Pengumuman

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH DEKAN DAN HADIAH AKADEMIK SPACE UTM MK 67

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Tuan/Puan

Adalah dimaklumkan kepada Graduan Sarjana Muda dan Diploma Pengajian Separuh Masa UTM, pihak SPACE menyediakan senarai Anugerah Dekan, Hadiah Akademik dan  Hadiah Khas (Kategori  Suami-Isteri, Golongan Istimewa & Adik-Beradik/Kembar) yang akan disampaikan dalam majlis yang seperti dinyatakan pada butiran berikut:

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH DEKAN & HADIAH AKADEMIK SPACE UTM
Sempena Majlis Konvokesyen ke-67 Universiti Teknologi Malaysia

Tarikh dan Masa: 19 November 2023, 2.00 petang
Tempat: Dewan Kencanapuri, Pulai Springs Resort, Johor
Program : Sarjana Muda

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH DEKAN & HADIAH AKADEMIK SPACE UTM
Sempena Majlis Konvokesyen ke-67 Universiti Teknologi Malaysia

Tarikh dan Masa: 21 November 2023, 2.00 petang
Tempat: Dewan Kencanapuri, Pulai Springs Resort, Johor
Program : Diploma

Sekiranya saudara mempunyai pertanyaan lanjut sila hubungi urusetia majlis iaitu:

Seksyen Operasi dan Pembangunan Pelajar (SOPP)

Emel : sopp@utmspace.edu.my

No Telefon : 07-5318016/7013

SENARAI PENERIMA MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH DEKAN DAN HADIAH AKADEMIK MK 67 SPACE UTM

SENARAI RUANG KULIAH PROGRAM SARJANA MUDA & DIPLOMA PENGAJIAN SEPARUH MASA SEMESTER I, SESI 2023/2024

Dimaklumkan bahawa sesi perkuliahan bagi Semester I, Sesi 2023/2024 Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM bagi pusat Johor Bahru telah bermula. Berikut disertakan senarai ruang kuliah minggu ketiga bagi kursus-kursus berstatus Kuliah Sahaja (K)/ setara untuk rujukan pelajar.

klik disini –> JADUAL KULIAH <– klik disini

Sebarang aduan/ cadangan/ maklumbalas berkenaan ruang perkuliahan boleh disalurkan ke sopp@utmspace.edu.my

Kemaskini jadual : 19/10/2023

Sembang SPACE : Membentuk Potensi, Merealisasi Aspirasi

Tajuk :Sembang SPACE : Membentuk Potensi, Merealisasi Aspirasi
Ahli Panel :Sr. Ts. Yusmady bin Md. Junus
Pengurus Besar
Pusat Pengajian Diploma SPACE UTM
Sekolah Pendidikan Profesional Dan Pendidikan Berterusan (SPACE)
Tarikh :25 Oktober 2023 (Rabu)
Masa :10.00 Pagi
Saluran :Facebook UTMSPACE (UTMSPACE OFFICIAL)
Instagram (utmspace)
Tiktok (utmspaceofficial)

Sehubungan dengan itu, semua pelajar dijemput hadir ke majlis Sembang SPACE tersebut.

PECAHAN SEKSYEN UNTUK KURSUS SSCE1693, SSCE1993, SSCE2193, SSCE1793, SSCE1023 & SSCE2393– SEMESTER I SESI 2023/2024 KUALA LUMPUR

Adalah dimaklumkan kepada pelajar yang mendaftar kursus diatas bagi Semester I 2023/2024 – PUSAT KUALA LUMPUR, Berikut disertakan pengagihan seksyen dan maklumat pensyarah untuk rujukan lanjut:

1- SSCE1693 MATEMATIK KEJURUTERAAN I (KLIK DISINI)

2- SSCE1993 MATEMATIK KEJURUTERAAN II (KLIK DISINI)

3- SSCE2193 STATISTIK KEJURUTERAAN (KLI DISINI)

4- SSCE1793 PERSAMAAN TERBITAN (KLIK DISINI)

5- SSCE1023 MATEMATIK UNTUK JURUKUR I – LINEAR ALGEBRA LANJUTAN (KLIK DISINI)

6- SSCE2393 KAEDAH BERANGKA (KLIK DISINI)

MAKLUMAT SEKSYEN DAN PENSYARAH KURSUS MATEMATIK SEMESTER I, 2023/2024 – PUSAT KUALA LUMPUR (KLIK DISINI)

Sekian, Harap Maklum.

TAKLIMAT KURSUS SKAB 4022 (PRA PSM) & SKAB 4034 (PSM) SEM1 SESI 2023/2024 UTMSPACE – FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Adalah dimaklumkan kepada pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam yang mengambil

kursus SKAB4022 (Pra PSM) dan SKAB4034 (PSM) pada semester 1, Sesi 2023/2024

satu taklimat akan diadalah oleh penyelaras PSM secara atas talian pada waktu seperti dibawah :-

PRA PSM
Tarikh: 17 Oktober 2023 (Selasa)
Masa: 8.00 – 8.45 malam (Pra PSM)
Tempat: Atas talian (Webex)
https://utm.webex.com/meet/nadirahdarus

PSM 
Tarikh: 17 Oktober 2023 (Selasa)
Masa: 9.00 – 9.45 malam (PSM)
Tempat: Atas talian (Webex)
https://utm.webex.com/meet/nadirahdarus

Semua pelajar yang telah mendaftar subjek Pra PSM dan PSM diwajibkan hadir mengikut sesi taklimat masing-masing.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,
Dr. Nadirah binti Darus
Penyelaras PSM UTMSPACE
Fakulti Kejuruteraan Awam
Universiti Teknologi Malaysia

SENARAI RUANG KULIAH PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA SEMESTER I, SESI 2023/2024

Dimaklumkan bahawa sesi perkuliahan bagi Semester I, Sesi 2023/2024 Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM bagi pusat Johor Bahru telah bermula. Berikut disertakan senarai ruang kuliah minggu kedua bagi kursus-kursus berstatus Kuliah Sahaja (K)/ setara untuk rujukan pelajar.

klik disini –> JADUAL KULIAH<– klik disini

Sebarang aduan/ cadangan/ maklumbalas berkenaan ruang perkuliahan boleh disalurkan ke sopp@utmspace.edu.my

Kemaskini jadual : 12/10/2023

SURAT PENGESAHAN SENAT BAGI PERMOHONAN PENGANUGERAHAN SEMESTER II SESI 2022/2023

Adalah dimaklumkan bahawa, semua permohonan penganugerahan bagi Semester II, Sesi 2022/2023 telah dibentangkan dan diperakukan di dalam Mesyuarat Senat yang diadakan pada 26 Spetember 2023 yang lalu.

Untuk makluman, Surat Pengesahan Senat akan mula diedarkan secara berperingkat kepada graduan melalui POS bermula 11 Oktober 2023 bagi graduan yang TIDAK mempunyai tunggakan yuran pengajian.

Majlis Konvokesyen ke 67 akan diadakan pada 18 sehingga 23 November 2023. Graduan diminta untuk membuat pengesahan kehadiran ke Majlis Konvokesyen ke 67 UTM bermula 10 Oktober 2023 hingga 30 Oktober 2023 di laman sistem  i-Convo, https://iconvo.utm.my