Makluman kepada semua mahasiswa Sarjana Muda Kejuruteraan Awam yang berada dalam
semester 7 (Johor Bahru, Kuala Lumpur & Kota Kinabalu), semester 8 (Kuala
Lumpur & Ipoh) atau mana-mana mahasiswa senior bagi semester I, sesi 2025/2026, yang ingin memohon pengecualian Latihan Industri, mahasiswa diminta untuk menghantar pada tarikh berikut:
1) Mahasiswa yang memohon pengecualian Latihan Industri bagi semester III, sesi 2024/2025
(hanya mahasiswa SX14 dan SX15 sahaja) tarikh akhir penghantaran laporan secara HARDCOPY selewat-lewatnya pada 18 Ogos 2025 (Isnin)
2) Mahasiswa (selain SX14 & SX 15) yang memohon pengecualian Latihan Industri bagi semester I Sesi 2025/2026, tarikh akhir penghantaran laporan secara HARDCOPY selewat-lewatnya 29 Ogos 2025 (Jumaat)
Perlu diingatkan tarikh pengeposan laporan tidak dikira sebagai bukti mahasiswa telah mematuhi tarikh akhir penghantaran laporan. Sila rancang dengan baik berkenaan masa dan tarikh untuk pengeposan. Untuk slide taklimat, garis panduan dan templat berkaitan mahasiswa boleh dapatkan melalui laman Web SPACE FKA seperti dibawah:
(https://www.civil.my/utmspace/industrial-training).
Alamat penghantaran laporan:
Blok M46, Pejabat Program Luar,
Fakulti Kejuruteraan Awam,
Universiti Teknologi Awam,
81310, Skudai, Johor Bahru.
(u/p: Cik Nor Farhani Binti Saidina)
Sekian, harap maklum.