Projek Sarjana Muda Cadangan (SHAR3042/SHMR3042 SHAY3092/SHMY3092) & Projek Sarjana Muda Akhir (SHAR4014 / SHAY4044), Semester II Sesi 2024/2025
Perhatian kepada semua pelajar Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi (SHARPS) yang mengambil kursus Projek Sarjana Muda Cadangan (SHAR3042/SHMR3042 SHAY3092/SHMY3092) dan Projek Sarjana Muda Akhir (SHAR4014 / SHAY4044) pada Semester II Sesi 2024/2025, berikut adalah senarai nama penyelia PSM (cadangan) dan PSM (Akhir)
Tiada sebarang pertukaran penyelia akan dilayan dan kegagalan mematuhi senarai penyeliaan ini boleh mengakibatkan penahanan daripada membentangkan laporan serta menjejaskan markah keseluruhan. Pelajar boleh menghubungi penyelia masing masing melalui alamat email yang diberikan. Sebarang pertanyaan mengenai senarai penyeliaan ini boleh hubungi saya di alamat email hidayah@utmspace.edu.my
UTMSPACE Wacana Ilmu Bersama Alumni Siri 2/2025 : Siber Sekuriti : Mengapa ia Penting?
Dimaklumkan bahawa Bahagian Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni UTMSPACE akan mengadakan UTMSPACE Wacana Ilmu Bersama Alumni seperti butiran berikut:
Tajuk : UTMSPACE Wacana Ilmu Bersama Alumni Siri 2/2025 : Siber Sekuriti : Mengapa ia Penting?
Tarikh : 05 Februari 2025 (Rabu)
Masa : 3:00 petang – 4:00 petang
Penceramah : En. Morshidi bin Mostapa, Timbalan Pengarah, Bank Negara Malaysia
Saluran : FB UTMSPACE Official (https://www.facebook.com/utmspaceofficial/)
___________________________________________________________________________________________________________________________________________

PENANGGUHAN PROSES PENGECUALIAN LATIHAN INDUSTRI BAGI SEMESTER II, SESI 2024/2025
Adalah dimaklumkan kepada semua mahasiswa/i Sarjana Muda Kejuruteraan Awam yang berada dalam semester 7 ke atas pada semester II, sesi 2024/2025.
Proses pengecualian Latihan Industri DITANGGUHKAN buat sementara waktu sehingga tarikh yang akan dimaklumkan. Penangguhan ini disebabkan terdapat pekeliling daripada MQA dan disusuli oleh pekeliling Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkenaan Latihan Industri.
Terdapat beberapa prosedur yang ditambah baik daripada kedua-dua pekeliling tersebut. Bagi melancarkan prosedur yang akan diikuti, pihak fakulti akan menjalankan beberapa siri perbincangan untuk diputuskan dan akan dimaklumkan kepada semua mahasiswa/i. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan perkara tersebut boleh berhubung dengan PAPL FKA (Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ramli) dan Penyelaras Latihan Industri (PM Ir. Dr Sitti Asmah binti Hassan).
Sekian, Harap Maklum.
PERMOHONAN TUKAR PUSAT PEPERIKSAAN SEMESTER 1 SESI 2024/2025
UNTUK MAKLUMAN PERMOHONAN TUKAR PUSAT PEPERIKSAAN TELAH DITUTUP
Sekian, terima kasih.
SENARAI PERMOHONAN PELAJAR TUKAR PUSAT SEMESTER 1 SESI 2024/2025
Adalah dimaklumkan bahawa Peperiksaan Semester I, Sesi 2024/2025 Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa akan bermula mulai 31 Januari 2025 hingga 16 Februari 2025.
Berikut disertakan senarai pelajar tukar pusat untuk rujukan selanjutnya :-
SENARAI PERMOHONAN TUKAR PUSAT PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 SESI 2024/2025
TARIKH KEMASKINI : 24 JANUARI 2025
Sebarang pertanyaan, calon peperiksaan hendaklah SEGERA memaklumkan ke UTMSPACE di talian 07-5318017 (Pusat Johor Bahru) dan 03-26154691 (Pusat Kuala Lumpur) atau melalui emel spd@utmspace.edu.my.
Sekian, harap maklum.
PETA LOKASI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER I, SESI 2024/2025 DAN RUANG TEMPAT LETAK KERETA DI KOLEJ TUANKU CANSELOR, UTM
Seperti yang sedia maklum bahawa Peperiksaan Akhir Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM bagi Semester I, Sesi 2024/2025 akan bermula pada 2 Februari 2025 hingga 16 Februari 2025 bertempat di Dewan Astana, Kolej Tuanku Canselor, UTM.
Mohon kerjasama calon/ pelajar yang terlibat dengan peperiksaan akhir agar dapat meletakkan kenderaan di kawasan berhampiran Padang Kawad bagi mengelakkan kesesakan di kawasan kolej Tuanku Canselor dan menggangu lalulintas disekitarnya.
Dilampirkan peta lokasi untuk rujukan calon / pelajar. klik –> PETA <– klik

MAKLUMAT PUSAT PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER I, SESI 2024/2025PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA UTM



BORANG PENCALONAN PENYELIA PSM CADANGAN – SEKOLAH PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA DAN PSIKOLOGI
Perhatian kepada semua pelajar Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi yang akan mendaftar Projek Sarjana Muda Cadangan (SHAR3042 / SHMR3042 atau SHAY3092 / SHMY3092) pusat Johor Bahru dan Kuala Lumpur pada semester akan datang (Semester II, Sesi 2024/2025), sila pastikan pelajar-pelajar telah memenuhi syarat ini :
1. Telah memenuhi / mengambil sekurang-kurangnya 90 jam kredit (termasuk pengecualian kredit yang telah diluluskan).
2. Telah LULUS kursus Pengenalan Kaedah Penyelidikan (SHAR3033) – TERPAKAI UNTUK PELAJAR SHAR/SHMR SAHAJA
Sekiranya telah memenuhi kedua-dua syarat tersebut, pelajar-pelajar dikehendaki untuk mengisi BORANG PENCALONAN PENYELIA. Pelajar-pelajar dibenarkan untuk mengisi SEKALI SAHAJA borang pencalonan dan tarikh akhir untuk mengisinya adalah pada 8 FEBRUARI 2025. Kegagalan pelajar untuk mengikuti prosedur ini akan mengakibatkan pendaftaran kursus tersebut (PSM Cadangan) tidak dipertimbangkan dan DITOLAK oleh Penyelaras.
Terima Kasih.
UTMSPACE Wacana Ilmu Bersama Alumni Siri 1/2025 : Mengubah Industri kepada Landskap Digital (UTMSPACE Knowledge Discourse with Alumni Series 1/2025: Transforming the Industry into a Digital Landscape)

Title: UTMSPACE Knowledge Discourse with Alumni Series 1/2025: Transforming the Industry into a Digital Landscape
Date: 21 January 2025 (Tuesday)
Time: 3:00 pm – 4:00 pm
Speaker: Mr. Adi Razwadi bin Razali , Head of Data Engineering, Petronas Digital Sdn. Bhd.
Channel: UTMSPACE Official FB ( https://www.facebook.com/utmspaceofficial/ )
In this regard, all students are invited to attend.
LOKASI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER I SESI 2024/2025 BAGI KOD KURSUS SECR2941 / SCSR2941 PUSAT JOHOR BAHRU
MAKLUMAN PENTING
TARIKH : 9/2/2025
MASA : 2:30 PETANG
KOD KURSUS : SECR2941 / SCSR 2941 (JB)
TEMPAT : MAKMAL CCNP, LEVEL 4, BLOK N28, UTM
Nota :-
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, calon peperiksaan hendaklah SEGERA maklumkan ke UTMSPACE di talian 07-5318017 (Pusat Johor Bahru) dan 03-26154691 (Pusat Kuala Lumpur) atau melalui email ke spd@utmspace.edu.my.
Sekian, harap maklum.