Makluman kepada semua pelajar yang mendaftar kursus SEAA 1031/ SKAB 1031 (Khemah Ukur), satu sesi taklimat akan dilaksanakan secara atas talian (ONLINE). Semua pelajar yang terlibat DIWAJIBKAN untuk menghadirkan diri di sesi taklimat ini sebagai persediaan khemah ukur yang akan datang. Berikut adalah butiran taklimat:

Tarikh : 16 September 2026 (Rabu)
Masa  : 9.00 malam hingga selesai
Link   : 
https://utm1.webex.com/utm1/j.php?MTID=mff938dd9d2f9500c3c99914fc1849c8e

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini Khemah Ukur (SEAA 1031/ SKAB 1031) akan diadakan pada 1 Oktober 2026 sehingga 8 Oktober 2026 di Teluk Gorek, Mersing. Kehadiran pelajar di sesi tersebut adalah DIWAJIBKAN dan surat penglibatan pihak fakulti akan keluarkan selepas sesi taklimat dijalankan.  Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Ts. Dr. Mohd Zamri Bin Ramli (PAPL FKA), Sr. Dr. Ahmad Razali bin Yusoff (Penyelia Khemah Ukur) dan Cik Nor Farhani Binti Saidina.