Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam yang mengambil – PSM (SKAB4034)  pada Semester 1, Sesi 2023/2024. Berikut adalah makluman tarikh – tarikh penting PSM untuk diambil perhatian dan tindakan selanjutnya.

a.    Minggu 14 – 15: 8 – 12 Jan 2024

–       Pelajar menghantar draf laporan PSM kepada Penyelia masing-masing untuk tujuan semakan dan pengesahan sebelum sesi pembentangan

b.    Minggu 15: 13 Jan 2024

–       Pelajar menghantar Laporan Teknikal (format MS Word dan PDF) dan Borang Kebenaran Membentang melalui pautan Google Form yang disediakan dalam e-learning (pautan akan dikemaskini dalam e-learning sebelum Minggu 15)

–       Pelajar boleh merujuk templet Laporan Teknikal telah dimuatnaik dalam e-learning

–       Laporan Teknikal yang tidak memenuhi format akan dipulangkan semula untuk pembetulan sehingga mencapai format yang betul

c.     Minggu 17: 28 Jan 2024 (Ahad), 8.30 pagi sehingga selesai

–       Pembentangan PSM secara secara fizikal di Blok M50, Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA), UTM Johor Bahru

–       Jadual terperinci sesi pembentangan dijangka akan dikeluarkan pada Minggu 14/15

d.    Minggu 19: 11 Feb 2024 (Ahad), 5.00 petang

–       Penghantaran dua (2) salinan Laporan PSM format PDF (minimum 60 mukasurat, maksimum 100 mukasurat) termasuk semua dokumen yang wajib dihantar bersama laporan PSM melalui pautan Google Form yang akan disediakan dalam e-learning

–       Templet Laporan PSM serta dokumen yang perlu dihantar telah dimuatnaik dalam e-learning

–       Laporan PSM yang tidak memenuhi format yang ditetapkan dalam UTM Thesis Manual 2023 akan dipulangkan semula kepada Pelajar untuk pembetulan sehingga mencapai format yang betul

–       Laporan PSM yang tidak mencapai format tidak akan diterima dan pelajar dianggap tidak menghantar laporan tersebut sekaligus GAGAL subjek SKAA/SKAB 4034

Sebarang kekeliruan boleh dirujuk terus kepada penyelaras PSM (Dr. Nadirah Bt Darus – 0139708427). Segala kerjasama amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.