PEMAKLUMAN
Tahniah ! Adalah dimaklumkan bahawa Senat Universiti pada mesyuaratnya bertarikh 24 September 2025 telah mengesahkan permohonan penganugerahan Semester II, Sesi 2024/2025 bagi Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM. Justeru itu bagi pelajar yang telah bersatus GRADUAN (Semak di SMP) surat Senat/Tamat Kursus akan di emelkan terus kepada pelajar. Surat Senat akan mula di email secara berperingkat selewatnya bermula 13 Oktober 2025 bagi graduan yang tiada TUNGGAKAN. Bagi graduan tiada tunggakan yang tidak menerima emel selepas tarikh 15 Oktober 2025 boleh memaklumkan kepada SPACE secara emel terus ke spa@utmspace.edu.my berserta maklumat diri pelajar
Adalah dimaklumkan juga Sijil dan Transkrip graduan hanya akan diserahkan semasa Majlis Konvokesyen (MK69) diadakan pada 15 – 20 November 2025 (tertakluk pada perubahan). Maklumat mengenai Konvokesyen boleh layari laman sesawang berikut https://convocation.utm.my/ . Pengesahan kehadiran di sistem iConvo boleh dibuat bermula 8 – 29 Oktober 2025.
Bagi permohonan sambung belajar atau urusan permohonan kerja dan kenaikan pangkat graduan boleh menggunakan surat Senat/tamat kursus tersebut berserta senarai keputusan setiap semester pengajian.
Sekian Terima Kasih.