PENGHANTARAN LAPORAN PROJEK SARJANA MUDA (PSM) SEMESTER I, SESI 2025/2026- FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM

Makluman kepada pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam yang mendaftar kursus Projek Sarjana Muda (SEAA 4034/ SKAB 4034/ SKAA 4034), tarikh akhir penghantaran Laporan Projek Sarjana Muda selewat-lewatnya sebelum pukul 5.00 petang pada 29 Januari 2026 (Khamis).

Penghantaran laporan dan semua dokumen berkaitan Projek Sarjana Muda (PSM) boleh diakses melalui web SPACE-FKA : https://www.civil.my/utmspace/fyp/

Mohon kerjasama semua pelajar untuk mematuhi tarikh akhir penghantaran Laporan Projek Sarjana Muda dan sebarang kelewatan selepas tarikh penghantaran tidak akan diterima.

Read More

SENARAI RUANG KULIAH PROGRAM DIPLOMA SEMESTER II & SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA SEMESTER I, SESI 2025/2026

Dimaklumkan bahawa sesi perkuliahan bagi Semester II, Program Diploma Pengajian Separuh Masa dan Semester I, Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM bagi pusat Johor Bahru telah bermula. Berikut disertakan senarai ruang kuliah minggu ke-5 dan ke-15 untuk rujukan pelajar

klik disini –>JADUAL KULIAH <– klik disini

Sebarang aduan/ cadangan/ maklumbalas berkenaan ruang perkuliahan boleh disalurkan ke sopp@utmspace.edu.my

Kemaskini jadual :15/1/2026

Read More

TAKLIMAT PENGECUALIAN LATIHAN INDUSTRI SEMESTER II, SESI 2025/2026

Makluman kepada Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Awam yang berada dalam Semester 7 (Kuala Lumpur & Kuching) atau mana-mana pelajar semester 9 & 10 bagi Semester II, Sesi 2025/2026 yang bercadang membuat pengecualian Latihan Industri, satu taklimat berkaitan Pengecualian Latihan Industri akan dijalankan oleh Pengurus Akademik Program Luar Fakulti Kejuruteraan Awam (Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ramli). Justeru itu, mohon pelajar yang terlibat WAJIB hadir ke taklimat tersebut yang akan dilaksanakan secara atas talian (ONLINE) di platform Webex.

Tarikh              : 16 Januari 2026 (Jumaat)

Masa                : 9.00 mlm hingga selesai

Link Webex    :  https://utm.webex.com/meet/mohdzamri

Sekian, Harap Maklum.

Read More

BORANG PENCALONAN PENYELIA PSM CADANGAN – SEKOLAH PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA DAN PSIKOLOGI (SHARPS)

Perhatian kepada semua pelajar Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi yang akan mendaftar atau Projek Sarjana Muda Cadangan (SHAR3042/SHMR3042/SHAY3092/SHMY3092) pusat Johor Bahru dan Kuala Lumpur pada semester akan datang iaitu Semester II, Sesi 2025/2026, sila pastikan pelajar-pelajar telah memenuhi syarat ini :1. Telah memenuhi / mengambil sekurang-kurangnya 90 jam kredit (termasuk pengecualian kredit yang telah diluluskan).2. Telah LULUS kursus Pengenalan Kaedah Penyelidikan (SHAR3033/SHMR3033). Terpakai untuk Program SHAR/SHMR sahaja.

Sekiranya telah memenuhi kedua-dua syarat tersebut, pelajar-pelajar dikehendaki untuk mengisi BORANG PENCALONAN PENYELIA. 

Pelajar-pelajar dibenarkan untuk mengisi SEKALI SAHAJA borang pencalonan dan tarikh akhir untuk mengisinya adalah pada 8 Februari 2026. Kegagalan pelajar-pelajar untuk mengikuti prosedur ini akan mengakibatkan pendaftaran kursus tersebut (PSM Cadangan) tidak dipertimbangkan dan DITOLAK oleh Penyelaras.

Read More

PERUBAHAN TEMPAT SESI PEMBENTANGAN PROJEK SARJANA MUDA (SEAA 4034/SKAB 4034/ SKAA 4034) 

Untuk makluman kepada mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) yang terlibat dengan pembentangan Projek Sarjana Muda (SEAA 4034/SKAB 4034/ SKAA 4034) terdapat perubahan tempat bagi sesi pembentangan tersebut. Butiran perubahan seperti berikut:

Tarikh   : 15 Januari 2026 (Khamis)Masa    : seperti dalam jadual pembentanganTempat : seperti dalam jadual pembenatanganPakaian: Rasmi dan Kemas

Turut dilampirkan surat pembentangan dan jadual pembentangan Projek Sarjana Muda seperti dibawah:

Surat Pembentangan (KLIK DISNI)

Jadual Pembentangan Projek Sarjana Muda (KLIK DISNI)

*Nota : Semua mahasiswa yang terlibat diminta untuk hadirkan diri 15 minit awal sebelum waktu pembentangan dan perlu menyediakan 3 salinan Laporan Teknikal untuk diserahkan sebagai rujukan panel penilai semasa pembentangan berlangsung.

Read More