Dimaklumkan bahawa pihak Pengurusan SPACE telah bersetuju memberi rebat sebanyak SEPULUH PERATUS (10%) kepada pelajar pusat pembelajaran Johor Bahru dan Kuala Lumpur serta TAMBAHAN TIGA PERATUS (3%) kepada pelajar pusat pembelajaran luar (selain Johor Bahru dan Kuala Lumpur) ke atas kursus-kursus yang didaftarkan pada Semester I, Sesi 2021/2022 (Sarjana Muda).

Pemberian rebat ini diberikan kepada kursus-kursus yang BUKAN BERSTATUS TARIK DIRI KURSUS. Rebat ini telah diselaraskan di akaun kewangan. Pelajar boleh membuat semakan di SMP.

*Contoh 1* : En. Ahmad mendaftar 4 kursus berstatus kuliah sahaja (K) di pusat pembelajaran Kuala Lumpur dengan jumlah kredit yang didaftarkan adalah sebanyak 10 kredit.

  • SEAA2513 = Jumlah yuran pengajian RM540 = Jumlah rebat RM54.00
  • SEAA2712 = Jumlah yuran pengajian RM360 = Jumlah rebat RM36.00
  • SEAA2922 = Jumlah yuran pengajian RM360 = Jumlah rebat RM36.00
  • SSCE1693 = Jumlah yuran pengajian RM540 = Jumlah rebat RM54.00

Jumlah rebat yang diperolehi oleh En. Ahmad adalah sebanyak RM180.

*Contoh 2* : En. Saufi  mendaftar 4 kursus berstatus kuliah sahaja (K) di pusat pembelajaran Kota Kinabalu dengan jumlah kredit yang didaftarkan adalah sebanyak 10 kredit.

  • SEAA2513 = Jumlah yuran pengajian RM780 = Jumlah rebat RM101.40
  • SEAA2712 = Jumlah yuran pengajian RM520 = Jumlah rebat RM67.60
  • SEAA2922 = Jumlah yuran pengajian RM520 = Jumlah rebat RM67.60
  • SSCE1693 = Jumlah yuran pengajian RM780 = Jumlah rebat RM101.40

Jumlah rebat yang diperolehi oleh En. Saufi adalah sebanyak RM238.   

Sekian, Terima Kasih.