TAKLIMAT MAKMAL KEJURUTERAAN AWAM I FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM

Makluman kepada pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Awam yang mendaftar Makmal Kejuruteraan Awam I (SEAA 2012/ SKAB 2012/ SKAA 2012) pada Semester III, sesi 2023/ 2024. Satu taklimat akan diadakan oleh Penyelaras Makmal  secara atas talian (online) pada waktu seperti di bawah:

Tarikh              : 27 Ogos 2024 (Selasa)Masa                : 9.15 mlm hingga selesaiLink Webex    : https://utm.webex.com/utm/j.php?MTID=m44a3e50803d2fb5f92888aad27573404

Read More

SENARAI RUANG KULIAH PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA SEMESTER III, SESI 2023/2024

Dimaklumkan bahawa sesi perkuliahan bagi Semester III, Sesi 2023/2024 Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM bagi pusat Johor Bahru telah bermula. Berikut disertakan senarai ruang kuliah minggu ke-5 bagi kursus-kursus berstatus Kuliah Sahaja (K)/ setara untuk rujukan pelajar.

klik disini –> JADUAL KULIAH <– klik disini

Sebarang aduan/ cadangan/ maklumbalas berkenaan ruang perkuliahan boleh disalurkan ke sopp@utmspace.edu.my

Kemaskini jadual :22/8/2024

Read More

JADUAL PEPERIKSAAN KHAS PROG. SARJANA MUDA SEMESTER II, SESI 2023/2024

Adalah dimaklumkan bahawa Peperiksaan Khas Semester II, Sesi 2023/2024 Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM akan berjalan mulai 20 Ogos 2024 hingga 1 September 2024.

Berikut Jadual Peperiksaan Khas untuk rujukan mahasiswa dengan klik link di bawah:

(MUKTAMAD) JADUAL PEPERIKSAAN KHAS SEMESTER II, SESI 2023/2024 SEMUA FAKULTI

Pusat : Johor BahruTempat : Bilik Mesyuarat Eksekutif 2 UTMSPACE, Aras 4, Blok T05, UTMJBJenis Peperiksaan : Fizikal

Pusat : Kuala LumpurTempat : Akan dimaklumkan kemudianJenis Peperiksaan : Fizikal

Nota :-

Tempat peperiksaan khas hanya di Johor Bahru dan Kuala Lumpur sahaja.

Sekiranya terdapat pertindihan jadual atau sebarang pertanyaan, calon peperiksaan hendaklah SEGERA maklumkan ke UTMSPACE di talian 07-5318017 (Pusat Johor Bahru) dan 03-26154691 (Pusat Kuala Lumpur) atau melalui email ke spd@utmspace.edu.my.

Sekian, harap maklum.

Read More

PERMOHONAN PENGECUALIAN KREDIT SEMM/SKMM3915 LATIHAN INDUSTRI SEMESTER 1 SESI 2024/2025 – FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Makluman kepada pelajar yang ingin/bercadang untuk memohon pengecualian kredit kursus SEMM/SKMM3915 Latihan Industri pada Semester I Sesi 2024/2025 untuk mengisi maklumat di https://forms.gle/YmbTkqs9PMixWgbE8.

Syarat-syarat permohonan Pengecualian Latihan Industri :

1. Telah mengambil semua kursus pra-syarat dan mendapat minimum gred D– i) SEMM/SKMM2123 – Mekanik Pepejal IIii) SEMM/SKMM2223 – Mekanik Mesin & Getaraniii) SEMM/SKMM2323 – Mekanik Bendalir IIiv) SEMM/SKMM/2423 – Termodinamik Gunaan

2. Mempunyai pengalaman pekerjaan yang berkaitan dengan bidang pengajian sekurang-kurangnya SATU (1) tahun

3. Telah mendapat sekurang-kurangnya sebanyak 80 kredit kira (Kredit dapat + Kredit Kecuali)

Garis panduan dan maklumat berkaitan pengecualian kredit Latihan Industri boleh didapati di:https://drive.google.com/drive/u/0/folders/1mMLupxs6q4IFgvhcRVNCqD_0K_NuQDc2. Satu taklimat berkaitan kursus Latihan Industri akan diadakan kelak. 

Pelajar juga boleh sertai Whatsapp Group: https://chat.whatsapp.com/Lhdmd7vKfCaEomhwPedZW6 untuk sebarang makluman dan pertanyaan.

Nota : Pelajar tidak perlu mendaftar kursus Latihan Industri pada Semester 1 Sesi 2023/2024 di SMP.

Read More