SIJIL KEPUJIAN DEKAN SEMESTER I SESI 2023/2024 (PUSAT KUALA LUMPUR)

SIJIL KEPUJIAN DEKAN SEMESTER I 2023-2024 (PUSAT JOHOR BAHRU SAHAJA)
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Adalah dimaklumkan kepada pelajar yang mendapat PNG/ GPA 3.50 dan ke atas bagi kemasukan 2015/2016 dan ke bawah dan PNG/ GPA 3.67 bagi kemasukan 2016/2017 dan ke atas, Sijil Kepujian Dekan Semester II 2022-2023 bagi pelajar yang layak telah di poskan secara berperingkat mulai 6 Jun 2024 (pelajar selain pusat Johor Bahru dan Kuala Lumpur).
Kepada pelajar pusat pembelajaran Johor Bahru, Sijil Kepujian Dekan Semester I 2023-2024 boleh mula diambil di Kaunter Pendaftaran Taklimat Pengurusan Akademik, Bilik 02-12, Tingkat 2, Blok T06, 7 Jun 2024 (Jumaat) pada pukul 5.30 petang sehingga 7.00 petang dan Kaunter Pusat Pengajian Separuh Masa SPACE UTM, Tingkat 4, Blok T05 mulai 10 Jun 2024.
Kaunter dibuka pada hari Isnin hingga Khamis (9.00 pagi – 4.00 petang), Waktu Rehat (1.00 tengah hari hingga 2.00 petang).
Sekian, Harap Maklum.
Permohonan Pelekat Kenderaan- Jabatan Pendaftaran (Bahagian Keselamtan) UTM
Untuk makluman pelajar-pelajar, disertakan pautan laman sesawang Jabatan Pendaftaran (Bahagian Keselamtan) UTM untuk permohonan Pelekat Kenderaan.
Pautan:
https://registrar.utm.my/security/permohonan-epelekat/
PELAKSANAAN MAKMAL & SURAT PELEPASAN MAJIKAN – SEMESTER III, 2023/2024 (SEMM3931/SKMM3931 & SEMM3941/SKMM3941) FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL UTM
Dimaklumkan kepada pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal yang mendaftar kursus SEMM3931/SKMM3931 & SEMM3941/SKMM3941 – Makmal Kejuruteraan, disertakan maklumat pelaksanaan makmal dan surat pelepasan. Hanya pelajar yang mendaftar sahaja dibenarkan menjalani Kursus dan Peperiksaan Makmal.
MAKLUMAT BERKAITAN PELAKSANAAN KURSUS MAKMAL SEMM3931/ SKMM3931
MAKLUMAT BERKAITAN PELAKSANAAN KURSUS MAKMAL SEMM3941/ SKMM3941
COMPANY RELEASE LETTER UTM
SURAT PELEPASAN CUTI UTM
PETA LOKASI MAKMAL FKM UTM
SENARAI RUANG KULIAH PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA SEMESTER II, SESI 2023/2024
Dimaklumkan bahawa sesi perkuliahan bagi Semester II, Sesi 2023/2024 Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM bagi pusat Johor Bahru telah bermula. Berikut disertakan senarai ruang kuliah minggu ke-13 bagi kursus-kursus berstatus Kuliah Sahaja (K)/ setara untuk rujukan pelajar.
klik disini –> JADUAL KULIAH <– klik disini
Sebarang aduan/ cadangan/ maklumbalas berkenaan ruang perkuliahan boleh disalurkan ke sopp@utmspace.edu.my
Kemaskini jadual : 6/6/2024
UTM Library: Research Information Literacy for Undergraduate, 10 June 2024

Sukacita dimaklumkan bahawa Research Information Literacy for Undergraduate akan diadakan pada 10 Jun 2024,Isnin bermula jam 8.00 malam sehingga 10.00 malam melalui platform Webex.
SPACE UTM Edu Fair 2024








Dijemput semua pelajar & semua lapisan masyarakat untuk menghadiri “SPACE UTM Edu Fair 2024″ yang diadakan julung-julung kali ini.
SURAT PEMBENTANGAN PSM SEM 2, SESI 2023/2024- FAKULTI PENGURUSAN
Untuk makluman pelajar-pelajar Fakulti Pengurusan, berikut dilampirkan surat pembentangan Projek Sarjana Muda Akhir Fakulti Pengurusan Semester 2, Sesi 2023/2024 untuk makluman dan cetakan pelajar. Manakala, jadual pembentangan akan menyusul kemudian.
SURAT PELEPASAN PELAJAR BAGI PEMBENTANGAN PSM SEMESTER 2 SESI 2023/2024
RALAT! PENGUMUMAN: PENUTUPAN PUSAT DATA UTMSPACE PADA 2 – 3 JUN 2024 BAGI KERJA-KERJA MENAIK TARAF

Ralat! Seperti perkara di atas, kami ingin memaklumkan maklumat terkini penutupan Pusat Data UTMSPACE. Berikut adalah butiran tekini:
- Tarikh: penutupan: 2 Jun 2024 hingga 3 Jun 2024
- Masa: 5.00ptg (2 Jun 2024) hingga 11.59mlm (3 Jun 2024)
- Sebab: Kerja-kerja pemindahan kabel dan server
- Kesan: Semua perkhidmatan pusat data akan terjejas semasa tempoh penutupan ini.
Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul akibat penutupan ini. Kami berusaha untuk memastikan pemindahan berjalan lancar dan meminimumkan gangguan.
Sekian, terima kasih
Bahagian Teknologi Digital (BTeD) UTMSPACE
SEMINAR KEJURUTERAAN AWAM FKA (SEMKA FKA)
Pemakluman awal kepada mahasiswa Fakulti Kejuruteraan Awam yang akan menghadiri Seminar Kejuruteraan Awam 2024 (SEMKA 2024) berikut adalah butiran berkenaan program tersebut:
Tarikh : 24 & 25 Ogos 2024 (Sabtu & Ahad)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Melaka (pemakluman hotel akan dimaklumkan kemudian)
Bayaran : RM 480.00 (cara pembayaran akan dimaklumkan kemudian)
Link : http://surl.li/ubefr ← (klik disini)
Mohon kerjasama kepada pelajar yang akan menghadiri Seminar Kejuruteraan Awam 2024 (SEMKA 2024) untuk mengisi nama di link yang disertakan selewat-lewatnya pada 12 Jun 2024 (Rabu) bagi tempahan seminar.
Perlu diingatkan bayaran akan dikenakan bagi pelajar yang telah mengemukakan nama walaupun tidak dapat menghadiri seminar tersebut. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Ts. Dr. Mohd Zamri Bin Ramli (PAPL FKA) dan Cik Nor Farhani Binti Saidina. Sekian, Harap Maklum Terima Kasih.