PERUBAHAN JADUAL MAKMAL KEJURUTERAAN AWAM II & SENARAI NAMA KUMPULAN MAKMAL KEJURUTERAAN AWAM II

Adalah dimaklumkan kepada mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Awam yang mendaftar kursus Makmal Kejuruteraan Awam II (SEAA 3012/ SKAB 3012/ SKAA 3012) bagi semester III sesi 2024/2025 terdapat PERUBAHAN jadual dan senarai nama kumpulan Makmal Kejuruteraan Awam II untuk rujukan semua.

SURAT MAKMAL KEJURUTERAN II (KLIK DISINI)

JADUAL MAKMAL KEJURUTERAAN II (KLIK DISINI)

 Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Ts. Dr. Mohd Zamri Bin Ramli (PAPL FKA) dan Cik Nor Farhani Binti Saidina.

Sekian, harap maklum.

Read More

PERMOHONAN PENGECUALIAN KREDIT SEMM/SKMM3915 LATIHAN INDUSTRI SEMESTER 1 SESI 2025/2026 – FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Makluman kepada pelajar-pelajar yang ingin memohon pengecualian kredit kursus SEMM/SKMM3915 Latihan Industri pada Semester I Sesi 2025/2026 untuk mengisi maklumat di https://forms.gle/YmbTkqs9PMixWgbE8 .

Syarat-syarat permohonan Pengecualian Latihan Industri :

1. Telah mengambil semua kursus pra-syarat dan mendapat minimum gred D– i) SEMM/SKMM2123 – Mekanik Pepejal IIii) SEMM/SKMM2223 – Mekanik Mesin & Getaraniii) SEMM/SKMM2323 – Mekanik Bendalir IIiv) SEMM/SKMM/2423 – Termodinamik Gunaan2. Mempunyai pengalaman pekerjaan yang berkaitan dengan bidang pengajian sekurang-kurangnya SATU (1) tahun3. Telah mendapat sekurang-kurangnya sebanyak 80 kredit kira (Kredit dapat + Kredit Kecuali)Garis panduan dan maklumat berkaitan pengecualian kredit Latihan Industri boleh didapati di https://drive.google.com/drive/u/0/folders/1mMLupxs6q4IFgvhcRVNCqD_0K_NuQDc2 . Satu taklimat berkaitan kursus Latihan Industri akan diadakan kelak. 

Pelajar-pelajar tidak perlu mendaftar kursus Latihan Industri pada Semester 1 Sesi 2025/2026 di SMP bagi proses pengecualian Latihan Industri.

Sebarang permasalahan atau pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Puan Hidayah di talian emel n_hidayah@utmspace.edu.my 

Read More

SENARAI RUANG KULIAH PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA SEMESTER III, SESI 2024/2025

Dimaklumkan bahawa sesi perkuliahan bagi Semester III, Sesi 2024/2025 Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM bagi pusat Johor Bahru akan bermula. Berikut disertakan senarai ruang kuliah minggu ke-4 bagi rujukan pelajar.

klik disini –> JADUAL KULIAH <– klik disini

Sebarang aduan/ cadangan/ maklumbalas berkenaan ruang perkuliahan boleh disalurkan ke sopp@utmspace.edu.my

Kemaskini jadual :21/8/2025

Read More

JADUAL PEPERIKSAAN KHAS PROG. SARJANA MUDA SEMESTER II, SESI 2024/2025

Adalah dimaklumkan bahawa Peperiksaan Khas Semester II, Sesi 2024/2025 Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM akan berjalan mulai 25 Ogos 2025 hingga 4 September 2025.

Berikut Jadual Peperiksaan Khas untuk rujukan mahasiswa dengan klik link di bawah:

JADUAL PEPERIKSAAN KHAS SEMESTER II, SESI 2024/2025

Pusat : Johor BahruTempat : Bilik Mesyuarat Eksekutif 2 UTMSPACE, Aras 4, Blok T05, UTMJBJenis Peperiksaan : Fizikal

Pusat : Kuala LumpurTempat : Akan dimaklumkan kemudianJenis Peperiksaan : Fizikal

Nota :-

Tempat peperiksaan khas hanya di Johor Bahru dan Kuala Lumpur sahaja.

Sekiranya terdapat pertindihan jadual atau sebarang pertanyaan, calon peperiksaan hendaklah SEGERA maklumkan ke UTMSPACE di talian 07-5318017 (Pusat Johor Bahru) dan 03-26154691 (Pusat Kuala Lumpur) atau melalui email ke spd@utmspace.edu.my.

Sekian, harap maklum.

Read More