PEMBERIAN REBAT 10% (JB DAN KL) DAN PENAMBAHAN 3% (PUSAT LUAR) BAGI YURAN PENGAJIAN PELAJAR BAGI Semester I, Sesi 2021/2022 (SARJANA MUDA)
Dimaklumkan bahawa pihak Pengurusan SPACE telah bersetuju memberi rebat sebanyak SEPULUH PERATUS (10%) kepada pelajar pusat pembelajaran Johor Bahru dan Kuala Lumpur serta TAMBAHAN TIGA PERATUS (3%) kepada pelajar pusat pembelajaran luar (selain Johor Bahru dan Kuala Lumpur) ke atas kursus-kursus yang didaftarkan pada Semester I, Sesi 2021/2022 (Sarjana Muda).
Pemberian rebat ini diberikan kepada kursus-kursus yang BUKAN BERSTATUS TARIK DIRI KURSUS. Rebat ini telah diselaraskan di akaun kewangan. Pelajar boleh membuat semakan di SMP.
*Contoh 1* : En. Ahmad mendaftar 4 kursus berstatus kuliah sahaja (K) di pusat pembelajaran Kuala Lumpur dengan jumlah kredit yang didaftarkan adalah sebanyak 10 kredit.
SEAA2513 = Jumlah yuran pengajian RM540 = Jumlah rebat RM54.00SEAA2712 = Jumlah yuran pengajian RM360 = Jumlah rebat RM36.00SEAA2922 = Jumlah yuran pengajian RM360 = Jumlah rebat RM36.00 SSCE1693 = Jumlah yuran pengajian RM540 = Jumlah rebat RM54.00
Jumlah rebat yang diperolehi oleh En. Ahmad adalah sebanyak RM180.
*Contoh 2* : En. Saufi mendaftar 4 kursus berstatus kuliah sahaja (K) di pusat pembelajaran Kota Kinabalu dengan jumlah kredit yang didaftarkan adalah sebanyak 10 kredit.
SEAA2513 = Jumlah yuran pengajian RM780 = Jumlah rebat RM101.40SEAA2712 = Jumlah yuran pengajian RM520 = Jumlah rebat RM67.60SEAA2922 = Jumlah yuran pengajian RM520 = Jumlah rebat RM67.60 SSCE1693 = Jumlah yuran pengajian RM780 = Jumlah rebat RM101.40
Jumlah rebat yang diperolehi oleh En. Saufi adalah sebanyak RM238.
Sekian, Terima Kasih.
Read More