KAJI SELIDIK KEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (PdP) SERTA KAEDAH PENILAIAN BAGI PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA UTM

Universiti Teknologi Malaysia melalui Sekolah Pendidikan Profesional dan Pendidikan Berterusan (SPACE UTM) sedang menjalankan kajian berkaitan kaedah Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) serta penilaian bagi Program Pengajian Separuh Masa, selaras dengan keperluan dan kehendak semasa pelajar serta pihak berkepentingan.

Soal selidik ini mengambil masa kira-kira 5–10 minit untuk dilengkapkan.

Segala maklum balas yang diberikan adalah sulit dan akan digunakan bagi tujuan kajian serta penyediaan kertas kerja penambahbaikan untuk tindakan selanjutnya.

Pandangan dan maklum balas anda amat bermakna dalam usaha meningkatkan kualiti Program Pengajian Separuh Masa UTM. Suara anda adalah pemacu kepada penambahbaikan berterusan.

Kerjasama dan sokongan anda amatlah dihargai. Terima kasih.

Tempoh Kaji Selidik : 28 Januari – 6 Februari 2026

KAJI SELIDIK KEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (PdP) SERTA KAEDAH PENILAIAN BAGI PROGRAM PENGAJIAN SEPARUH MASA UTM

Read More

PROGRAM SYARAHAN PERDANA

Adalah dimaklumkan bahawa Program Syarahan Perdana akan diadakan seperti ketetapan di bawah. Sehubungan itu, semua pelajar Pengajian Separuh Masa adalah dijemput hadir ke program tersebut. Bagi pelajar yang akan hadir, mohon untuk mengisi borang kehadiran yang disediakan.

Tarikh : 29 Januari 2026 (Khamis)Tempat : Dewan Azman Hashim Menara Razak, UTM Kuala LumpurMasa : 9.00 pagi

Makanan dan e-sijil disediakan kepada pelajar yang hadir. Tempat adalah TERHAD. Berikut adalah pautan Google Form bagi pelajar-pelajar Separuh Masa yang berminat:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScFiBAw2qeIjXWZOJJ_TxXYtFRniD6bQWVNEkL55YDpmySabg/viewform?usp=publish-editor

Sebarang pertanyaan boleh berhubung melalui email corporateaffairs@utmspace.edu.my

Read More

PEMILIHAN BIDANG PRA – PROJEK SARJANA MUDA (PRA-PSM) SEMESTER II, SESI 2025/2026- FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM

Makluman kepada semua pelajar yang mendaftar kursus SEAA 4022/ SKAB 4022/ SKAA 4022 (Kaedah Penyelidikan dan Pra Projek) pada Semester II, Sesi 2025/2026 DIWAJIBKAN mengisi Google Form bagi Pemilihan Bidang Pra Projek Sarjana Muda pada pautan yang disediakan, (https://forms.gle/UkfuXQZ2KLg2EqEt5) selewat-lewatnya pada 8 Februari 2026 (Ahad) sebelum pukul 5.00 petang.  

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ramli (PAPL FKA), Dr. Nadirah binti Darus (Penyelaras PSM) dan Cik Nor Farhani binti Saidina.

Read More