SENARAI RUANG KULIAH PROGRAM SARJANA MUDA DAN PROGRAM DIPLOMA PENGAJIAN SEPARUH MASA

Dimaklumkan bahawa sesi perkuliahan Semester III, Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa dan Semester I, Program Diploma Pengajian Separuh Masa UTM bagi pusat Johor Bahru telah bermula. Berikut disertakan senarai ruang kuliah mingguan untuk rujukan pelajar.

klik disini –>JADUAL KULIAH <– klik disini

Sebarang aduan/ cadangan/ maklumbalas berkenaan ruang perkuliahan boleh disalurkan ke sopp@utmspace.edu.my

Kemaskini jadual :17/9/2026

Read More

SENARAI BILIK KULIAH SEMESTER 3 (M9), SESI 2025/2026, IJAZAH SARJANA MUDA (19 – 20 SEPT 2026) – PUSAT KUALA LUMPUR

Berikut adalah Jadual Senarai Bilik Kuliah Semester 3, Sesi 2025/2026https://studentppsm.utmspace.edu.my/wp-content/uploads/2025/11/kuliah-2024-Autosaved-1-Autosaved-1.jpg Program Ijazah Sarjana Muda minggu https://studentppsm.utmspace.edu.my/wp-content/uploads/2025/06/M16-2425-2-DEG-SEMUA.pdfhttps://studentppsm.utmspace.edu.my/wp-content/uploads/2025/06/M15-2425-2-DEG-SEMUA.pdfke – 16 ( 28https://studentppsm.utmspace.edu.my/wp-content/uploads/2025/06/M16-2425-2-DEG-SEMUA.pdf & 29https://studentppsm.utmspace.edu.my/wp-content/uploads/2025/06/kuliah-2024-Autosaved-1.jpg-Autosaved.jpg JUN 2025 https://studentppsm.utmspace.edu.my/wp-content/uploads/2025/06/M15-2425-2-DEG-https://studentppsm.utmspace.edu.my/wp-content/uploads/2025/06/kuliah-2024-Autosaved-1-1.jpgSEMUA.pdf22https://studentppsm.utmspace.edu.my/wp-content/uploads/2025/06/kuliah-2024-Autosaved-1-1.jpg JUN 2025) https://studentppsm.utmspace.edu.my/wp-content/uploads/2025/05/kuliah-2024-Autosaved-1-2.jpghttps://studentppsm.utmspace.edu.my/wp-content/uploads/2025/05/kuliah-2024-Autosaved-1-2.jpg MEI 2025). Sila klik gambar di bawah (kemaskini : 1/5https://studentppsm.utmspace.edu.my/wp-content/uploads/2025/05/M8-2425-2-DEG-SEMUA-1.pdf/2025 – 3.00 pm) : –

PELAN LOKASI PUSAT PEMBELAJARAN (BILIK KULIAH) :

sila klik lokasi anda : –UTMKL / RESIDENSI UTMKLUNIRAZAK, JALAN TUN RAZAKUNIVERSITI GEOMATIKA MALAYSIA, SETIAWANGSA

Read More

PEMAKLUMAN SURAT PENGESAHAN SENAT BAGI PERMOHONAN PENGANUGERAHAN SEMESTER II, SESI 2025/2026

PEMAKLUMAN

Tahniah ! Adalah dimaklumkan bahawa Senat Universiti  pada mesyuarat yang bertarikh 26 Ogos 2026 telah mengesahkan  permohonan penganugerahan  Semester II, Sesi 2025/2026 bagi Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM.  Justeru, bagi pelajar yang telah bersatus GRADUAN (Semak di SMP) surat Senat/Tamat Kursus akan di emelkan terus kepada pelajar. Surat Senat akan mula di email secara berperingkat  bermula 10 September 2026 bagi graduan yang tiada TUNGGAKAN.  Bagi graduan tiada tunggakan yang tidak menerima emel selepas tarikh  20 September 2026  boleh memaklumkan kepada SPACE secara emel terus ke spa@utmspace.edu.my berserta maklumat diri pelajar.

Adalah dimaklumkan juga Sijil dan Transkrip graduan hanya akan diserahkan semasa Majlis Konvokesyen (MK70)  yang akan diadakan pada 14 – 19 November 2026.  Maklumat mengenai Konvokesyen boleh layari laman sesawang berikut https://convocation.utm.my/ dari semasa ke semasa.

Bagi permohonan sambung belajar atau urusan permohonan kerja dan kenaikan pangkat graduan boleh menggunakan surat Senat/tamat kursus tersebut berserta senarai keputusan setiap semester pengajian.

Sekian Terima Kasih.

Read More

TAKLIMAT KHEMAH UKUR FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM (SEAA 1031/ SKAB 1031)- FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM

Makluman kepada semua pelajar yang mendaftar kursus SEAA 1031/ SKAB 1031 (Khemah Ukur), satu sesi taklimat akan dilaksanakan secara atas talian (ONLINE). Semua pelajar yang terlibat DIWAJIBKAN untuk menghadirkan diri di sesi taklimat ini sebagai persediaan khemah ukur yang akan datang. Berikut adalah butiran taklimat:

Tarikh : 16 September 2026 (Rabu)Masa  : 9.00 malam hingga selesaiLink   : https://utm1.webex.com/utm1/j.php?MTID=mff938dd9d2f9500c3c99914fc1849c8e

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini Khemah Ukur (SEAA 1031/ SKAB 1031) akan diadakan pada 1 Oktober 2026 sehingga 8 Oktober 2026 di Teluk Gorek, Mersing. Kehadiran pelajar di sesi tersebut adalah DIWAJIBKAN dan surat penglibatan pihak fakulti akan keluarkan selepas sesi taklimat dijalankan.  Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Ts. Dr. Mohd Zamri Bin Ramli (PAPL FKA), Sr. Dr. Ahmad Razali bin Yusoff (Penyelia Khemah Ukur) dan Cik Nor Farhani Binti Saidina.

Read More

PERUBAHAN TARIKAH PENGHANTARAN LAPORAN PENGECUALIAN LATIHAN INDUSTRI (SEAA 3045/SKAB 3045/SKAA3045)- FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM

Makluman kepada semua pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Awam yang berada dalam semester 7 (Kuala Lumpur) atau mana-mana pelajar senior bagi Semester I, Sesi 2026/2027,  terdapat PERUBAHAN TARIKH AKHIR PENGHANTARAN LAPORAN PENGECUALIAN LATIHAN INDUSTRI secara hardcopy iaitu pada 23 September 2026 (Rabu). Perlu diingatkan tarikh pengeposan laporan tidak dikira sebagai bukti pelajar-pelajar telah mematuhi tarikh akhir penghantaran laporan.

Sila rancang dengan baik berkenaan masa dan tarikh untuk pengeposan. Untuk slide taklimat, garis panduan dan templat berkaitan pelajar boleh dapatkan melalui laman web SPACE FKA (https://civil.utm.my/spaceutm/). Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ramli (PAPL FKA), Dr. Siti Nur Naqibah binti Kamarudin (Penyelaras Latihan Industri) dan Cik Nor Farhani binti Saidina.

Read More