Pengumuman

KHEMAH UKUR SEMESTER III 2025/2026- FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM

Untuk makluman kepada pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam yang mendaftar kursus Khemah Ukur pada Semester III, Sesi 2025/2026 berikut adalah tarikh yang akan dilaksanakan:

Khemah Ukur (SEAA 1031/ SKAB 1031)
1 Oktober 2026 (Khamis) hingga 8 Oktober 2026 (Khamis)

Perhatian kepada semua pelajar khemah ukur akan diadakan di Teluk Gorek, Mersing dan  dan kehadiran pelajar di sesi tersebut adalah DIWAJIBKAN.  Untuk surat penglibatan pihak fakulti akan mengeluarkan seminggu selepas tempoh pendaftaran kursus (berdenda) tamat dan surat hanya akan dikeluarkan bagi pelajar yang mendaftar kursus tersebut sahaja. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Ts. Dr. Mohd Zamri Bin Ramli (PAPL FKA) dan Cik Nor Farhani Binti Saidina.

MAKMAL KEJURUTERAAN AWAM FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM

Untuk makluman kepada pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam yang mendaftar Makmal Kejuruteraan Awam pada Semester III, sesi 2025/2026 berikut adalah tarikh makmal yang akan dilaksanakan:

Makmal Kejuruteraan Awam 1 (SEAA 2012/ SKAB 2012)
17 Ogos 2026 sehingga 21 Ogos 2026 (Isnin – Jumaat)

Makmal Kejuruteraan Awam 2 (SEAA 3012/ SKAB 3012)
7 September 2026 hingga 11 September 2026 (Isnin – Jumaat)


Perhatian kepada semua pelajar pengajaran makmal akan diadakan di Fakulti Kejuruteraan Awam, UTM, Johor Bahru dan kehadiran pelajar di sesi makmal adalah DIWAJIBKAN. Untuk surat penglibatan pihak fakulti akan mengeluarkan seminggu selepas tempoh pendaftaran kursus (berdenda) tamat dan surat hanya akan dikeluarkan bagi pelajar yang mendaftar kursus tersebut sahaja. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Ts. Dr. Mohd Zamri Bin Ramli (PAPL FKA), Dr Mohamad Hasif bin Osman (Penyelaras Makmal) dan Cik Nor Farhani Binti Saidina.

SESI PEMBENTANGAN PROJEK SARJANA MUDA (PSM) BAGI SEMESTER II, SESI 2025/2026- FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM

Untuk makluman kepada pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) pembentangan Projek Sarjana Muda (SEAA 4034/ SKAB 4034/ SKAA 4034) bagi Semester II, sesi 2025/2026 akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh   : 26 Jun 2026 (Jumaat)
Masa    : Seperti dalam jadual pembentangan
Tempat : Blok M50, Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia
Pakaian: Rasmi dan Kemas

Turut dilampirkan surat pembentangan dan jadual pembentangan Projek Sarjana Muda yang telah disediakan bagi kelancaran sesi pembentangan.

*Nota : Semua pelajar yang terlibat diminta untuk hadirkan diri 15 minit awal sebelum waktu pembentangan dan perlu menyediakan 3 salinan Laporan Teknikal untuk diserahkan sebagai rujukan panel penilai semasa pembentangan berlangsung.

SURAT PEMBENTANGAN PSM SEMESTER II 25/26

JADUAL PEMBENTANGAN PROJEK SARJANA MUDA

SENARAI RUANG KULIAH PROGRAM DIPLOMA PENGAJIAN SEPARUH MASA SEMESTER III DAN SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA SEMESTER II SESI 2025/2026

Dimaklumkan bahawa sesi perkuliahan bagi Semester II, Program Sarjana Muda dan Program Diploma semester III, Pengajian Separuh Masa UTM bagi pusat Johor Bahru telah bermula. Berikut disertakan senarai ruang kuliah mingguan untuk rujukan pelajar.

klik disini –>JADUAL KULIAH <– klik disini

Sebarang aduan/ cadangan/ maklumbalas berkenaan ruang perkuliahan boleh disalurkan ke sopp@utmspace.edu.my

Kemaskini jadual :19/6/2026

PEMBENTANGAN SEMINAR PROGRAM SARJANA MUDA 1 & 2 FKE SEM 2, SESI 2025/2026- FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK

Untuk makluman kepada pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) pembentangan Projek Sarjana Muda II (SEEE/SKEE4812/SEEL/SKEL4812/SEBB4812/SMBU4812) dan Projek Sarjana Muda II (SEEE/SKEE4824/SEEL/SKEL4824/SEBB4824) bagi Semester II, Sesi 2025/2026 akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 29 Jun 2026 (Isnin)
Tempat : UTMSPACE Pusat Johor Bahru
Masa : 8.00 pagi

Turut dilampirkan surat pembentangan dan jadual pembentangan Projek Sarjana Muda yang telah disediakan bagi kelancaran sesi pembentangan.

SURAT DAN SENARAI NAMA PELAJAR PSM 1
SURAT DAN SENARAI NAMA PELAJAR PSM 2

INDUSTRIAL TALK FKM 2026 : EFFECTIVE PRESENTATION SKILLS FOR ENGINEERS

Dimaklumkan bahawa Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) UTM akan menganjurkan Program Industrial Talk yang melibatkan pelajar Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa bersama Panel Penasihat Industri (IAP) FKM seperti butiran berikut :

Tajuk: Effective Presentation Skills for Engineers
Tarikh : 15 Jun 2026 (Isnin)
Masa : 9:00 malam – 10:00 malam
Penceramah : En. Sudirman bin Salleh,
Industry Advisory Panel (lAP) FKM

Saluran : Secara Atas talian (Google Meet –meet.google.com/fpr-qvuq-qba)

MAKLUMAN RASMI: PENUTUPAN SEMENTARA PARKIR BLOK T06, UTM JOHOR (PROJEK BIPV SOLAR)

Assalamualaikum w.b.t. / Selamat Sejahtera

Sila ambil maklum mengenai penutupan sementara kawasan parkir di Blok T06, UTM Johor bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan parkir berbumbung solar.

Maklumat penutupan adalah seperti berikut:

Tempoh Penutupan: 14 Jun 2026 (Ahad) sehingga 26 Ogos 2026 (Rabu)

Parkir Alternatif: Para pensyarah boleh meletakkan kenderaan di:

Blok T07
Blok T08

Segala perhatian, kesabaran, dan kerjasama daripada semua pihak amatlah dihargai.

Terima kasih.

SENARAI RUANG KULIAH PROGRAM DIPLOMA PENGAJIAN SEPARUH MASA SEMESTER III DAN SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA SEMESTER II SESI 2025/2026

Dimaklumkan bahawa sesi perkuliahan bagi Semester II, Program Sarjana Muda dan Program Diploma semester III, Pengajian Separuh Masa UTM bagi pusat Johor Bahru telah bermula. Berikut disertakan senarai ruang kuliah mingguan untuk rujukan pelajar.

klik disini –>JADUAL KULIAH <– klik disini

Sebarang aduan/ cadangan/ maklumbalas berkenaan ruang perkuliahan boleh disalurkan ke sopp@utmspace.edu.my

Kemaskini jadual :11/6/2026