SEMBANG SPACE : (MODEL PEMBELAJARAN ANJAL -2U2H)

Tajuk : Sembang UTMSPACE
(MODEL PEMBELAJARAN ANJAL -2U2H)
Panel : Encik Mohd Azri Bin Johan (Pengurus Besar, Pusat Pengajian Ijazah)
Tarikh : 6hb September 2023 (RABU)
Masa : 3.00 petang
Saluran :
Facebook UTMSPACE (UTMSPACE OFFICIAL)
Instagram (utmspace )
Tiktok ( utmspaceofficial )
Sehubungan dengan itu, semua pelajar dijemput hadir ke sesi SEMBANG SPACE tersebut.
PEMILIHAN BIDANG PRA – PROJEK SARJANA MUDA (PSM) SEM 1 SESI 2023/2024 UTMSPACE- FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM
Dimaklumkan kepada pelajar-pelajar program Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam) yang mendaftar kursus
Kaedah Penyelidikan dan Pra Projek (SAB/SKAA/SKAB/SEAA 4022)
pada semester I sesi 2023/2024. Disertakan google forms Pemilihan Bidang PRA – Projek Sarjana Muda (PSM). Pelajar diwajibkan mengisi borang tersebut pada pautan berikut: –
Sila klik pautan dibawah untuk borang pemilihan tersebut :
https://forms.gle/ktPRXErAPgXiQAU77
Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian boleh dirujuk pada borang tersebut.
Tarikh akhir bagi pengisian borang tersebut ialah pada 3 Oktober 2023 (Selasa, 5.00 petang).
PEMAKLUMAN PELEPASAN KULIAH BAGI PILIHAN RAYA KECIL PADA 9 SEPTEMBER 2023 UNTUK PUSAT JOHOR BAHRU DAN PAGOH
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Disertakan lampiran surat rasmi yang seperti dinyatakan untuk perhatian semua pelajar-pelajar Pusat Pengajian Separuh Masa, SPACE. Diharapkan semua pelajar dapat mengambil maklum berkenaan makluman yang seperti dinyatakan.


MAKLUMAN PENUTUPAN KAUNTER PERKHIDMATAN PELAJAR (HUJUNG MINGGU) PUSAT PENGAJIAN SEPARUH MASA -UTMSPACE KL
Adalah Dimaklumkan, Bermula 1 SEPTEMBER 2023 Kaunter Perkhidmatan Pelajar Pada Hujung Minggu (Sabtu & Ahad) TIDAK LAGI BEROPERASI .

Sebarang urusan berkaitan adalah disarankan melalui email : spa@utmspace.edu.my Atau sila hubungi : 0197561100
SENARAI RUANG KULIAH PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA SEMESTER III, SESI 2022/2023
Dimaklumkan bahawa sesi perkulihan bagi Semester III, Sesi 2022/2023 Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM bagi pusat Johor Bahru telah bermula. Berikut disertakan senarai ruang kuliah minggu ke-5 bagi kursus-kursus berstatus Kuliah Sahaja (K)/ setara untuk rujukan pelajar.
klik disini –> JADUAL KULIAH<– klik disini
Sebarang aduan/ cadangan/ maklumbalas berkenaan ruang perkuliahan boleh disalurkan ke sopp@utmspace.edu.my
Kemaskini : 29/8/2023
PENGHANTARAN LAPORAN SEMINAR KEJURUTERAAN AWAM (SEMKA)- FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM
Dimaklumkan kepada pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam(FKA) yang mendaftar kursus SKAA 4021/ SKAB 4021 (Seminar Kejuruteraan Awam)pada semester 3, sesi 2022/2023 tarikh akhir penghantaran Laporan Seminar Kejuruteraan Awam (SEMKA) selewat-lewatnya pada 21 September 2023 (Khamis). Pelajar diminta untuk menghantar satu salinan softcopy (di link yang disediakan) dan hardcopy ke Pejabat SPACE FKA (alamat seperti dinyatakan).
Perlu diingatkan tarikh pengeposan laporan tidak dikira sebagai bukti pelajar telah mematuhi tarikh akhir penghantaran laporan. Sila rancang dengan baik berkenaan masa dan tarikh untuk pengeposan.
Link penghantaran softcopy:
https://drive.google.com/drive/folders/1JJ1t9ceFMSFOFESxQRQEf78MngvAyDnn?usp=sharing
Alamat Pejabat SPACE FKA:
Blok M46,
Jabatan Program Luar,
Fakulti Kejuruteraan Awam,
Universiti Teknologi Awam,81310,
Skudai, Johor Bahru.
(u/p: Cik Nor Farhani Binti Saidina)
UTMSPACE Wacana Ilmu Bersama Alumni Siri 7/2023 : Melahirkan Juruukur Bahan (QS) Profesional

Dimaklumkan bahawa Bahagian Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni UTMSPACE akan mengadakan UTMSPACE Wacana Ilmu Bersama Alumni seperti butiran berikut:
Tajuk : UTMSPACE Wacana Ilmu Bersama Alumni Siri 7/2023 : MELAHIRKAN JURUUKUR BAHAN (QS) PROFESIONAL
Tarikh : 29 Ogos 2023 (Selasa)
Masa : 03:00 – 04:00 petang
Penceramah : Sr Mohd Hazwan Shah bin Alias, Juruukur Bahan, Jurutera Perunding Zaaba Sdn. Bhd.
Saluran: FB UTMSPACE Official (https://www.facebook.com/utmspaceoffcial/)
Sehubungan dengan itu, semua pelajar dijemput hadir ke program tersebut.
TAWARAN PEMBERIAN SAGUHATI KEPADA SEMUA MAHASISWA BAGI SKIM PELAJAR MEMPERKENALKAN PELAJAR
klik –>> BORANG PENDAFTARAN <<– klik
Pembayaran PTPTN : Panduan Tindakkan Bagi Pelajar Berstatus Gagal Bayar
Assalamaualaikum dan Selamat Sejahtera
Untuk makluman semua pelajar-pelajar Pusat Pengajian Separuh Masa, SPACE. Disertakan lampiran yang seperti dinyatakan untuk rujukan dan perhatian pelajar.
BORANG PENCALONAN PENYELIA PSM CADANGAN DAN LATIHAN ILMIAH – SEKOLAH PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA DAN PSIKOLOGI (sharps)
Perhatian kepada semua pelajar Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi yang akan mendaftar Projek Sarjana Muda Cadangan (SHAR3042) pusat Johor Bahru dan Kuala Lumpur pada semester akan datang (Semester 1, Sesi 2023/2024), sila pastikan mahasiswa telah memenuhi syarat ini :
1. Telah memenuhi / mengambil sekurang-kurangnya 90 jam kredit (termasuk pengecualian kredit yang telah diluluskan).
2. Telah LULUS kursus Pengenalan Kaedah Penyelidikan (SHAR3033/ SHP2303).
Sekiranya telah memenuhi kedua-dua syarat tersebut, saudara dikehendaki untuk mengisi BORANG PENCALONAN PENYELIA. Saudara dibenarkan untuk mengisi SEKALI SAHAJA borang pencalonan dan tarikh akhir untuk mengisinya adalah pada 10 September 2023. Kegagalan mahasiswa untuk mengikuti prosedur ini akan mengakibatkan pendaftaran kursus tersebut (PSM Cadangan) tidak dipertimbangkan dan DITOLAK oleh Penyelaras.
