Pengumuman

SENARAI RUANG KULIAH PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA SEMESTER I, SESI 2025/2026

Dimaklumkan bahawa sesi perkuliahan bagi Semester I, Sesi 2025/2026 Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM bagi pusat Johor Bahru telah bermula. Berikut disertakan senarai ruang kuliah minggu ke-2 bagi rujukan pelajar.

klik disini –> JADUAL KULIAH <– klik disini

Sebarang aduan/ cadangan/ maklumbalas berkenaan ruang perkuliahan boleh disalurkan ke sopp@utmspace.edu.my

Kemaskini jadual :9/10/2025

SENARAI NAMA PROJEK SARJANA MUDA CADANGAN- FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAN

Perhatian kepada semua pelajar Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi (SHARPS) yang mengambil kursus Projek Sarjana Muda Cadangan (SHAY3092 / SHMY3092) dan Projek Sarjana Muda Akhir  (SHAY4044/ SHMY4044) pada Semester I Sesi 2025/2026, berikut adalah senarai nama penyelia PSM (cadangan) dan PSM (Akhir)

Tiada sebarang pertukaran penyelia akan dilayan dan kegagalan mematuhi senarai penyeliaan ini boleh mengakibatkan penahanan daripada membentangkan laporan serta menjejaskan markah keseluruhan. Pelajar boleh menghubungi penyelia masing masing melalui alamat email yang diberikan. Sebarang pertanyaan mengenai senarai penyeliaan ini boleh hubungi saya di alamat email hidayah@utmspace.edu.my

SENARAI NAMA PSM SEM 1 2526 – PENYELIA PSYCHOLOGY

TAKLIMAT PRA PROJEK SARJANA MUDA (PRA PSM) & PROJEK SARJANA MUDA (PSM) BAGI SEMESTER I, SESI 2025/2026- FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM

Makluman kepada pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam yang mendaftar kursus Pra Projek Sarjana Muda (SEAA 4022/ SKAB 4022/ SKAA 4022) dan Projek Sarjana Muda (SEAA 4034/ SKAB 4034/ SKAA 4034) bagi Semester I, Sesi 2025/2026, satu taklimat akan dilaksanakan oleh Penyelaras Projek Sarjana Muda (Dr Nadirah binti Darus). Justeru itu, mohon mahasiswa yang terlibat DIWAJIBKAN hadir ke taklimat tersebut yang akan dilaksanakan secara atas talian (ONLINE) di platform Webex. Berikut adalah butiran taklimat:
1) PRA  PROJEK SARJANA MUDA (SEAA 4022/SKAB 4022/ SKAA 4022)

Tarikh: 8 Oktober 2025 (Rabu)
Masa: 8.00pm – 9.00pm
Link Webex: https://utm.webex.com/meet/nadirahdarus


2) PROJEK SARJANA MUDA (SEAA 4034/ SKAB 4034/ SKAA 4034)

Tarikh:9 Oktober 2025 (Khamis)
Masa: 8.00pm – 9.00pm
Link Webex: https://utm.webex.com/meet/nadirahdarus

Disertakan juga pautan website SPACE-FKA (https://www.civil.my/utmspace/fyp/) yang akan digunakan untuk dokumen berkaitan  Pra Projek Sarjana Muda  dan  Projek Sarjana Muda .

SENARAI RUANG KULIAH PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA SEMESTER I, SESI 2025/2026

Dimaklumkan bahawa sesi perkuliahan bagi Semester I, Sesi 2025/2026 Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM bagi pusat Johor Bahru akan bermula. Berikut disertakan senarai ruang kuliah minggu PERTAMA bagi rujukan pelajar.

klik disini –> JADUAL KULIAH <– klik disini

Sebarang aduan/ cadangan/ maklumbalas berkenaan ruang perkuliahan boleh disalurkan ke sopp@utmspace.edu.my

Kemaskini jadual :1/10/2025

PEMAKLUMAN PSM SEMESTER I 2025-2026- FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN (FSSK)

Perhatian kepada semua pelajar Sekolah Pembangunan Sumber Manusia dan Psikologi (SHARPS) yang mengambil kursus Projek Sarjana Muda Cadangan (SHAR3042/SHMR3042) dan Projek Sarjana Muda Akhir (SHAR4014/ SHMR4014) pada Semester I Sesi 2025/2026, berikut adalah senarai nama penyelia PSM (cadangan) dan PSM (Akhir)

Tiada sebarang pertukaran penyelia akan dilayan dan kegagalan mematuhi senarai penyeliaan ini boleh mengakibatkan penahanan daripada membentangkan laporan serta menjejaskan markah keseluruhan. Pelajar boleh menghubungi penyelia masing masing melalui alamat email yang diberikan. Sebarang pertanyaan mengenai senarai penyeliaan ini boleh hubungi saya di alamat email hidayah@utmspace.edu.my

SENARAI NAMA PSM SEM 1 2526 – PENYELIA HRD

SENARAI PENSYARAH KURSUS MATEMATIK SEMESTER I SESI 2025-2026

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Untuk makluman kepada pelajar-pelajar Program Sarjana Muda, Pengajian Separuh Masa UTMSPACE yang mengambil Kursus Matematik Semester I 2025-2026, disertakan lampiran yang seperti dinyatakan untuk rujukan dan perhatian pelajar.

Sekian Terima Kasih.

MAKLUMAT PENSYARAH KURSUS MATH SEM I 2526

MUKTAMAD : SENARAI RUANG KULIAH PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN SEPARUH MASA SEMESTER III, SESI 2024/2025

Dimaklumkan bahawa sesi perkuliahan bagi Semester III, Sesi 2024/2025 Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM bagi pusat Johor Bahru telah bermula. Berikut disertakan senarai ruang kuliah minggu ke-9 bagi rujukan pelajar.

klik disini –> JADUAL KULIAH <– klik disini

Sebarang aduan/ cadangan/ maklumbalas berkenaan ruang perkuliahan boleh disalurkan ke sopp@utmspace.edu.my

Kemaskini jadual :25/9/2025

PEMAKLUMAN SURAT PENGESAHAN SENAT BAGI PERMOHONAN PENGANUGERAHAN SEMESTER II, SESI 2024/2025

PEMAKLUMAN

Tahniah ! Adalah dimaklumkan bahawa Senat Universiti  pada mesyuaratnya bertarikh 24 September 2025 telah mengesahkan  permohonan penganugerahan  Semester II, Sesi 2024/2025 bagi Program Sarjana Muda Pengajian Separuh Masa UTM. Justeru itu bagi pelajar yang telah bersatus GRADUAN (Semak di SMP) surat Senat/Tamat Kursus akan di emelkan terus kepada pelajar. Surat Senat akan mula di email secara berperingkat selewatnya bermula 13 Oktober 2025 bagi graduan yang tiada TUNGGAKAN.  Bagi graduan tiada tunggakan yang tidak menerima emel selepas tarikh  15 Oktober 2025  boleh memaklumkan kepada SPACE secara emel terus ke spa@utmspace.edu.my berserta maklumat diri pelajar 

Adalah dimaklumkan juga Sijil dan Transkrip graduan hanya akan diserahkan semasa Majlis Konvokesyen (MK69) diadakan pada 15 – 20 November 2025 (tertakluk pada perubahan).  Maklumat mengenai Konvokesyen boleh layari laman sesawang berikut https://convocation.utm.my/ .  Pengesahan kehadiran di sistem iConvo boleh dibuat bermula 8 – 29 Oktober 2025.

Bagi permohonan sambung belajar atau urusan permohonan kerja dan kenaikan pangkat graduan boleh menggunakan surat Senat/tamat kursus tersebut berserta senarai keputusan setiap semester pengajian.

Sekian Terima Kasih.