Konvokesyen UTM ke-69 (MK69) akan berlangsung bermula 15 hingga 20 Nov 2025.

Malah, mulai esok 10 Nov 2025 graduan boleh membuat pengambilan jubah di Ruang Pucuk Rebung (Stor Jubah Baharu) di Blok F54, UTM JB.

Berikut dikongsikan maklumat penting untuk perhatian para graduan :

1) Senarai Semak Graduan untuk SEBELUM, SEMASA dan SELEPAS majlis : https://convocation.utm.my/graduands-checklist/

2) Panduan Kod Pakaian Graduan : https://convocation.utm.my/graduand-dress-code/

Untuk maklumat lain berkaitan konvokesyen, sila dilayari laman sesawang rasmi konvokesyen di https://convocation.utm.my

Sehubungan itu, mohon bantuan pihak fakulti untuk bersama-sama menghebahkan maklumat ini kepada semua graduan. Semoga sedikit sebanyak membantu kelancaran majlis nanti.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,
Bahagian Pengurusan Akademik
Jabatan Pendaftar
9 November 2025