PETA LOKASI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER I, SESI 2025/2026 DAN RUANG TEMPAT LETAK KERETA DI KOLEJ TUANKU CANSELOR, UTM

Seperti yang sedia maklum bahawa Peperiksaan Akhir Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM bagi Semester I, Sesi 2025/2026 akan bermula pada 26 Januari 2026 hingga 8 Februari 2026 bertempat di Dewan Astana, Kolej Tuanku Canselor, UTM.

Mohon kerjasama calon/ pelajar yang terlibat dengan peperiksaan akhir agar dapat meletakkan kenderaan di kawasan berhampiran Padang Kawad bagi mengelakkan kesesakan di kawasan kolej Tuanku Canselor dan menggangu lalulintas disekitarnya.

Dilampirkan peta lokasi untuk rujukan calon / pelajar. klik –>PETA <– klik

Read More

PENGHANTARAN LAPORAN PENGECUALIAN LATIHAN INDUSTRI (SEAA 3045/SKAB 3045/SKAA3045)-FAKULTI KERJURUTERAAN AWAM

Makluman kepada semua pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Awam yang berada dalam semester 7 (Kuala Lumpur & Kuching) atau mana-mana pelajar senior bagi Semester II, Sesi 2025/2026, yang ingin memohon pengecualian Latihan Industri, tarikh akhir penghantaran laporan secara HARDCOPY selewat-lewatnya 23 Februari 2026 (Isnin). Perlu diingatkan tarikh pengeposan laporan tidak dikira sebagai bukti pelajar-pelajar telah mematuhi  tarikh akhir penghantaran laporan. Sila rancang dengan baik berkenaan masa dan tarikh untuk pengeposan. Untuk slaid taklimat, garis panduan dan templat berkaitan, pelajar-pelajar boleh dapatkan melalui Laman Web SPACE FKA: https://www.civil.my/utmspace/industrial-training

Alamat penghantaran laporan:Blok M46, Pejabat Program Luar,Fakulti Kejuruteraan Awam,Universiti Teknologi Awam,81310, Skudai, Johor Bahru.(u/p: Cik Nor Farhani Binti Saidina)

No Telefon: 07 – 5532449

Read More

SESI TAKLIMAT PROGRAM SARJANA MUDA UTM SEPARUH MASA- SPACE UTM

Assalamualaikum W.B.T & Salam Sejahtera

Tuan/ Puan,

Sukacita dimaklumkan Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan, Universiti Teknologi Malaysia (SPACE UTM) akan mengadakan Sesi Taklimat Program Sarjana Muda UTM (Separuh Masa). Maklumat lanjut berkaitan program tersebut, adalah seperti berikut:

Penyampai : Dr. Siti Zaleha binti Omain (Pengurus Akademik Program Luar, Fakulti Pengurusan, UTM)Tarikh : 21 Januari 2026 (Rabu)Masa : 9.00 MalamSecara Dalam Talian (webex) : https://utm.webex.com/utm/j.php?MTID=m34be4bed3fa69fe08dc997adcc6e7754

Mohon kepada yang berminat menghadiri sesi ini untuk melengkapkan google form yang yang telah disediakan di pautan berikut:https://forms.gle/WsW3k8E8wrKfja359

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Hamzah di e-mel: muhammad.hamzah@utmspace.edu.my atau di talian 017-721 5787.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Program Akademik UTM, sila layari laman web https://space.utm.my/

Mohon bantuan hebahan program ini kepada semua prospek yang berminat.

Segala kerjasama dan perhatian, kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

Read More

Wacana Ilmu Bersama Alumni Siri 1/2026 : ELEKTRIK MENJANA OPERASI TALIAN PENGHANTARAN- UTMSPACE

Dimaklumkan bahawa Bahagian Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni UTMSPACE akan mengadakan UTMSPACE: Wacana Ilmu Bersama Alumni seperti butiran berikut:

Tajuk           : UTMSPACE Wacana Ilmu Bersama Alumni Siri 1/2026 : ELEKTRIK MENJANA OPERASI TALIAN PENGHANTARANTarikh           : 20 Januari 2026 (Selasa)Masa            : 3:00 petang – 4:00 petangPenceramah : IR TS ZAIM BIN RAMLI , Siemens Malaysia Sdn. Bhd.Saluran        : FB  UTMSPACE Official (https://www.facebook.com/utmspaceofficial/)

Read More