Makluman kepada pelajar-pelajar yang ingin/bercadang untuk memohon Pengecualian Kredit Kursus SEMM/SKMM3915 Latihan Industri pada Semester I Sesi 2026/2027 untuk mengisi maklumat di https://forms.gle/QRyGrVWcbqL9uTcDA
Syarat-syarat Permohonan Pengecualian Latihan Industri :
1. Telah mengambil semua kursus pra-syarat dan mendapat minimum gred D–
i) SEMM/SKMM2123 – Mekanik Pepejal II
ii) SEMM/SKMM2223 – Mekanik Mesin & Getaran
iii) SEMM/SKMM2323 – Mekanik Bendalir II
iv) SEMM/SKMM2423 – Termodinamik Gunaan
2. Mempunyai pengalaman pekerjaan yang berkaitan dengan bidang pengajian sekurang-kurangnya SATU (1) tahun.
3. Telah mendapat sekurang-kurangnya sebanyak 80 kredit kira (Kredit dapat + Kredit Kecuali).
Satu taklimat berkaitan kursus Latihan Industri akan diadakan kelak. Pelajar tidak perlu mendaftar kursus Latihan Industri di SMP bagi proses pengecualian Latihan Industri. Sebarang permasalahan boleh hubungi Puan Nurul Hidayah Mashod di talian n_hidayah@utmspace.edu.my .