Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Adalah dimaklumkan kepada pelajar yang mendapat PNG/ GPA 3.50 dan ke atas bagi kemasukan 2015/2016 dan ke bawah dan PNG/ GPA 3.67 bagi kemasukan 2016/2017 dan ke atas, Sijil Kepujian Dekan Semester I 2024-2025 bagi pelajar yang layak telah di poskan secara berperingkat mulai 26 Jun 2025 (pelajar selain pusat Johor Bahru dan Kuala Lumpur).
Kepada pelajar pusat pembelajaran Johor Bahru, Sijil Kepujian Dekan Semester I 2024-2025 boleh mula diambil di kaunter Pusat Pengajian Separuh Masa SPACE UTM, Tingkat 4, Blok T05 mulai 1 Julai 2025 (Selasa).
Kaunter dibuka pada hari Isnin hingga Khamis (9.00 pagi – 4.00 petang). Waktu Rehat (1.00 tengah hari hingga 2.00 petang). Kaunter ditutup pada hari Jumaat (Bekerja Dari Rumah) dan Sabtu dan Ahad (Cuti Hujung Minggu).
Sekian, Harap Maklum.