Pengumuman

PENGHANTARAN LAPORAN PENGECUALIAN LATIHAN INDUSTRI (SEMM/SKMM3915) SEMESTER II SESI 2023/2024 – FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Makluman kepada pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal yang bercadang untuk memohon pengecualian Latihan IndustrSEMM/SKMM3915 pada Semester II Sesi 2023/2024, mohon pelajar untuk menghantar Laporan Latihan Industri selewat-lewatnya sebelum atau pada 05 Mei 2024 (Ahad) / MINGGU 8 KULIAH. Penghantaran Laporan pengecualian Latihan Industri ke Pejabat Akademik Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UTM Skudai atau secara pos ke alamat berikut.

Alamat pos :

Aras 4, Bangunan Pentadbiran, Blok E07
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, 
Universiti Teknologi Malaysia,
81310, Skudai, Johor.
U/P : PUAN HIDAYAH (SPACE)

Mohon emel tracking number selepas pengeposan dibuat. Garis Panduan Laporan Pengecualian Latihan Industri dan borang-borang berkaitan boleh dirujuk di https://drive.google.com/drive/folders/1mMLupxs6q4IFgvhcRVNCqD_0K_NuQDc2?usp=share_link . Sebarang permasalahan atau pertanyaan boleh berhubung dengan Puan Nurul Hidayah Mashod di talian n_hidayah@utmspace.edu.my

SENARAI NAMA PELAJAR & PENYELIA PRA PSM (SKAB 4022/ SKAA4022) SEMESTER 2, SESI 2023/2024- FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM

Dimaklumkan kepada pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) yang mengambil Kursus  Pra PSM (SKAB 4022/ SKAA 4022)  pada Semester 2, Sesi 2023/2024. 

Disertakan nama pelajar dan penyelia bagi PRA PSM untuk rujukan dan makluman pelajar.

SENARAI PELAJAR-PENYELIA-PENILAI PRA PSM SESI 2023_2024-2 UTMSPACE FKA PUSAT KL

SENARAI PELAJAR-PENYELIA-PENILAI PRA PSM SESI 2023_2024-2 UTMSPACE FKA PUSAT KK

SENARAI RUANG KULIAH PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA SEMESTER II, SESI 2023/2024

Dimaklumkan bahawa sesi perkuliahan bagi Semester II, Sesi 2023/2024 Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM bagi pusat Johor Bahru telah bermula. Berikut disertakan senarai ruang kuliah minggu ketiga bagi kursus-kursus berstatus Kuliah Sahaja (K)/ setara untuk rujukan pelajar.

klik disini –> JADUAL KULIAH <– klik disini

Sebarang aduan/ cadangan/ maklumbalas berkenaan ruang perkuliahan boleh disalurkan ke sopp@utmspace.edu.my

Kemaskini jadual : 27/3/2024

PERMOHONAN PENGECUALIAN KREDIT KURSUS LATIHAN INDUSTRI (SEE 4925 / SEEE/SKEE 4926 / SEELH/SKEL 4926) SEMESTER 2 SESI 2023/2024 – FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK

Makluman kepada pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) yang ingin/bercadang untuk memohon pengecualian kredit kursus Latihan Industri (SEE 4925 / SKEE/SEEE 4926 / SEELH/SKEL 4926) pada Semester II Sesi 2023/2024 diingatkan untuk menghantar permohonan yang lengkap pada tempoh yang telah ditetapkan (11 Mac 2024 – 5 Mei 2024)

Rujuk Perkara Penting : https://studentppsm.utmspace.edu.my/wp-content/uploads/2023/12/Perkara-Penting-Semester-II-20232024.pdf

Syarat-syarat kelayakan mestilah mengikut prosedur berikut:

1.      Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang kejuruteraan elektrik sekurang-kurangnya TIGA (3) tahun bermula daripada pelajar memperoleh kelulusan diploma.
2.      Telah mencapai sekurang-kurangnya 90 kredit (Kredit Dapat + Kredit Kecuali) semasa membuat permohonan.
3.      Sila kemukakan permohonan dengan menghantar:

  • Borang Pengecualian Kredit Kursus (PPSM-SPA-PKK-004).
  • Borang Employment History form (FKE-LP8)
  • Surat Pengesahan bekerja daripada Majikan (tarikh keluar surat adalah yang terkini)
  • Mengemukakan laporan kerja kejuruteraan yang dilakukan dalam tempoh 3 tahun yang lalu hingga kini. Laporan tersebut terdiri daripada:
  1. Latar belakang Syarikat dan Struktur Organisasi
  2. Penerangan/laporan kerja kejuruteraan utama yang dilakukan dalam 3 tahun lepas
  3. Kesimpulan dan Cadangan
  4. Rujukan
  5. Ditandatangani dan diluluskan oleh pegawai atasan yang merupakan seorang jurutera

4. Sila hantar permohonan yang lengkap ke email: zuraimy@utm.myzuraimy@fke.utm.my ,cc: nazathulshima@utmspace.edu.my

Garis panduan dan maklumat berkaitan pengecualian kredit Latihan Industri boleh didapati di https://space.fke.utm.my/practical-training

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Puan Shima di talian:  07-5557003.

**Pelajar tidak perlu mendaftar kursus Latihan Industri pada Semester 2 Sesi 2023/2024 di SMP

SENARAI RUANG KULIAH PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA SEMESTER II, SESI 2023/2024

Dimaklumkan bahawa sesi perkuliahan bagi Semester II, Sesi 2023/2024 Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM bagi pusat Johor Bahru telah bermula. Berikut disertakan senarai ruang kuliah minggu kedua bagi kursus-kursus berstatus Kuliah Sahaja (K)/ setara untuk rujukan pelajar.

klik disini –> JADUAL KULIAH <– klik disini

Sebarang aduan/ cadangan/ maklumbalas berkenaan ruang perkuliahan boleh disalurkan ke sopp@utmspace.edu.my

Kemaskini jadual : 20/3/2024

SENARAI PENSYARAH KURSUS MATEMATIK SEMESTER II SESI 2023-2024

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Untuk makluman kepada pelajar-pelajar Program Sarjana Muda, Pengajian Separuh Masa UTMSPACE yang mengambil Kursus Matematik Semester II 2023-2024, disertakan lampiran yang seperti dinyatakan untuk rujukan dan perhatian pelajar.

Sekian Terima Kasih.

MAKLUMAT PENSYARAH KURSUS MATH SEM II 2324

TAKLIMAT KURSUS SKAB 4022 (PRA PSM) & SKAB 4034 (PSM) SEM 2, SESI 2023/2024 UTMSPACE – FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM

Adalah dimaklumkan kepada pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam yang mengambil kursus SKAB4022/SKAA4022 (Pra PSM) dan SKAB4034/SKAA404 (PSM) pada Semester 2, Sesi 2023/2024  satu taklimat akan diadalah oleh penyelaras PSM secara atas talian pada waktu seperti dibawah :-

SKAA/SKAB4022 Pra PSM:
Tarikh: 20 Mac 2024 (Rabu)
Masa: 9.00 – 10.00 malam
Tempat: Atas talian (Webex)

https://utm.webex.com/meet/nadirahdarus

SKAA/SKAB4034 PSM
:
Tarikh: 26 Mac 2024 (Selasa)
Masa: 9.00 – 10.00 malam
Tempat: Atas talian (Webex)

https://utm.webex.com/meet/nadirahdarus

Semua pelajar yang telah/akan mendaftar subjek Pra PSM dan PSM bagi Sesi 2023/2024-2 diwajibkan hadir ke sesi taklimat yang ditetapkan.

Sekian, terima kasih

B/P Yang menjalankan tugas,

Dr. Nadirah binti Darus
Penyelaras PSM UTMSPACE
Fakulti Kejuruteraan Awam
Universiti Teknologi Malaysia

+60 13-970 8427
nadirahdarus@utm.my

JADUAL PEPERIKSAAN KHAS PROG. SARJANA MUDA SEMESTER I, SESI 2023/2024

  1. Tempat peperiksaan khas hanya di Johor Bahru dan Kuala Lumpur sahaja.
  2. Sekiranya terdapat pertindihan jadual atau sebarang pertanyaan, calon peperiksaan hendaklah SEGERA maklumkan ke UTMSPACE di talian 07-5318017 (Pusat Johor Bahru) dan 03-26154691 (Pusat Kuala Lumpur) atau melalui email ke spd@utmspace.edu.my.