Pengumuman

SPACE UTM Edu Fair 2025

Asssalamualaikum & Selamat Sejahtera

Permohonan melanjutkan pengajian ke peringkat Asasi UTM, Diploma UTM dan Sarjana Muda UTM telah dibuka. Sehubungan dengan itu, Sekolah Pendidikan Profesional Dan Pendidikan Berterusan (SPACE), UTM akan membuka “kemasukan pelajar secara besar-besaran” ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menerusi penganjuran SPACE UTM Edu Fair 2025 dan Open Registration Day seperti butiran pada poster tersebut.

Justeru, kami amat mengalu-alukan hebahan secara meluas kepada para kenalan agar lebih ramai masyarakat dapat meraih manfaat peluang peningkatan taraf pendidikan di UTM. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, tuan dan puan boleh menghubungi kami menerusi talian 07-5318000 (Hotline) / 019-7776690 (WhatsApp) atau space@utm.my (Emel).

Sekian, terima kasih.

SOAL SELIDIK PERJALANAN KULIAH PROGRAM AKADEMIK SPACE UTM SESI 2025/2026

Asssalamualaikum & Selamat Sejahtera

Pihak Bahagian Pengurusan Kualiti dan Risiko ingin memohon bantuan dan kerjasama pelajar-pelajar untuk membuat mengisi Soal Selidik Perjalanan Kuliah Program Akademik SPACE UTM Sesi 2025/2026. Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan penilaian tahap kepuasan pelajar terhadap perkhidmatan yang telah disediakan oleh SPACE UTM.

Dilampirkan bersama poster kaji selidik untuk pemakluman semua pelajar. Soal selidik perlu dijawab oleh pelajar sebelum 30hb Julai 2025.

Sekian, terima kasih.

SEMINAR KEJURUTERAAN AWAM FKA (SEMKA FKA)- FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM

Pemakluman awal kepada pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam yang akan menghadiri Seminar Kejuruteraan Awam 2025 (SEMKA 2025) berikut adalah butiran berkenaan program tersebut:

Tarikh : 23 & 24 Ogos 2025 (Sabtu & Ahad)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Akan dimaklumkan kemudian
Bayaran : RM 480.00 (cara pembayaran akan dimaklumkan kemudian)

Link : https://forms.gle/EcD bLNK6AG vtx8

 Mohon kerjasama kepada pelajar yang akan menghadiri Seminar Kejuruteraan Awam 2024 (SEMKA 2024) untuk mengisi nama di link yang disertakan selewat-lewatnya pada 26 Mei 2025 (Isnin) bagi tempahan seminar. Perlu diingatkan bayaran akan dikenakan bagi pelajar yang telah mengemukakan nama walaupun tidak dapat menghadiri seminar tersebut.

MAKMAL KEJURUTERAAN AWAM- FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM

Untuk makluman kepada pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam yang mengambil makmal pada Semester III, Sesi 2024/2025 berikut adalah tarikh makmal yang akan dilaksanakan:

Makmal Kejuruteraan Awam I (SEAA 2012/ SKAB 2012/ SKAA 2012)
8 September 2025 hingga 12 September 2025 (Isnin – Jumaat)

Makmal Kejuruteraan Awam II (SEAA 3012/ SKAB 3012/ SKAA 3012)
25 Ogos 2025 hingga 29 Ogos 2025 (Isnin – Jumaat)

Pengajaran makmal akan diadakan di Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia Johor. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Ts. Dr. Mohd Zamri Bin Ramli (PAPL FKA) dan Cik Nor Farhani Binti Saidina.

SENARAI RUANG KULIAH PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA SEMESTER II, SESI 2024/2025

Dimaklumkan bahawa sesi perkuliahan bagi Semester II, Sesi 2024/2025 Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM bagi pusat Johor Bahru telah bermula. Berikut disertakan senarai ruang kuliah minggu ke-10 bagi rujukan pelajar.

klik disini –> JADUAL KULIAH <– klik disini

Sebarang aduan/ cadangan/ maklumbalas berkenaan ruang perkuliahan boleh disalurkan ke sopp@utmspace.edu.my

Kemaskini jadual :15/5/2025

SURAT PEMBENTANGAN SEMINAR PSM 1 & 2 FKE SEMester 2, SESI 2024/2025

Adalah dimaklumkan bahawa Peperiksaan PSM I & PSM II akan diadakan pada butiran berikut :

Tarikh : 30 Jun 2025 (Isnin) & 1 Julai 2025 (Selasa)
Tempat : UTMSPACE Pusat Johor Bahru
Masa : 8.00 pagi


Semua pelajar dikehendaki hadir sebelum 8.00 pagi bagi persediaan peperiksaan.

Sehubungan dengan itu, kehadiran pelajar adalah WAJIB.

Pelajar akan dikira gagal sekiranya tidak menghadiri peperiksaan tersebut.

Dilampirkan surat & jadual peperiksaan dan senarai pelajar yang mendaftar bagi kedua-dua subjek berserta senarai penyelia untuk makluman pelajar dan rujukan majikan.

SURAT PELAJAR FKE PSM I

SURAT PELAJAR FKE PSM II

SENARAI RUANG KULIAH PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA SEMESTER II, SESI 2024/2025

Dimaklumkan bahawa sesi perkuliahan bagi Semester II, Sesi 2024/2025 Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM bagi pusat Johor Bahru telah bermula. Berikut disertakan senarai ruang kuliah minggu ke-9 bagi kursus-kursus untuk rujukan pelajar.

klik disini –> JADUAL KULIAH <– klik disini

Sebarang aduan/ cadangan/ maklumbalas berkenaan ruang perkuliahan boleh disalurkan ke sopp@utmspace.edu.my

Kemaskini jadual :8/5/2025

UTMSPACE Wacana Ilmu Bersama Alumni Siri 5/2025 : EVOLUSI SISTEM TELEKOMUNIKASI – INDUSTRI REL

Dimaklumkan bahawa Bahagian Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni UTMSPACE akan mengadakan UTMSPACE Wacana Ilmu Bersama Alumni seperti butiran berikut:

Tajuk           : UTMSPACE Wacana Ilmu Bersama Alumni Siri 5/2025 : EVOLUSI SISTEM TELEKOMUNIKASI – INDUSTRI REL
Tarikh           : 13 Mei 2025 (Selasa)
Masa            : 3:00 petang – 4:00 petang
Penceramah : Ts Ismail bin Harun, Konsultan Telekomunikasi, Oriental Consultans Global (OGC).
Saluran        : FB  UTMSPACE Official (https://www.facebook.com/utmspaceofficial/)