Pengumuman

PELAKSANAAN MAKMAL & SURAT PELEPASAN MAJIKAN – SEMESTER III, 2022/2023 (SEMM3931/SKMM3931 & SEMM3941/SKMM3941) FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL

Dimaklumkan kepada pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal yang mendaftar kursus SEMM3931/SKMM3931 & SEMM3941/SKMM3941 – Makmal Kejuruteraan , disertakan maklumat pelaksanaan makmal dan surat pelepasan. Hanya pelajar yang mendaftar sahaja dibenarkan menjalani Kursus dan Peperiksaan Makmal.

PERLAKSANAAN KURSUS MAKMAL SKMM3931-SEMM3931

PERLAKSANAAN KURSUS MAKMAL SKMM3941- SEMM3941

SURAT PELEPASAN MAJIKAN

COMPANY RELEASE

SURAT PELEPASAN CUTI

TAKLIMAT SEMINAR KEJURUTERAAN AWAM 2023 (SEMKA 2023) – fakulti kejuruteraan awam

Untuk makluman semua pelajar yang mendaftar Seminar Kejuruteraan Awam (SEMKA), satu sesi taklimat Seminar Kejuruteraan Awam 2023 (SEMKA 2023) akan diadakan secara atas talian pada :

Tarikh: 9 Julai 2023 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi hingga selesai
Link Webex : https://utm.webex.com/meet/mhidayat

Mohon kepada semua pelajar yang terlibat untuk menghadirkan diri di sesi taklimat ini sebagai persediaan SEMKA yang akan datang.

SEMINAR KEJURUTERAAN AWAM FKA (SEMKA FKA)- FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM

Disertakan brochure Seminar Kejuruteraan Awam 2023 (SEMKA 2023) untuk makluman dan rujukan pelajar. Untuk makluman, link pembayaran akan dibuka bermula 25 Jun 2023 sehingga 28 Julai 2023.

Mohon kerjasama kepada pelajar yang akan menghadiri Seminar Kejuruteraan Awam 2023 (SEMKA 2023) untuk mengisi nama di link yang disertakan selewat-lewatnya pada 28 Jun 2023 (Rabu) bagi tempahan seminar.

Perlu diingatkan bayaran akan dikenakan bagi pelajar yang telah mengemukakan nama walaupun tidak dapat menghadiri seminar tersebut.

SENARAI NAMA PELAJAR YANG MENGHADIRI SEMKA

BROCHURE SEMINAR SEMKA FKA

PERHATIAN KEPADA MAHASISWA SEKOLAH PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA DAN PSIKOLOGI

Dimaklumkan kepada mahasiswa Program SHAR Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi, pembentangan Projek Sarjana Muda Akhir (SHAR4014)  bagi semester II sesi 2022/2023 akan diadakan seperti ketetapan berikut : 

Kursus    : Projek Sarjana Muda Akhir (SHAR4014)
Program : SHAR 
Tarikh     : 4 Julai 2023 (Pusat Kuala Lumpur) / 5 Julai 2023 (Pusat Johor Bahru)
Masa       : 9.00 am – 11.00 am
Tempat  : Blok T08, Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.
Pakaian : Rasmi dan Kemas

Kegagalan saudara mematuhi slot pembentangan yang disediakan akan mengakibatkan tiada penilaian serta markah akan diberikan.

PSM AKHIR SHAR4014

PELEPASAN PELAJAR PUASAT JOHOR BAHRU

PELEPASAN PELAJAR PUSAT KUALA LUMPUR

MUET SESI 2 2023- TEMPAT UJIAN LISAN (SPEAKING TEST)

Kepada semua calon yang menduduki peperiksaan MUET SESI 2 2023. Maklumat tempat Speaking Test adalah seperti berikut:

PUSAT PEPERIKSAAN JOHOR BAHRU :

           Tarikh : 19hb - 21hb Jun 2023
           Waktu : 7.30 pagi sehingga selesai
           Tempat : UTMSPACE, NO. 34-50, JALAN KEBUDAYAAN 1, TAMAN UNIVERSITI, 81300 SKUDAI, JOHOR
           Bilik Kuarantin : Bilik Rehat (Aras 1)
           Bilik Peperiksaan : Bilik Kuliah 1, Bilik Kuliah 2, Bilik Seminar 3 & Bilik Rehat (Aras bawah)

PUSAT PEPERIKSAAN KUALA LUMPUR :

           Tarikh :  19hb - 21hb Jun 2023
           Waktu : 7.30 pagi sehingga selesai
           Tempat : UTMSPACE, RESIDENSI UTM KL LEVEL 2, PODIUM NO. 8, JALAN MAKTAB 54100 KUALA LUMPUR
           Bilik Kuarantin : Bilik Mesyuarat Eksekutif 1, Aras 2 (escalator depan Pizza Hut)
           Bilik Peperiksaan :  Bilik Seminar 3, UTMSPACE, Aras 2 (escalator depan Pizza Hut)

Sekian, terima kasih.

HEBAHAN PENGESAHAN PERSETUJUAN (STUDENT CONSENT) KAD PRIHATIN SISWA

Untuk makluman, semua pelajar sepenuh masa (Diploma, Sarjana Muda dan Pascasiswazah) dan pelajar separuh masa (UTMSPACE) diwajibkan untuk membuat pertukaran kad matrik sedia ada kepada Kad Prihatin Siswa (KPS). Pelajar perlu bersetuju memberikan kebenaran kepada pihak UTM untuk memproses dan mengendalikan penggunaan data peribadi pelajar sebagaimana dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709). Tarikh tutup pengisian borang persetujuan pelajar ditetapkan sehingga 15 Jun 2023 (Khamis).

HEBAHAN: KAJI SELIDIK BERKAITAN PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN BAGI PELAJAR PROGRAM SEPARUH MASA

Untuk makluman, Bahagian Pengurusan Penyelidikan dan Sumber Pembelajaran (BPSP) sedang berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kemudahan sumber pembelajaran kepada pelajar yang mengikuti pengajian secara separuh masa dan terutama sekali yang berada di luar kampus UTM Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Kaji selidik ini juga bertujuan untuk mendapatkan pandangan dari para pelajar berkaitan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan yang disediakan.

Sehubungan dengan itu, bagi mencapai tujuan tersebut mohon kerjasama pelajar untuk melengkapkan kaji selidik seperti link dibawah.   Kaji selidik ini hendaklah diisi selewat-lewatnya sebelum atau pada 21 Jun 2023 (Rabu).
Pautan kaji selidik – https://docs.google.com/forms/d/

Kerjasama semua amat kami hargai. Terima Kasih.