Makluman kepada pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam yang mendaftar kursus Pra Projek Sarjana Muda (SEAA 4022/ SKAB 4022/ SKAA 4022) dan Projek Sarjana Muda (SEAA 4034/ SKAB 4034/ SKAA 4034) bagi Semester II, sesi 2025/2026, satu taklimat akan dilaksanakan oleh Penyelaras Projek Sarjana Muda (Dr Nadirah binti Darus). Justeru itu, pelajar-pelajar yang terlibat DIWAJIBKAN hadir ke taklimat tersebut yang akan dilaksanakan secara atas talian (ONLINE) di platform Webex.

Berikut adalah butiran taklimat:

1) PRA  PROJEK SARJANA MUDA (SEAA 4022/SKAB 4022/ SKAA 4022)

Tarikh: 16 Mac 2026 (Isnin)
Masa: 9.30 malam – 10.00 malam
Pautan Webex: https://utm.webex.com/meet/nadirahdarus

2) PROJEK SARJANA MUDA (SEAA 4034/ SKAB 4034/ SKAA 4034)

Tarikh: 17 Mac 2026 (Selasa)
Masa: 9.30 malam – 10.00 malam
Pautan Webex: https://utm.webex.com/meet/nadirahdarus

Disertakan juga pautan website SPACE-FKA (https://www.civil.my/utmspace/fyp/) yang akan digunakan untuk dokumen berkaitan  Pra Projek Sarjana Muda dan  Projek Sarjana Muda.