Assalamualaikum w.b.t. / Selamat Sejahtera

Sila ambil maklum mengenai penutupan sementara kawasan parkir di Blok T06, UTM Johor bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan parkir berbumbung solar.

Maklumat penutupan adalah seperti berikut:

Tempoh Penutupan: 14 Jun 2026 (Ahad) sehingga 26 Ogos 2026 (Rabu)

Parkir Alternatif: Para pensyarah boleh meletakkan kenderaan di:

Blok T07
Blok T08

Segala perhatian, kesabaran, dan kerjasama daripada semua pihak amatlah dihargai.

Terima kasih.