Pengumuman

JADUAL PEPERIKSAAN KHAS PROG. SARJANA MUDA SEMESTER II, SESI 2025/2026

Adalah dimaklumkan bahawa Peperiksaan Khas Semester II, Sesi 2025/2026 Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM akan berjalan mulai 24 Ogos – 30 Ogos 2026.

Berikut Jadual Peperiksaan Khas untuk rujukan mahasiswa dengan klik link di bawah:

Pusat : Johor Bahru
Tempat : Bilik Mesyuarat Eksekutif 2 UTMSPACE, Aras 4, Blok T05, UTMJB
Jenis Peperiksaan : Fizikal

Pusat : Kuala Lumpur
Tempat : Sila rujuk Portal Pelajar
Jenis Peperiksaan : Fizikal

Nota :-

  1. Tempat peperiksaan khas hanya di Johor Bahru dan Kuala Lumpur sahaja.
  2. Sekiranya terdapat pertindihan jadual atau sebarang pertanyaan, calon peperiksaan hendaklah SEGERA maklumkan ke UTMSPACE di talian 07-5318017 (Pusat Johor Bahru) dan 03-26154691 (Pusat Kuala Lumpur) atau melalui email ke spd@utmspace.edu.my.

Sekian, harap maklum.

SENARAI RUANG KULIAH PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA, SEMESTER III SESI 2025/2026

Dimaklumkan bahawa sesi perkuliahan Semester III, Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM bagi pusat Johor Bahru telah bermula. Berikut disertakan senarai ruang kuliah mingguan untuk rujukan pelajar.

klik disini –>JADUAL KULIAH <– klik disini

Sebarang aduan/ cadangan/ maklumbalas berkenaan ruang perkuliahan boleh disalurkan ke sopp@utmspace.edu.my

Kemaskini jadual :20/8/2026

BORANG PENCALONAN PENYELIA PSM CADANGAN – SEKOLAH PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA DAN PSIKOLOGI (SHARPS)

Perhatian kepada semua pelajar Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi yang akan mendaftar atau Projek Sarjana Muda Cadangan (SHAR3042/SHMR3042/SHAY3092/SHMY3092) pusat Johor Bahru dan Kuala Lumpur pada semester akan datang (Semester I, Sesi 2026/2027), sila pastikan pelajar-pelajar telah memenuhi syarat ini :

1. Telah memenuhi / mengambil sekurang-kurangnya 90 jam kredit (termasuk pengecualian kredit yang telah diluluskan).
2. Telah LULUS kursus Pengenalan Kaedah Penyelidikan (SHAR3033/SHMR3033). Terpakai untuk Program SHAR/SHMR sahaja.

Sekiranya telah memenuhi kedua-dua syarat tersebut, pelajar-pelajar dikehendaki untuk mengisi BORANG PENCALONAN PENYELIA. Pelajar-pelajar dibenarkan untuk mengisi SEKALI SAHAJA borang pencalonan dan tarikh akhir untuk mengisinya adalah pada 6 SEPTEMBER 2026. Kegagalan pelajar-pelajar untuk mengikuti prosedur ini akan mengakibatkan pendaftaran kursus tersebut (PSM Cadangan) tidak dipertimbangkan dan DITOLAK oleh Penyelaras.

SENARAI RUANG KULIAH PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA, SEMESTER III SESI 2025/2026

Dimaklumkan bahawa sesi perkuliahan Semester III, Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM bagi pusat Johor Bahru telah bermula. Berikut disertakan senarai ruang kuliah mingguan untuk rujukan pelajar.

klik disini –>JADUAL KULIAH <– klik disini

Sebarang aduan/ cadangan/ maklumbalas berkenaan ruang perkuliahan boleh disalurkan ke sopp@utmspace.edu.my

Kemaskini jadual :13/8/2026

PERMOHONAN PENGECUALIAN KREDIT SEMM/SKMM3915 LATIHAN INDUSTRI SEMESTER I SESI 2026/2027 – FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Makluman kepada pelajar-pelajar yang ingin/bercadang untuk memohon Pengecualian Kredit Kursus SEMM/SKMM3915 Latihan Industri pada Semester I Sesi 2026/2027 untuk mengisi maklumat di https://forms.gle/QRyGrVWcbqL9uTcDA

Syarat-syarat Permohonan Pengecualian Latihan Industri :

1. Telah mengambil semua kursus pra-syarat dan mendapat minimum gred D– 

i) SEMM/SKMM2123 – Mekanik Pepejal II
ii) SEMM/SKMM2223 – Mekanik Mesin & Getaran
iii) SEMM/SKMM2323 – Mekanik Bendalir II
iv) SEMM/SKMM2423 – Termodinamik Gunaan


2. Mempunyai pengalaman pekerjaan yang berkaitan dengan bidang pengajian sekurang-kurangnya SATU (1) tahun.

3. Telah mendapat sekurang-kurangnya sebanyak 80 kredit kira (Kredit dapat + Kredit Kecuali).

Satu taklimat berkaitan kursus Latihan Industri akan diadakan kelak. Pelajar tidak perlu mendaftar kursus Latihan Industri di SMP bagi proses pengecualian Latihan Industri. Sebarang permasalahan boleh hubungi Puan Nurul Hidayah Mashod di talian n_hidayah@utmspace.edu.my .

SENARAI RUANG KULIAH PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA, SEMESTER III SESI 2025/2026

Dimaklumkan bahawa sesi perkuliahan Semester III, Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM bagi pusat Johor Bahru telah bermula. Berikut disertakan senarai ruang kuliah mingguan untuk rujukan pelajar.

klik disini –>JADUAL KULIAH <– klik disini

Sebarang aduan/ cadangan/ maklumbalas berkenaan ruang perkuliahan boleh disalurkan ke sopp@utmspace.edu.my

Kemaskini jadual :6/8/2026

SKIM PELAJAR MEMPERKENALKAN PELAJAR Program Sarjana Muda (Sepenuh dan Separuh Masa) Ambilan September 2026

Berita Baik Buat Warga SPACE UTM! 👋🫵


Tunjukkan sokongan anda dan nikmati insentif istimewa menerusi Skim Pelajar Memperkenalkan Pelajar.

Bantu rakan anda melangkah ke peringkat seterusnya dalam program pengajian intake September 2026:

UTM-IDP 👇

Ijazah Sarjana Muda (Separuh Masa) 👇

Maklumat lanjut mengenai struktur program, syarat kemasukan, dan permohonan boleh diakses terus di sini:

🌐 Maklumat Program: https://space.utm.my/

📲 Permohonan Online: https://space.utm.my/admission-apply-now/

Semua pelajar SPACE UTM adalah digalakkan untuk turut serta dan seterusnya mendapatkan manfaat melalui skim tersebut.


Bersama ini disertakan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan skim tersebut :
⏩BORANG PENDAFTARAN ‘SKIM PELAJAR MEMPERKENALKAN PELAJAR’⏪

JOM CARI DUIT POKET!!..

Hubungi Kami:
Bahagian Pemasaran dan Perhubungan Pelanggan
E-mel: recruitment@utmspace.edu.my
Tel Pejabat: 07-531 8072
Talian Terus: 017-721 5787 (En. Hamzah)

Senarai Pengagihan Pensyarah dan Link Kuliah Online Sem 3, 2025/2026

Adalah dimaklumkan bahawa sesi perkuliahan Semester III, Sesi 2025/2026 akan bermula pada 24 Julai – 20 September 2026.  Pelajar dinasihatkan untuk merujuk kepada senarai pengagihan pensyarah kursus umum Semester III, Sesi 2025/2026 berikut bagi mendapatkan info berkaitan kursus, seksyen, kaedah PdP dan juga senarai pensyarah terlibat.

SENARAI PENGAGIHAN PENSYARAH SEM III, 25/26
PENAWARAN KURSUS UMUM UNIVERSITI SEM III, 25/26
JADUAL KULIAH KURSUS UMUM UNIVERSITI SEM III, 25/26
JADUAL KULIAH MATEMATIK PENINGKATAN SEM III, 25/26
JADUAL KULIAH FIZIK PENGUKUHAN SEM III, 25/26

SURAT PENGLIBATAN SEMINAR KEJURUTERAAN AWAM 2026 (SEMKA 2026)- FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM

Adalah dimaklumkan kepada pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam yang mendaftar kursus Seminar Kejuruteraan Awam (SEAA 4021/ SKAB 4021/ SKAA 4021) bagi Semester III Sesi 2025/2026, 

berikut adalah butiran berkenaan program tersebut:

Tarikh     : 22 dan 23 Ogos 2026 (Sabtu & Ahad)
Masa      : 7.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat  : Villea, Port Dickson, Negeri Sembilan

Turut dilampirkan surat penglibatan seminar untuk makluman dan tindakan yang selanjutnya. 

*Nota : Semua pelajar yang terlibat diminta untuk hadirkan diri sebelum pukul 7.30 pagi bagi urusan pendaftaran. Sekiranya pelajar hadir lewat pihak fakulti berhak untuk tidak membenarkan mahasiswa meneruskan seminar tersebut.