Makluman kepada pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) yang ingin/bercadang untuk memohon pengecualian kredit kursus Latihan Industri (SEE 4925 / SKEE/SEEE 4926 / SEELH/SKEL 4926/SMBU 4915) pada Semester II, Sesi 2025/2026, diingatkan untuk menghantar permohonan yang lengkap pada tempoh yang telah ditetapkan (9 Mac 2026 – 10 Mei 2026)

Rujuk Perkara Penting link: https://studentppsm.utmspace.edu.my/wp-content/uploads/2026/01/Perkara-Penting-Semester-II-2526-1.pdf

Syarat-syarat kelayakan mestilah mengikut prosedur berikut:

1.      Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang kejuruteraan elektrik sekurang-kurangnya TIGA (3) tahun bermula daripada pelajar memperoleh kelulusan diploma.

2.      Telah mencapai sekurang-kurangnya 90 kredit (Kredit Dapat + Kredit Kecuali) semasa membuat permohonan.

3.      Sila kemukakan permohonan dengan menghantar:

a.      Borang Pengecualian Kredit Kursus (PPSM-SPA-PKK-004).

b.      Borang Employment History form (FKE-LP8)

c.       Surat Pengesahan bekerja daripada Majikan (tarikh keluar surat adalah yang terkini)

d.      Mengemukakan laporan kerja kejuruteraan yang dilakukan dalam tempoh 3 tahun yang lalu hingga kini. Laporan tersebut terdiri daripada:

1)      Latar belakang Syarikat dan Struktur Organisasi.

2)      Penerangan/laporan kerja kejuruteraan utama yang dilakukan dalam 3 tahun lepas.

3)      Kesimpulan dan Cadangan.

4)      Rujukan.

5)      Ditandatangani dan diluluskan oleh pegawai atasan yang merupakan seorang jurutera.

4.      Sila hantar permohonan yang lengkap ke email: monariza@utm.my /  mona@fke.utm.my,
cc: nazathulshima@utmspace.edu.my

Garis panduan dan maklumat berkaitan pengecualian kredit Latihan Industri boleh didapati di https://space.fke.utm.my/practical-training

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Puan Shima di talian:  07-5557003.