Pengumuman

Projek Sarjana Muda Akhir (SHAR4014) dan Latihan Ilmiah (SHP3353)- Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi

Dimaklumkan kepada pelajar Program SHAR / SHR Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi, pembentangan Projek Sarjana Muda Akhir (SHAR4014) dan Latihan Ilmiah (SHP3353) bagi Semester I Sesi 2022/2023 akan diadakan pada 29 Januari 2023 bagi pusat Kuala Lumpur dan 30 Januari 2023 bagi pusat Johor Bahru. Jadual pembentangan Projek Sarjana Muda Akhir dan Latihan Ilmiah adalah seperti berikut :

Kursus    : PROJEK SARJANA MUDA AKHIR (SHAR 4014) / LATIHAN ILMIAH (SHP3353)
Program : SHAR / SHR (PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA)
Masa       : 9.00 am – 11.00 am
Tempat  : Blok T08, Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.
Pakaian : Rasmi dan Kemas

Kegagalan pelajar mematuhi slot pembentangan yang disediakan akan mengakibatkan tiada penilaian serta markah akan diberikan.

SENARAI NAMA PEMBENTANGAN PSM AKHIR DAN LATIHAN

MAKLUMAN DAN TARIKH-TARIKH PENTING PRA PSM SESI 2022/2023-1 SPACE PUSAT PULAU PINANG. KUALA LUMPUR, IPOH DAN KOTA KINABALU- FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Perhatian kepada semua pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam yang mengambil PRA – PSM (SKAB4022)  pada Semester 1, Sesi 2022/2023 .

Berikut adalah beberapa perubahan tarikh-tarikh penting untuk tindakan semua:

a.    21 Januari 2023 (Sabtu)

  • Pelajar bertemu Penilai untuk membuat penilaian pada tarikh yang telah dipersetujui oleh Penilai.
  • Jika Pelajar atau Penilai tidak berkelapangan untuk menilai pada hari bekerja, maka Pelajar atau Penilai boleh membuat penilaian pada hari tidak bekerja.

b.    24 Januari 2023 (Selasa)

  • Penilai menghantar semula Borang Laporan Pra PSM yang telah lengkap diisi dengan komen kepada Pelajar, Penyelia dan juga Penyelaras untuk rujukan dan simpanan.

c.    5 Februari 2023 (Ahad)

  • Pelajar menghantar laporan Pra PSM sebanyak 30 mukasurat maksimum (menggunakan format Thesis UTM 2018) kepada Penyelia untuk semakan dan penilaian.
  • Penyelia diminta untuk menyemak kandungan Bab 1 hingga Bab 4 (Jangkaan Keputusan) sahaja dan abaikan bahagian lain.

Sebarang kekeliruan diminta merujuk terus kepada penyelaras PSM (Dr. Nadirah Bt Darus – 013-9708427). Kerjasama semua amat dihargai.

Program Sarjana Muda (Pengajian Sepenuh & Separuh Masa) Ambilan Februari 2023 DAN SKIM PELAJAR MEMPERKENALKAN PELAJAR

Berita baik untuk semua pelajar SPACE UTM !

Kini anda berpeluang untuk memperoleh manfaat berupa saguhati melalui

SKIM PELAJAR MEMPERKENALKAN PELAJAR

Program yang sedang dibuka untuk permohonan adalah seperti berikut :

Maklumat lebih lanjut seperti struktur program dan syarat kemasukan boleh dirujuk melalui pautan http://space.utm.my/. 

Permohonan boleh dikemukakan secara atas talian melalui pautan http://space.utm.my/admission/

Semua pelajar SPACE UTM adalah digalakkan untuk turut serta dan seterusnya mendapatkan manfaat melalui skim tersebut.

Untuk maklumat dan pertanyaan, anda boleh menghubungi kami di  :

  Bahagian Rekrutmen & Pengambilan Pelajar

  Telefon : 07-531 8054 (Pejabat), 

017-7215787 (En. Hamzah), 018-9554782 (En. Sarazmin)

Email : recruitment@utmspace.edu.my

POSTER SKIM PELAJAR MEMPERKENALKAN PELAJAR

BORANG PENDAFTARAN SKIM PELAJAR MEMPERKENALKAN PELAJAR

SENARAI NAMA PRA PSM (SKAB 4022/ SKAA4022) & PSM (SKAA4034) SEMESTER I, SESI 2022/2023 – Fakulti Kejuruteraan Awam

Dimaklumkan kepada Pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) yang mengambil Kursus Pra PSM (SKAB 4022/ SKAA 4022) dan PSM (SKAA 4034) , Semester I, Sesi 2022/2023. Disertakan nama pelajar dan penyelia bagi PRA PSM dan PSM untuk rujukan pelajar.

SENARAI PELAJAR-PENYELIA PSM (KUALA LUMPUR)-SKAA 4034

SENARAI PELAJAR-PENYELIA PRA PSM (KUALA LUMPUR)-SKAB 4022 & SKAA 4022

SENARAI PELAJAR-PENYELIA PRA PSM (IPOH)-SKAB 4022 & SKAA 4022

SENARAI PELAJAR-PENYELIA PRA PSM (PULAU PINANG)-SKAB 4022 & SKAA 4022

SENARAI PELAJAR-PENYELIA PSM (KOTA KINABALU)-SKAA 4034

SENARAI PELAJAR-PENYELIA PRA PSM (KOTA KINABALU)-SKAB 4022 & SKAA 4022

Majlis Anugerah Dekan dan Hadiah UTMSPACE Sempena Konvokesyen Ke-66 UTM

Adalah dimaklumkan kepada Graduan Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM, pihak SPACE menyediakan senarai Anugerah Dekan, Hadiah Akademik dan  Hadiah Khas (Kategori  Suami-Isteri, Golongan Istimewa & Adik-Beradik/Kembar) yang akan disampaikan dalam majlis yang seperti dinyatakan pada butiran berikut:

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH DEKAN & HADIAH UTMSPACE
PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA UTM
Sempena Konvokesyen ke-66 Universiti Teknologi Malaysia

Tarikh dan Masa: 20 November 2022, 8:30 malam
Tempat: Dewan Kencanapuri, Pulai Springs Resort, Johor

SENARAI PENERIMA ANUGERAH SEMESTER I & II 2021-2022

pemakluman kepada pelajar (fke) yang mengambil kursus fizik pengukuhan- fakulti kejuruteraan elektronik

Merujuk perkara diatas, sukacita diingatkan khususnya kepada semua pelajar FKE Program SKEE/SEEEH/SKEL & SEELH bahawa :

  1. Pihak SPACE telah menerima kemasukan pelajar dengan keputusan Fizik SPM tidak kredit @ keputusan bawah Gred C dengan syarat pelajar perlu mengambil Fizik Pengukuhan di awal pengajian Program SKEE/SEEH/SKEL & SEELH ini.
  2. Jika ada pelajar yang mempunyai keputusan Gred B dan ke atas bagi subjek Fizik di peringkat Diploma mohon kemukakan bukti kepada pihak FKE untuk makluman kami dan boleh dikecualikan daripada mengambil Fizik Pengukuhan. Salinan transkip Diploma tersebut perlu di emailkan kepada kami Pn. Shima (nazathulshima@utmspace.edu.my) & Pn. Siti (siti.norfazila@utmspace.edu.my).
  3. Untuk makluman pelajar boleh mengikuti kursus SSCP 0102 (Fizik Pengukuhan) yang akan ditawarkan pada Semester 1, Sesi 2022/2023 (Borang Pendaftaran Kursus Fizik Pengukuhan & Jadual Kuliah Fizik Pengukuhan boleh rujuk di Website Pelajar).

JADUAL KULIAH FIZIK PENGUKUHAN- PUSAT KUALA LUMPUR

BORANG PENDAFTARAN KURSUS FIZIK PENGUKUHAN